beberapa hari lepas salikin al-walit dapat filem ni. pastu kitorg pun tonton ramai2 [4 org je dlm bilik tu. xda la ramai mana pun...]
dah lama aku tunggu nak tgk cerita ni. slps menonton talentime yg agak kecewa, aku harap cerita ni berbaloi la dengan penge'ban'an dan penangguhannye.
komen aku:
cerita ni boleh kata 'berat dalam ringan'. isu yg dibawa dlm cerita ni berkisar agama, moral dan nilai hubungan keluarga dan masyarakat.
tapi satu la benda yg allahyarham yasmin suka bawak dalam filem dia yang aku rasa [aku la rasa, korang rasa ke tak, aku xtau la] mcm suatu sikap menentang adat. kadang2 benda ni ada wujud dalam masyarakat, tapi yasmin memberi penekanan macam benda tu mmg norma yang sepatutnya atau mmg nilai tu yg dia nak tunjuk kepada penonton dia.
contoh mcm watak Datuk yg minum arak tapi tak sanggup nak pegang anjing. ataupun watak Ani yang hafal ayat2 dlm alquran tapi tak pakai tudung. ataupun watak Ana yang tak suka dengan ayahnya kaki minum tapi dia sendiri kerja kat pub. yang lagi bagusnye, Ana ni sembahyang waktu cukup pulak tu.
kdg2 mcm mengelirukan pun ada jugak.
ataupun mmg niat yasmin nak mengaburkan garis sempadan salah/betul, menduga mental penonton, dosa-pahala belakang kira. entahlah. ataupun nak menunjukkan yang manusia ni memang mudah terjerumus dalam kesilapan.
tak boleh nak komen banyak sangat, karang menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri...
apa2 pun, filem ni mengubat rindu aku kepada pekan ipoh tercinta. hehehe
6 comments
Comment by nadia rasa on 29 Mac 2010 pada 4:41 PTG
dlm byk2 filem arwah filem ni la yg paling i tak setuju. mmg patot pn kena banned supaya tak mgelirukan penonton yg mudah tkeliru. cth plg tepat i!
Comment by djambu puadovich on 29 Mac 2010 pada 7:16 PTG
kadang2 bukan filem tu yang mengelirukan, tapi watak, nilai dan motif filem tu sendiri...
ntah2 arwah tu yg keliru x? isk3
Comment by taib wahid on 30 Mac 2010 pada 4:14 PTG
Wah,lagi tak sabar2 nak tgkcite ni. kene cari download nih
Comment by djambu puadovich on 30 Mac 2010 pada 4:30 PTG
aaa, kalo nak download, boleh a cuba torrentjiwang. kat situ ada.
Comment by nn on 31 Mac 2010 pada 4:33 PTG
bagi saya, filem tu more to, jangan cepat judge orang.
Comment by djambu puadovich on 31 Mac 2010 pada 5:05 PTG
tu pun betul jugak. seni ni subjektif dan terbuka untuk apa2 tafsiran.
boleh menginsafkan, dan juga boleh menjerumuskan...
Catat Ulasan