Archives

dah enam tahun


oh oh! dah enam tahun rupanya!

enam tahun dah aku duduk kat ukren...
enam tahun dah aku belajar nak jadi doktor...
enam tahun dah aku tak raya kat rumah dan kampung...
enam tahun dah ulang alik naik kapal terbang...

sepanjang enam tahun,
ada kawan jadi saudara,
ada kawan jadi lawan,
lepas lawan, terus putus hubungan.

lepas enam tahun,
banyak ilmu dikumpul...
banyak pengalaman dikaut...
banyak ragam orang dilihat...
banyak berubah sudut pandang dunia aku...

pernah aku kata:
"apalah diharapkan dengan keputusan remaja umur 19 tahun"
tapi abah kata:
"tak apa, apa yang dah mula, kena habiskan"
maka aku pun habiskan.

alhamdulillah, dah habis pun...jom balik!

[terima kasih mak dan abah dan kakcik dan faiz (faiz? kenapa faiz? ahahaha)]
[ukren bukanla negara eropah mcm perancis atau england atau jerman atau switzerland. maka, masyarakatnya tak sama]
[setakat ni, pada aku, siapa2 yang boleh tahan pancaroba mehnah dan tribulasi kat ukren ni, boleh hidup kat mana2 saja dalam dunia ni. atau aku tak pernah duduk kat afrika lagi kot?]

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kiev Musim Panas - ep. 4

bertemu kembali. kali ni episod terakhir 'Kiev Musim Panas'. episod ni kami jalan2 kat tempat2 bersejarah yang lain lagi kat kiev. jom jalan!!!

ni tugu "Askar yang Ghaib". khas untuk askar2 yang tewas tapi tak diketahui di mana matinya. seperti biasa, bentuk obelisk sama macam kat Odessa, lengkap dengan 'api abadi' di kaki tugu.

ni kami tangkap gambar sambil duduk2 kejap. penat wooo jalan tengah2 panas terik musim panas nih! masing2 pun muka ketat macam ikan masin je. ahahaha!

jurugambar-jurugambar kodobovich dan gilleco. kodobovich tgh menikmati pemandangan kota Kiev dari atas bukit.


ni pulak tugu untuk mangsa peristiwa kebuluran tahun 1932-1933. dikenali sebagai 'holodomor'. artikel lanjut pasal holodomor, ada kat SINI


ni pulak pintu masuk dan loceng utama ke gereja/biara kiev-pecherskaya. disebabkan kiev ni atas bukit, biara ni ada makam2 paderi bawah tanah [mmg le org tanam mayat bawah tanah ye x? xkn atas tanah] tapi yg ni mcm dia letak dalam gua. berselirat masuk ke dalam bumi. tapi kitorg x masuk pun, sbb x jumpa. kitorg cari atas tanah kot...hahaha

kat tengah2 bandar kiev, di Maidan Nezalezhnosti/Dataran Merdeka, ada air pancut. sebenarnya nak ke arca pengasas2 Kiev. tapi yg sebenar punya kena tutup untuk pemulihan, sebab rosak. patah akibat cuaca kot. ada orang cakap mungkin kerja budak2 vandalism.

ni la rupanya pengasas Bandaraya Kiev. ada 4 beradik. abang sulung nama Kiy, yg tengah nama Schek, yg ketiga nama Khoriv. adik bongsu perempuan nama Lybid. Lybid tu maknanya 'angsa'. tgk dlm gambo pun ada angsa2 kat blkg Lybid. Kiev tu maknanya "Kiy yang punya".

air pancut 4 beradik tadi tu tak dipasang, dah budak 2 ekor ni buat tunjuk perasaan. biar encik djambu payungkan cik adik ni. demi keselesaan penduduk kiev~ hehe

ni pulak....hmmm...ehehehe

yg ni pulak kad perkhidmatan khas. ada satu awek tepi jalan ni bagi kat aku. nampak muka macam pelancong gersang sket, dia bagi. harga ada bagai2. paling murah UAH400 sejam. ada la dalam RM200 lebih sikit. paling mahal UAH1400 sejam. telefon nombor kat atas tu, nanti ada orang jemput...

tamat la kisah Kiev Musim Panas...selamat tinggal Kiev. aku tak tau bila aku akan kembali ke sana.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kiev Musim Panas - ep. 3

seperti biasa, kalau ada lawatan yang aku malas nak bagi penerangan lanjut, aku hidangkan gambar je. marilah tengok!

kali ni, kitorg meronda2 di bukit yg ada patung besar kat kiev. nama patung ni Мать Родины/Mat Rodina. Datin panggil nama patung ni Mak Rodin je [macam nama kampung je. ahaha]. Mat Rodina maknanya Ibu Pertiwi. kat kaki patung ni ada muzium peringatan perang dunia II. kat belah2 sini, perang dunia II dikenang sebagai perang patriotik agung (the great patriotic war). perang ni diagungkan sebab tanda kemenangan sosialisme ke atas fasisme Nazi. perang ni mengorbankan berapa puluh juta [ke ratus juta? entah, x ingat] tentera soviet. 3/4 dari seluruh tenaga tentera tewas. ko bayangkan je la askar dia yang mati tuh ada berapa ratus juta, ada lagi suku je tinggal, berapa punya besar angkatan bersenjata dia...setakat negeri kecik2, sekali lalu je dia boleh sapu. cuma dia bukan negara kolonial je. tapi pada masa sama, dia sebarkan ideologi komunis. hehehe

tugu untuk satria2 yg tewas di medan perang...

artileri! tembak!!!

mara menggempur musuh...

pingat untuk bandar2 perwira. yg ni kiev. odessa pun ada, st. petersburg pun ada, minsk pun ada, moscow pun ada.

seni kreatif!

pesawat terbang Yak dan MiG

Mak Rodin @ Mat Rodini @ Ibu Pertiwi

nanti kita sambung lagi episod 4~ harap bersabar!

p/s: gambar dipetik oleh kodobovich n gilleco

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kiev Musim Panas - ep. 2

...makan dengan penuh protokolnya...:P

maka setelah beberapa tahun berkhidmat di bumi asing, En. Ruzaimi pun pulanglah ke tanahair.

