hujung minggu tiba lagi. tiap2 kali hujung minggu, perasaan 'lebam' akan tiba seiringan dengan hujung minggu. bosan sebab tak ada benda nak buat. nak belajar, malas pulak...
maka minggu ni aku buat kerja luarbiasa. buat mi rebus. kat atas tu gambar kuah mi rebus.
sebenarnya mi rebus tu tak jadi, maka aku tak nak la berkongsi cara pembikinannya. hahaha! tak macam mi bandung dan resepi2 aku yg terdahulu yang menjadi :)
disebabkan mi rebus ni pakai perencah kari, aku pun tuang la perencah kari.
perencah kari buatan ukren ni tak banyak kari pun. banyak pewarna kuning dan garam je. pewarna kuning, bukan kunyit. kalau buat lumur ikan goreng, nanti ikan tu jadi pahit. dan kalau buat kari pakai benda ni, tak payah taruh garam. dah cukup masin dah.
tapi ada resepi belakang peket tu. apa agaknya eh?
patutla kuah kari dan mi rebus aku tak jadi...kari untuk babi rupanya...hahaha! untuk masak benda lain tak ngam kot...
akhirnya, aku ngap jugak. rebus spageti dalam ketuhar gelombang mikro 10 minit, tuang kuah hancus tu. boleh la tahan...
[siapa2 tak percaya, boleh terjemahkan teks ni kat google translator: свинини під соусом каррі]
16 comments
Comment by ::alifdalmim:: on 24 April 2010 pada 7:02 PTG
biar benar??..ko ngap jugak ke??..aku tak faham lagi..itu kari utk babi ke..atau ada babi dlm sos kari tu??
Comment by djambu puadovich on 24 April 2010 pada 7:10 PTG
keh3~
sila bertenang. sila bertenang!
kat belakang peket tu tulis cadangan resepi untuk hidangan kari. bukan dalam rempah kari ada babi...
kalo ada, dah kenyang dah aku mkn kari oink2. hahaha...adoi...:P
Comment by shilang00 on 24 April 2010 pada 7:51 PTG
hahahaha... aku mati2 ingat ko da telan abes da menda yg ade menda alah tu~
Comment by djambu puadovich on 24 April 2010 pada 8:01 PTG
aah. dah telan abes...dah kenyang pun...
tapi mi rebus la...
:P
Comment by Emansipasi on 24 April 2010 pada 8:22 PTG
cair semacam jer..
Comment by djambu puadovich on 24 April 2010 pada 8:29 PTG
tu sebab namanya 'mi rebus kantoi'...hehehe
'sila cuba lain kali' a kot...;)
Comment by Asyima Binti Dollah on 25 April 2010 pada 9:24 PTG
hihi;)
*teringin mee bandung pulak tengok gambar tuh,ermmm..
Comment by djambu puadovich on 26 April 2010 pada 9:31 PG
klo nk, boleh a cuba masak. kalo x rajin, beli kat pasar malam je...;)
Comment by rizputra7 on 26 April 2010 pada 9:47 PG
huh..dah tahu kenapa makan juga?
Comment by djambu puadovich on 26 April 2010 pada 10:24 PG
aiyaiayiayiayai...
bukan dalam rempah tu ada babi la...tapi kat peket tu tulis resepi kari babi...mcm kat blkg peket rempah adabi jugak.
rempah kari tak bersalah dlm hal ni...
Comment by Kay on 27 April 2010 pada 4:14 PG
pehh...
tp dah kalo cdngan hidangan dia...
kari babi...
ntah xtaula aku lalu ke tak nak mknnye...
Comment by moon on 27 April 2010 pada 9:32 PG
eeee.
ni la desakan hidup di rantau orang. kah3
Comment by I.T on 27 April 2010 pada 1:19 PTG
Assalamu'alaikum,
Kenapa ramai sangat yang nampaknya geligeleman dengan babi ni, di negara kita ni (M'sia), sesiapa saja yang suka makan junkfood, kicap yang selain dari product muslim, mee bukan muslim, makanan2 yang dijual dalam kedai Old Town (import dari Cina)..contohnya dan sebagai-sebagainya, kalau2 dijumlahkan tah berapa ekor babi dah dia orang telan. Mai nak habak sikit, babi nih najis berat (sume org tau..), tapi tak salah kalau dipegang-pegang dan dibuat mainan, habih-habih samak ajelah, abih cerita, tapi kalu lelaki yang suka-suka pegang/bersalam dengan pompuan atau sebaliknya (bukan mahram) dosa besar. Bagaimana pulak dengan minum arak, dan tak tutup aurat, dan tinggal sembahyang...
Tulisan ini tak perlu dibahas, tapi untuk renungan dan fikir-fikirkan.
Comment by Nadia on 27 April 2010 pada 4:10 PTG
babi babi oink oink~
Comment by djambu puadovich on 28 April 2010 pada 12:07 PTG
@ khai,
alah, kari je pun...kari tu xda sedara mara dgn babi...so, xda hal pny...
@ moon,
ape yg desaknye? kat malaysia pun makan kari, kat sini pun ada kari gak...
@ I.T.,
terasa insaf...T_T
@ nanad,
kat indo xda makan ape2 yg eksotik ke? hehe
Comment by nanad on 28 April 2010 pada 1:19 PTG
tak nak i mkn makanan eksotik. tapi semalam i baca menu kat satu warung ni i mcm geli gile. dia jual kepala ayam & itik goreng. nak muntah i!
Catat Ulasan