nasib baik ada babi, kalo tak, apa nak makan...
hari ni nak cerita sejarah sikit. kat kelas kesihatan masyarakat/social hygiene, ada satu pensyarah ni. dia suka cerita sejarah2 dan kisah2 kelakar. semalam, dia cerita satu hal pasal sejarah ukren.
pada zaman dahulu [baca ala kak yong di RTM ipoh awal 90-an], ada dua pihak yang suka berperang. satu pihak bernama Kozak, satu lagi bernama Tatar. Tatar ni muslim dan bersedara dengan Turki. Kozak ni pulak bukan muslim, tak tau agama apa. tapi rasanya Kristian Ortodoks kot.
seperti kebiasaan zaman dulu, diorg ni berperang antara satu dengan lain. bila berperang, maka ramai la yang mati. [bunyi org mengerang di latar belakang] isk3. sungguh sedih sekali. ibu2 kematian anak, wanita kehilangan suami, harta benda musnah, kebuluran. tapi nak buat macam mana. itulah gaya hidup zaman dahulu. zaman dulu tak ada politik2 ni. siapa kuat, dia dapat.
satu ketika, tentera Tatar datang menyerang. semua yang melawan telah dibunuh dan harta, haiwan ternakan telah dirampas. termasuklah lembu, kambing, ayam, bebiri...kecuali babi. [dah Tatar tu muslim, sah2 la tak makan babi]. dan mana2 rumah yang bela babi, tak disentuh, tak diapa2kan oleh tentera Tatar.
Kozak2 ukren ni pun bersyukur dan berasa selamat dengan kehadiran babi. paling tidak, itulah rezeki diorang untuk dimakan pada zaman perang.
atas sebab itu, untuk melahirkan rasa terhutang budi kepada babi...
tugu babi emas di romny, ukren. gambar oleh V. Myshko. babi, jasamu dikenang...
diorang pun bina lah tugu babi ni. hehehe
ni cerita betul ni. tak caya, boleh baca kat pautan ni ::Olymp-Travel::. kat bawah sekali, ada perenggan pasal Romny.
7 comments
Comment by hans on 2 April 2010 pada 7:52 PG
owh
memang kalau darurat leh makan la menatang tu
Comment by djambu puadovich on 2 April 2010 pada 8:00 PG
ye. tapi xda a tahap nak buat tugu kot...:P
Comment by Katak Hijau on 2 April 2010 pada 8:33 PG
comel la plak...
Comment by moon on 2 April 2010 pada 9:22 PG
baca ala kak yong di RTM ipoh awal 90-an
ketika itu, aku xtahu dimanakah aku. mungkin alam roh kot. hahaha.
Comment by djambu puadovich on 2 April 2010 pada 12:51 PTG
@ najiahtul,
eeee...comel ke? eeeee~~
@ moon,
aku pun xtau, tapi yg pasti bukan kat ipoh la. hahaha
Comment by petunia merah jambu on 5 April 2010 pada 9:22 PG
patut le pelbagai beno resepi asas babi kat sini ek.. kira mcm org kat jawa dulu masa di jajah belanda ye, rumput n lalang pun dibuat sayur
Comment by djambu puadovich on 5 April 2010 pada 9:29 PG
ye kot, mungkin salah satu sebabnya. bila dah tinggal satu pilihan, kena la kreatif. hehe
skrg ni ada lagi ke orang jawa buat lauk rumput dgn lalang? klo ada, teringin nak tengok ;)
Catat Ulasan