En. Ruzaimi datang bertugas menggantikan En. Noh pada tahun 2006 sebagai Setiausaha Pertama Pejabat Kedutaan Besar Persekutuan Malaysia di Ukraine.

baik En. Ruzaimi ni. rajin kerja pulak tu. kalau kami datang, tak pernah tak layan. kalau dia ada masa, dia bawak jalan2 keliling Kiev dengan kereta. pernah sekali tu, kami nak balik ke stesen keretapi, dia yang tolong hantar. kalau masa hari raya, memang kami datang melawat En. Ruzaimi suami isteri. konon2 kami la yang balik kampung, melawat sedara-mara. rasa memang macam keluarga pun. keluarga kami kat Kiev tu, TYT Datuk Duta Besar Abdullah Sani suami isteri, Setiausaha Kedua Encik Nordin suami isteri dan Pembantu Peribadi Duta, Cik Azizah.

bersembang dgn En. Ruzaimi, macam2 cerita boleh keluar. cerita-cerita dia masa duduk Fiji, masa dia ke US, masa dia ikut misi naik kapal TLDM, masa dia mula-mula sampai Ukraine, masa dia skolah2 dulu [aku dgn wawad sama skolah dgn beliau ni], masa dia memandu merentas Eropah dan macam2 cerita lagi. pengalaman2 berguna duduk di perantauan. memang seronok untuk orang2 yang berjiwa adventure.

sekarang En. Ruzaimi nak balik ke IP Wisma Putra. tunggu giliran untuk dihantar ke negara lain pulak. walau di mana beliau berada, kami doakan En. Ruzaimi sentiasa bertugas dengan cemerlang dan dalam keadaan selamat sejahtera. nanti bila-bila jadi Duta Besar Malaysia kat ceruk2 mana, boleh la kami datang melawat. hehehe :P


lagu ditujukan khas untuk En. Ruzaimi...hehehe

p/s: siapa2 yang melihat negara orang, boleh la mohon PTD/pegawai tadbir diplomatik. lepas tu, mohon kerja kat kementerian luar negara. lagi bagus kalau ada kemahiran bahasa asing. jauh berjalan, luas pengalaman...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kiev Musim Panas - ep. 1

maaf semua. minggu lepas sangat sesak dengan kerja dan periksa dan mengemas. sampaikan xda masa nak tulis blog.

lepas periksa pulak pegi ke Kyiv untuk majlis perpisahan En. Ruzaimi dan Kak Su. sambil berjalan2 meronda2 berlibur2 di tengah2 panas terik mentari. nanti aku kemaskini cerita.

sebelum tu, jom kita tgk video aku amik di tgh2 pagi lps subuh dlm keretapi.

nampak kaki makcik ni tgh buat senaman kaki di waktu pagi. sebelum tu makcik tu buat gerakan kayuh basikal.


elok untuk mencegah trombosis vena dalam atau deep vein thrombosis/DVT. hehehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Hari Eropah 2010 - Pt 2


*ye tuan2 dan puan2, kita sambung kembali di mana kita tertinggal hari tu. hari ini kita bicara hal masak-memasak. pembantu saya akan memberi contoh masakan apa yg dihidangkan hari ni*
-chef gerai hidangan jerman-czech-

  1. makanan turki, manisan baklava dengan kuih ape tah, mcm vadai makcik india selalu jual tu
  2. pizza italiano, dgn salami
  3. hidangan gruzia/georgia. mcm roti capati, pastu lauk dia tak tau, mcm daging kisar kepal2 pastu rebus kot
  4. salad. terlupa nak notakan dari gerai mana
  5. hidangan israel. ada ayam goreng dgn sira merah, kutlet ayam dgn serbuk roti pastu ada ikan. inti ikan gaul dgn roti, penyek2 pastu kukus balik dalam kulit ikan tadi. rasa mcm pelik. ni je yg aku try sbb dia ikan.
  6. manisan azerbaijan. gerai yang lemau sbb hidangan dia satu talam ni je. huhuhu

akhir sekali terimalah nyanyian "Shalom Aleyke" pakcik Yahudi sorang ni. "shalom aleyke"-"shalom aleyke" jugak pakcik. sedara2 pakcik kat Israel tu bunuh orang atas kapal. takde maknenye "shalom aleyke" tu...

p/s: serius aku kagum dgn ikan tu. sbb igtkn ikan tu ada tulang mcm ikan biasa, sekali akak tu potong, dalam tak ada tulang. tukang masak tu dah pisahkan isi drpd tulang dan kulit ikan, padahal tebal mana je kulit ikan. lepas tu dia susun atur balik mcm sediakala. maklumat lanjut lauk ni, klik sini. ikan gefilte namanya.

p/s2: siapa handal, cari awek dalam gambar chef atas tu ;)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...