terakhir aku ke sini, masa umur aku 14 tahun...
kini aku kembali lagi.
ada kenduri kahwin kawan.
maka aku menggagahkan diri. memandu.
dulu aku pergi naik bas.
terasa sangat jauh.
memandu pun masih terasa jauh. sbb penat memandu, sorang2.
ipoh ke rungkup amik masa dekat 3 jam. lebih lama dari ipoh ke KL.
apapun, demi kawan. selamat pengantin baru!
kat sini, jalan semua lurus2...sejauh2nya pun lurus...
ada dua je selekoh. di selekoh paling tajam, ada la satu pekan kecik. nama pekan tu...betul, pekan SELEKOH
lepas selekoh, maju ke pekan bagan datoh. di sini letaknya muara sungai perak. tempat waris sultan melaka masuk dan mudik ke hulu, mencari tapak kerajaan baru. sampai ke kuala yang kesembilan puluh sembilan, maka dilihatnya sesuai untuk dibina kota. syahadan ditanyalah bendahara, kuala ke berapakah ini? seyogia jawab bendahara, ini kuala ke-99, kurang satu seratus, tuanku. akibat disebut lelaju, jadilah kuala kurang satu, kuala kurang sa, kuala kangsar... begitulah adanya...
dikhabarkan, setiap raja muda yang nak bertakhta jadi sultan perak, harus ada upacara mandi di beting beras basah di bagan datoh. lalu bakal sultan mesti mudik sungai perak sampai ke pengkalan hulu, melihat seluruh jajahan takluk. kena tunggu sultan azlan mangkat kot, baru boleh tengok raja nazrin buat benda tu.
2 comments
Comment by Hafizulfaiz_ on 29 Disember 2011 pada 7:39 PTG
Wow...spek baru!! Hehehehe...
Comment by djambu puadovich on 2 Januari 2012 pada 4:56 PG
spek mahal ni. boleh tukar jadi hitam! dah setahun lebih pun...
Catat Ulasan