pergh!
semalam aku gi one utama, tengok 2 cerita. cerita despicable me dgn cerita mantra. tenkiu baiya sebab belanja aku tgk wyg, wlpn aku masuk lewat. lalulintas kat damansara ni mmg cip-bai betol. punya la macet. lepas tu, nak carik parkir kat bawah tu pun satu hal lagi.
nak cerita pasal filem MANTRA sebenarnya. filem melayu ni filem seram melayu yang paling menjadi setakat ni.
yang menyebabkan filem ni nampak tulen:
- mantera dia pakai bahasa yg tak difahami. ada mantera jawa, siam dan bahasa2 apa ntah tak tau.
- peralatan dan ritual yang masuk akal. pakai kain hitam, tulang2, bangkai kucing, tali kain kapan dan benda2 merapu lagi. tak tipikal kepada kain kuning dan keris antik je. tu belum masuk kes makan mayat la, bukak tali kapan pakai gigi dan lain2.
- penggunaan simbol2 mistik. yg ni ada nampak macam kyuubi naruto jugak. tapi lagi seram!
- hantu2 dia jenis tak ada nama. cuma warna hitam dan berbulu2. tak ada hantu2 tipikal pontianak, toyol, penanggal ke apa ke.
- kesan2 khas dia cantik. tak nampak plastik sgt.
lepas tu yang bagusnya cerita ni, dia tunjuk yg tok2 bomoh ni walaupun pandai bersilat, tapi tak menyalahguna silat dia untuk sihir ilmu hitam. dan pelakon2 filem ni pun pandai menggerak bunga2 tari. nampak cantik la. mungkin sebab dapat tunjuk ajar dari En. Ruzaidi, yg bawak watak Embah, tu kot.
p/s: tasik pauh janggi tu tempat dongeng dalam hikayat2 melayu, menunjukkan tempat yang jauh dan tak tercapai. dalam hikayat sang gedembai aku baca masa kecik2 dulu, akhir sekali sang gedembai lari ke tasik pauh janggi, yang jauh dari manusia. cari la kat mana pun, tak akan sampai tempat nama kg. tasik pauh janggi.
9 comments
Comment by Unknown on 23 Julai 2010 pada 5:49 PG
Ok. Kena tengok la macam ni!
Comment by djambu puadovich on 23 Julai 2010 pada 7:14 PG
oh! sila2! nanti terjemahkan mantera jawa tu kat aku sekali. hehehe
Comment by Mustakim Ahmad on 25 Julai 2010 pada 7:52 PG
uik.. ko dh blik ke pangkal jalan ke??.. haha.. jemput2 ke sabah..
Comment by djambu puadovich on 25 Julai 2010 pada 7:00 PTG
yup, dah balik ke permulaan aku. aku teringin je nak ke sabah, tunggu masa dgn duit je...:P yang x kunjung tiba...
Comment by Asyima Binti Dollah on 26 Julai 2010 pada 1:09 PG
salam...
oittt! incin djambu! apa khabar Malaysia? hahar.. selamat kembali! (walaupun lambat :P )
Comment by djambu puadovich on 26 Julai 2010 pada 1:38 PG
wsalam! oiii!!!
tenkiu! tp apsal apa khabar Mesia plak? hehehe. sy ok je, alhamdulillah~
Comment by Mustakim Ahmad on 26 Julai 2010 pada 4:07 PTG
nanti raya kita kumpul lepak ramai2.. ramai dah yg kerja.. hehe.. kalau ko kenal ain naziha bdak kisas sama ngan ko tu.. dia klasmate aku kat mktb dulu.. hehe
Comment by Murlak_s on 28 Julai 2010 pada 4:26 PG
oit, dah kat kl, singgah umah aku.. aku dah pindah ke setiawangsa.. jemput weh!
Comment by djambu puadovich on 28 Julai 2010 pada 8:59 PG
mus,
aku pun plan nak jumpa korg2 masa raya. tapi xtau la bila kan...korang sume balik kampung la, balik umah mentua la apa la. adoiii~
aku kenal je dia. tapi lagi ramai org kenal aku. hehe
murlak_s,
bila pulak aku nak ke setiawangsa. tunggu la bebila ada rezeki, bleh a aku jumpa anak ko plak...:P
Catat Ulasan