sabtu, 12 feb 2011. 6:00am


terdengar lagu rasmi akademi fantasia 'menuju puncak' memecah kesunyian pagi, mengganggu keheningan dan ketenangan margasatwa. semuanya demi mengobarkan semangat untuk menawan puncak broga.

ok la, takde la sunyi sepi pun. masa tu dah ramai manusia beratur mendaki bukit broga. dah bising riuh-rendah. semata-mata nak mengelak panahan mentari dan untuk merebut peluang menyaksikan fajar di puncak.

bertolak dari bangi pukul 4:30am, kami menuju tanpa ragu ke semenyih dan mengikut papan tanda uni Nottingham [wow! nottingham di semenyih? betul ke broga? bukan notting hill? haha]. teruslah menyusuri jalan itu sampai jumpa ladang arnab 'funland'. sebelah kiri itu ladang sawit merangkap parkir merangkap kaki bukit broga. [sebenarnya aku tido sepanjang jalan. tau2 je dah sampai. maklumat ni aku amik kat internet] selepas meletak kereta kitorang terus memulakan pendakian. gerai ah so jual lampu suluh menyambut pendaki2 dengan lampu suluh berharga rm10-rm20.

emmet sebagai pendaki berpengalaman, mengetuai barisan. denai tanah dan pasir yang tak berbelas dan kecerunan tak sekata mencabar minda dan jasad. terutama yang tak cukup stamina. alangkan ketua barisan pun pancit 3 kali. kui3...tergendala sebentar.

baju basah. peluh yang asli ye. bukan tipu2

nak jadi cerita, botol air aku pulak tergolek2, jatuh dari beg, melungsur ke bawah, dalam kegelapan dinihari. pasrah saje aku mendengar keceh-keceh-keceh, botol plastik bergeser dengan pasir, lantas senyap. memang pasrah...

dalam pukul 6:15am, kitorang pun dah hampir sampai ke puncak. tapi hajat nak ke puncak tak sampai. sebab ramai orang yang dah sampai, tak turun2. semua pakat nak tengok fajar menyinsing. tengok2, tak dapat sebab pagi tu mendung dan berkabus. hahaha. padan muka korang.

orang ramai tak reti2 nak turun, padahal dah siang dah...matahari dah terbit lama dah

bila dah terang tanah, kitorang pun bukak bekal tapau dan berpiknik sarap makan mihun dan roti dan biskut dan air saki baki yang ada. air baiya pulak tiris membasahi beg. buat penat je angkut botol ye?

dalam seluar aku ada lampu suluh ye...tapi betul ke lampu suluh tu?

umat manusia mengerumuni puncak broga

penurunan lebih mudah tapi masih perlu berhati2. supaya tak tergelungsur dan mengoyakkan kulit2 punggung yang halus. seluar koyak tak ape...warga yang turun pula disambut oleh ah so yang sama, cuma kali ni dia jual air botol, air kelapa dan aiskrim. pandai cina ni ye...

pesanan akhir dari aku...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati