Sekarang ni dah nak dekat musim pilihanraya. PRK hulu selangor ye x? lepas tu, mesti ada tempoh kempen, ye x?
dan selalunya, mesti ada pihak yg akan didakwa berkempen luar dari tempoh kempen. contohnya, berkempen awal [mcm lawatan PM, TPM ke hulu selangor]. lepas tu, PR akan buat aduan mengatakan BN kempen awal tak apa, tapi PR x dibenarkan. PR buat aduan kat SPR, SPR buat bo je. haha
biasa la tu. dah berkali2 pun. ntah2, org pun dah tak heran.
lagi pulak, BN dah la kempen awal, buat pengumuman projek la, buat jambatan la, perbaik sekolah la, bina universiti la, turap jalan la, bagi gula, kain pelikat, tepung, kain batik, keropok lekor dan tah apa2 lagi. lepas tu PR pun akan buat aduan dan kecoh dlm akhbar. PR nanti kata BN bagi rasuah politik dan janji2 manis. lepas tu PR buat aduan kat SPRM [suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia], SPRM pun hampir pasti buat bo je. haha.
mcm tak biasa.
tapi pernah tak org2 BN ni terpikir nak buat pembaharuan dalam strategi kempen diorg? bagi habuan pilihanraya, tapi tak nampak mcm rasuah politik. kempen, tapi tak macam kempen.
bagaimana caranya?
begini:
apa kata kerajaan bangunkan projek2 mi segera ni di tempat bukan kawasan pilihanraya? buat jambatan kat jasin ke, turap jalan kat ipoh ke, bina rumah orang tua kat sg petani ke, bagi sumbangan anak yatim kat temerloh ke, buat program permata negara kat kuching ke mane ke. baru la org tak boleh kata tu rasuah politik utk org hulu selangor.
pada masa yang sama, bagi la ceramah, dan tujukan ceramah tu untuk org hulu selangor. ckp la "kalau org hulu selangor nak benda2 begini, sila la pangkah BN". siar la kat tv. org hulu selangor mesti tengok tv. siar lagi kat akhbar. org hulu selangor mesti baca akhbar.
bila org hulu selangor tengok dan baca apa BN buat kat tempat lain, baru la org yakin nak pangkah BN. janji air liur kalu, sape pun boleh buat. kalo org tak yakin, mmg org tak pangkah. dalam masa yg sama, org tempat lain pun boleh dapat manfaat. boleh tangkap undi org lain pulak untuk PRU akan datang.
amacam, bijak x idea aku?mcm ni punya senang pun BN xleh nak pikir ke? bagi aku je la jadi kerajaan mcm ni hahaha!
11 comments
Comment by hishhish on 8 April 2010 pada 3:10 PTG
nampak nou u ni xpenah join kempen pilihanraya..
Comment by djambu puadovich on 8 April 2010 pada 3:16 PTG
mmg x penah pun...
Comment by I.T. on 8 April 2010 pada 5:56 PTG
Assalamu'alaikum,
Sekarang ni nasehat dari rakyat semua tak boleh pakai, kerana dah ada penasehat baru ->(APCO), tuan penasehat 25% (macam crite 3 abdul tu). Cube amat-amati betul2 crite 3 Abdul tu, apa jadi pada Tuan Sadig Sigaraga (Tamak, Kedekut dan Menipu), kene leloooong sudahnya. Ape yang kite takutkan ialah, Sadiq Sigaraga kene lelong, tuan penasehat lepas tangan,.. kalau dia kene lelong sama takpele.
Comment by hishhish on 8 April 2010 pada 6:21 PTG
mmg tau pon xpenah. sbab basically apa yg u tulis ni mmg ramai dh buat kot.
pengundi skang bkn mcm dulu bole senang2 nak umpan dgn brg. xde herannya diorg dgn pbangunan apa bagai.
Comment by djambu puadovich on 8 April 2010 pada 11:00 PTG
@ I.T.,
biar Tuan Sadiq kene jual. jgn kita pun kene jual skali dgn Tuan Sadiq!
@ hishhish,
tu la maknanya pengundi dah pandai. wakil rakyat kena la lebih pandai. tapi jgn memandai2!
Comment by moon comel on 9 April 2010 pada 9:33 PG
huwarghh, mcm individual attack je,,
hahaha.
bosan betul aku ko crite psl politik ni. klu aku fhm xpe la bhaiiii
hahaha.
Comment by djambu puadovich on 9 April 2010 pada 1:42 PTG
selagi x ada sebut nama sesiapa, bukan la serangan individu...
rilek a derr, aku berapa lama x cite politik ni...bagi a peluang~
Comment by Emansipasi on 10 April 2010 pada 8:45 PTG
nak tubuh kerajaan apa? saya dah cukup umur nak mengundi :P
Comment by djambu puadovich on 10 April 2010 pada 9:38 PTG
haha. saje je tu. sy xleh jadi ahli politik. belum masuk parti, musuh politik dah bersusun ni ha! :P
Comment by petunia merah jambu on 11 April 2010 pada 11:41 PTG
ok2 bila nak btanding nanti kabo ek, kite pangkah lu rame2... kaum kerabat kat t/intan besout sungkeei behrang rame...erk tapi kene satu parti le.
Comment by djambu puadovich on 12 April 2010 pada 7:24 PG
oh2! kat behrang tu la musuh politik no satu. yg duduk kg sg behrang felda tu. hahaha!
bahaya, sume rahsia dia pegang :P
Catat Ulasan