oh oh! dah enam tahun rupanya!

enam tahun dah aku duduk kat ukren...
enam tahun dah aku belajar nak jadi doktor...
enam tahun dah aku tak raya kat rumah dan kampung...
enam tahun dah ulang alik naik kapal terbang...

sepanjang enam tahun,
ada kawan jadi saudara,
ada kawan jadi lawan,
lepas lawan, terus putus hubungan.

lepas enam tahun,
banyak ilmu dikumpul...
banyak pengalaman dikaut...
banyak ragam orang dilihat...
banyak berubah sudut pandang dunia aku...

pernah aku kata:
"apalah diharapkan dengan keputusan remaja umur 19 tahun"
tapi abah kata:
"tak apa, apa yang dah mula, kena habiskan"
maka aku pun habiskan.

alhamdulillah, dah habis pun...jom balik!

[terima kasih mak dan abah dan kakcik dan faiz (faiz? kenapa faiz? ahahaha)]
[ukren bukanla negara eropah mcm perancis atau england atau jerman atau switzerland. maka, masyarakatnya tak sama]
[setakat ni, pada aku, siapa2 yang boleh tahan pancaroba mehnah dan tribulasi kat ukren ni, boleh hidup kat mana2 saja dalam dunia ni. atau aku tak pernah duduk kat afrika lagi kot?]

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati