dalam 2-3 hari lepas, ada keluar dalam akhbar berita budak 15 tahun ditembak polis akibat merempuh sekatan jalanraya. ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan budak tu redah sekatan jalan.
satu: mungkin sebab dia cuak, memandangkan dia bawah umur dan memandu kereta tanpa lesen. gelabah punya pasal, terus dia pecut, langgar sekatan polis.
dua: mungkin dia ada kes jenayah ringan. kebetulan polis buat sekatan nak cari perompak dan budak tu sangka polis nak tangkap dia. sekali lagi, gelabah punya pasal, terus dia pecut, langgar sekatan polis.
tiga: silap faham. polis menyangka dia memang penjenayah. tambahan pula ada jumpa parang dalam kereta.
apa pun, benda dah pun berlaku dan budak tu dah pun tertembak. tulisan ni pun bukan nak memburukkan sesiapa. PDRM mahupun budak tu.
tulisan ni nak memberi cadangan macam mana nak membantu menangkap penjenayah tanpa tembak-menembak yang mengakibatkan kematian tak sengaja. ada yang kata polis tembak tayar untuk memancitkan tayar kereta supaya penjenayah tak boleh lari.
menembak tayar memerlukan ketepatan dan perlu sekurang-kurangnya 4 kali tembakan untuk memancitkan keempat-empat tayar. dalam keadaan kelam-kabut, untuk menembak 4 kali dengan tepat bukanlah kerja senang.
apabila kejadian sebegini dah berlaku, PDRM seharusnya guna alternatif lain. cadangannya begini:
guna ranjau yang direntang atas jalan.
ranjau lebih mudah dioperasikan. cuma perlu 2 anggota polis untuk bentang ranjau merentasi jalanraya.
ranjau boleh memancitkan keempat-empat tayar tanpa membazirkan sebutir peluru pun. boleh jimat peluru untuk tembak perompak jika perompak bertindak ganas.
ranjau boleh disimpan dan diguna semula.
ranjau berkesan menentang semua kenderaan bertayar angin. kereta, motor, lori, treler, 4x4, kapal terbang dsb. cuma keretapi je yang kebal dengan benda ni.
caranya, apabila ada sekatan jalanraya polis, sediakan 2 unit ranjau beserta kakitangan dalam jarak 200 atau 300 meter dari titik sekatan, pada kedua-dua arah jalan [menghala dan menjauh]. agak2 ada kejadian rempuh sekatan, anggota polis yang jaga ranjau boleh bentang dan tunggu mangsa.
selamat bertugas kepada PDRM!
11 comments
Comment by ZR on 28 April 2010 pada 3:35 PTG
setuju..
Comment by djambu puadovich on 28 April 2010 pada 3:42 PTG
terima kasih!
Comment by Kay on 28 April 2010 pada 4:07 PTG
betul! betul! betul!
bgus idea anda.. :)
Comment by djambu puadovich on 28 April 2010 pada 4:19 PTG
idea cikai je.
siapa2 yg selalu tgk drama polis amerika atau main NFS pun boleh tahu benda ni...
ape pun, terima kasih! =)
Comment by Kay on 28 April 2010 pada 6:11 PTG
ceyh....
kereknye ayat....
xpe2....
alahmdulillah ats kekerekkan mu..
huhuhuhu~~
Comment by djambu puadovich on 28 April 2010 pada 7:03 PTG
bukan kerek, tp merendah diri...
Comment by KIRANA on 29 April 2010 pada 7:37 PG
Mencadangkan memang senang...
Risiko yg polis hadapi lebih jauh drpd yg ktia jangka...
Setakat ranjau, tayar pancit pun org bleh drive laju2 lagi.
Penah tgk kat TV, rancangan2 dr Amerika yg tunjuk mcm mana polis nak tangkap penjenayah?
Mana yg guna ranjau, sumernye tak berjaya lansung.
Comment by djambu puadovich on 29 April 2010 pada 7:46 PG
ya, mencadang memang senang banding kerja jadi polis.
setiap cadangan ada pro dan kontra.
tayar pancit memang orang boleh pandu laju. tapi itu kalau betul2 penjenayah bersenjata api. kalau dia budak buat kesalahan tak ada lesen?
kita sini bincang macam mana nak menangani kes2 tertembak/terbunuh tanpa niat.
apa cadangan anda?
oh ye, bagi cadangan memang senang. kondem cadangan laaaaaaagi senang...=)
Comment by asyimbtdollah on 29 April 2010 pada 7:10 PTG
ranjau berduri sungguh;)
Comment by djambu puadovich on 29 April 2010 pada 8:36 PTG
perjalanan yang panjang, diuji ranjau dan duri...ecewah~
Comment by I.T. on 30 April 2010 pada 1:12 PTG
Assalamu'alaikum,
Perjalanan yang pendek diuji dengan kemewahan. Tadi dah masukkan RM1.5k
Catat Ulasan