sabtu, 12 feb 2011. 6:00am
terdengar lagu rasmi akademi fantasia 'menuju puncak' memecah kesunyian pagi, mengganggu keheningan dan ketenangan margasatwa. semuanya demi mengobarkan semangat untuk menawan puncak broga.
ok la, takde la sunyi sepi pun. masa tu dah ramai manusia beratur mendaki bukit broga. dah bising riuh-rendah. semata-mata nak mengelak panahan mentari dan untuk merebut peluang menyaksikan fajar di puncak.
bertolak dari bangi pukul 4:30am, kami menuju tanpa ragu ke semenyih dan mengikut papan tanda uni Nottingham [wow! nottingham di semenyih? betul ke broga? bukan notting hill? haha]. teruslah menyusuri jalan itu sampai jumpa ladang arnab 'funland'. sebelah kiri itu ladang sawit merangkap parkir merangkap kaki bukit broga. [sebenarnya aku tido sepanjang jalan. tau2 je dah sampai. maklumat ni aku amik kat internet] selepas meletak kereta kitorang terus memulakan pendakian. gerai ah so jual lampu suluh menyambut pendaki2 dengan lampu suluh berharga rm10-rm20.
emmet sebagai pendaki berpengalaman, mengetuai barisan. denai tanah dan pasir yang tak berbelas dan kecerunan tak sekata mencabar minda dan jasad. terutama yang tak cukup stamina. alangkan ketua barisan pun pancit 3 kali. kui3...tergendala sebentar.
nak jadi cerita, botol air aku pulak tergolek2, jatuh dari beg, melungsur ke bawah, dalam kegelapan dinihari. pasrah saje aku mendengar keceh-keceh-keceh, botol plastik bergeser dengan pasir, lantas senyap. memang pasrah...
dalam pukul 6:15am, kitorang pun dah hampir sampai ke puncak. tapi hajat nak ke puncak tak sampai. sebab ramai orang yang dah sampai, tak turun2. semua pakat nak tengok fajar menyinsing. tengok2, tak dapat sebab pagi tu mendung dan berkabus. hahaha. padan muka korang.
bila dah terang tanah, kitorang pun bukak bekal tapau dan berpiknik sarap makan mihun dan roti dan biskut dan air saki baki yang ada. air baiya pulak tiris membasahi beg. buat penat je angkut botol ye?
penurunan lebih mudah tapi masih perlu berhati2. supaya tak tergelungsur dan mengoyakkan kulit2 punggung yang halus. seluar koyak tak ape...warga yang turun pula disambut oleh ah so yang sama, cuma kali ni dia jual air botol, air kelapa dan aiskrim. pandai cina ni ye...
10 comments
Comment by nadia on 14 Februari 2011 pada 6:11 PTG
i yg dkat ni pon xpnah sampai broga. tahniah!
Comment by djambu puadovich on 14 Februari 2011 pada 6:24 PTG
nanti u dah ada kederat nanti, kita pegi sama2. utk sementara ni, u kuatkan stamina dgn jurulatih peribadi dulu ye. i akan sabar menanti~
ecewah~
Comment by Unknown on 14 Februari 2011 pada 9:50 PTG
cantik la permandangan atas bukit tu...
Comment by djambu puadovich on 15 Februari 2011 pada 1:26 PG
pemandangan yg mana satu tu? pemandangan ke 'pemandangan'? ;)
silap mendung sket le pagi tu...mungkin kne pegi hari lain pulak
Comment by nadia on 15 Februari 2011 pada 8:24 PG
klo i dh ade kederat xmo ah broga2. mau gunung kinabalu terus! hahhahaha.
anyway awek yg sebelah u tu cun gilerrrrr... klo tu la jadi kekasih jojo i setuju! ;)
Comment by djambu puadovich on 15 Februari 2011 pada 8:32 PG
satu je masalah:
sudah ada yang punyaaaa~~
isk3
Comment by Unknown on 15 Februari 2011 pada 1:30 PTG
cik nadia dh bg idea. next trip, kinabalu yeop. cepat kumpol duit rumah sewa. nnti kt plan ke puncak kinabalu!!
Comment by djambu puadovich on 15 Februari 2011 pada 4:20 PTG
tu ah. klo ikutkan, gaji hari tu pun aku nak buat panjat kinabalu. tapi gaji ciput...huhu
suatu hari nanti aku akan panjat jugak...
Comment by emmet on 6 Mac 2011 pada 1:19 PTG
hahahaha..
seriously!!.. seriously br perasan msg kt baju tu.. sobs~ sori la yeop!! =)
Comment by djambu puadovich on 6 Mac 2011 pada 3:18 PTG
ko memang...x penah nak bagi perhatian kat aku...
Catat Ulasan