bertemu kembali. kali ni episod terakhir 'Kiev Musim Panas'. episod ni kami jalan2 kat tempat2 bersejarah yang lain lagi kat kiev. jom jalan!!!

ni tugu "Askar yang Ghaib". khas untuk askar2 yang tewas tapi tak diketahui di mana matinya. seperti biasa, bentuk obelisk sama macam kat Odessa, lengkap dengan 'api abadi' di kaki tugu.

ni kami tangkap gambar sambil duduk2 kejap. penat wooo jalan tengah2 panas terik musim panas nih! masing2 pun muka ketat macam ikan masin je. ahahaha!

jurugambar-jurugambar kodobovich dan gilleco. kodobovich tgh menikmati pemandangan kota Kiev dari atas bukit.


ni pulak tugu untuk mangsa peristiwa kebuluran tahun 1932-1933. dikenali sebagai 'holodomor'. artikel lanjut pasal holodomor, ada kat SINI


ni pulak pintu masuk dan loceng utama ke gereja/biara kiev-pecherskaya. disebabkan kiev ni atas bukit, biara ni ada makam2 paderi bawah tanah [mmg le org tanam mayat bawah tanah ye x? xkn atas tanah] tapi yg ni mcm dia letak dalam gua. berselirat masuk ke dalam bumi. tapi kitorg x masuk pun, sbb x jumpa. kitorg cari atas tanah kot...hahaha

kat tengah2 bandar kiev, di Maidan Nezalezhnosti/Dataran Merdeka, ada air pancut. sebenarnya nak ke arca pengasas2 Kiev. tapi yg sebenar punya kena tutup untuk pemulihan, sebab rosak. patah akibat cuaca kot. ada orang cakap mungkin kerja budak2 vandalism.

ni la rupanya pengasas Bandaraya Kiev. ada 4 beradik. abang sulung nama Kiy, yg tengah nama Schek, yg ketiga nama Khoriv. adik bongsu perempuan nama Lybid. Lybid tu maknanya 'angsa'. tgk dlm gambo pun ada angsa2 kat blkg Lybid. Kiev tu maknanya "Kiy yang punya".

air pancut 4 beradik tadi tu tak dipasang, dah budak 2 ekor ni buat tunjuk perasaan. biar encik djambu payungkan cik adik ni. demi keselesaan penduduk kiev~ hehe

ni pulak....hmmm...ehehehe

yg ni pulak kad perkhidmatan khas. ada satu awek tepi jalan ni bagi kat aku. nampak muka macam pelancong gersang sket, dia bagi. harga ada bagai2. paling murah UAH400 sejam. ada la dalam RM200 lebih sikit. paling mahal UAH1400 sejam. telefon nombor kat atas tu, nanti ada orang jemput...

tamat la kisah Kiev Musim Panas...selamat tinggal Kiev. aku tak tau bila aku akan kembali ke sana.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati