ni not 500 grivna. ada gamba grigory skovoroda kat muka dan bangunan akademi kiev-mohiyla.

lps tu ada gamba segitiga dan mata dgn huruf alfa-beta-omega kat bucu2.

ada mcm ala2 duit 1 USD.
yg simbol ni ada mcm2 kisah di sebaliknya. kisah illuminati la, freemason la, protocol of elders of zion la.

antara titik2 penting dalam cerita illuminati [kalo ada yang xtau] ialah diorg ni satu perkumpulan rahsia yang bertindak di belakang pemimpin2 besar negara untuk menguasai dunia. lps tu, mcm2 konspirasi lagi ada. ada puak2 yg obses gila kaji benda ni, sampai berusaha gila nak rungkai kod2 rahsia dan simbol2 yg berkait dgn kelab rahsia ni.

cth spt simbol mata la, simbol kunci la, wanita baju merah la, piramid la, corak papan catur la apa la. sampaikan simbol parti PKR pun dikaitkan, punya nak kata anwar tu pun ajen kelab rahsia ni. perghhh!!! lepas tu dikatakan ahli kelab ni termasuk presiden US la, org2 UN la ape la.

pada aku la, benda ni banyak merapu dan buang masa je. sape2 yg percaya dgn benda ni pun lebih kurang merapu jugak.

yang merapunya tu sbb hr tu aku terbaca pasal benda ni dalam satu forum isu hiburan. dalam tu byk la org komen pasal tanda kiamat, dajal nak datang, yahudi menguasai dunia, ajen dajal dan nubuat2/prophecies lain.


citttpodah!

semua yg ada dalam forum tu pun tak sedar yg diorg pun dah terjebak dalam jerat kelab rahsia tanpa diorg sedari. yang diorg dok buang masa dalam forum yg bincang pasal artis, AF, gosip yang tahpape tu, diorg tak sedar ke yg forum tu la yg jeratnya. membazir masa bincang benda2 yang xda faedah. melalaikan. yg lagi best tu, masing2 sembang serius je pasal tipudaya yahudi la apa la, sambil tu diorg duduk dlm sangkar jerat tu. kelakar betul.

kalau betul la pun yg diorg ni persatuan rahsia, yg ada konspirasi nak takluk dunia, apa la bodohnye nak letak simbol2 diorg di merata2 tempat. kalau dah merata2 tempat ada gambar dan simbol dan tah ape benda lagi ntah, takde la RAHSIA dah namanya...pertubuhan tu tak cukup bijak nak sembunyikan identiti diorg. klo tak cukup bijak, mcm ne nak takluk dunia...appa daaa~~

dan pada aku lagi, kalau benda ni betul pun, peduli la diorg nak perintah dunia secara proksi ke ape ke. bukan dia pun yg bagi dosa pahala kat aku. tu semua Allah punya kerja. dah benda ni pun nabi dah bagitau yg akhir zaman dajal akan keluar. memang nak ke taknak, mesti akan jadi punya. yang penting, bila dah dapat maklumat pasal benda ni, kuatkan amalan mcm yg nabi suruh untuk berlindung drpd dajal, dan berusaha apa yg terdaya. bukannya komplen hingar bingar dlm forum hiburan lps tu buat mcm xda ape2 berlaku. xda usaha nak belajar agama ke, masuk jemaah ke ape ke.

akhir zaman ni, buat amalan sendiri je sudah. nak2 kalo banyak buat dosa.

p/s: maklumat lanjut, sila gugel illuminati, freemason, protocols of elders of zion. banyak teori2 konspirasi boleh tau. banyak lagi kod2 mcm kod da vinci boleh nampak. mcm2 hal...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati