Archives

Moskow - Hari 1

berapa tinggi menara gading moskow ni. akademi ni punya pustaka, antara terbesar dalam dunia

hari pertama moskow.

mencari jalan

sebenarnya kami ke moskow ada hajat. nak ke kedutaan emiriah arab untuk dapatkan cop pada diplom. konon2 nak kerja kat sana lps jadi doktor nanti. nampak gayanya, sekarang ni yang ke moskow mmg dah takkan ke dubai lah jawabnya. yg hantar wakil lagi cerah untuk ke dubai. x kesah la tu. kisahnya skrg ni, kami pergi moskow.

wlpun sesat2 sikit naik troleybus moskow yg aku tak berapa paham sistemnya ni, akhirnya sampai dan selesai juga urusan. kami pun terus la meronda2 kota moskow.

dari kedutaan tu kami menapak ikut peta ke akademi kebangsaan moskow bersempena lomonosov. fesyen diorg mcm ni. kalau ada cendekiawan/intelek dia yang terkenal, universiti tu akan dinamakan sempena tokoh tu. cuti musim panas. tak ada pelajar kat kampus. akademi ni atas bukit. puncak tertinggi sekali di kota moskow ni bangunan ni lah. dari atas ni, boleh tgk seluruh kotaraya moskow yg saujana mata memandang. masalahnya, puncak dia ni pun luas, dan tak dapat nak tengok pemandangan yg terlindung. boleh tgk sikit2 je.

dari situ, terus ke taman burung, Vorobyovy Gory, sambil menurun bukit nak amik metro. bayangkan di tengah2 kota metropolitan moskow ni, masih ada diorang peruntukkan bukit untuk buat taman burung. khas untuk wargakota melepas lelah, berpiknik2 ditemani mergastua. ecewah

kita kat sini daaa...

dari sana, kami amik metro dan terus cari taman yang dipopularkan dalam lagi kumpulan scorpions. taman gorky. atau dalam nama rusia, park gorkova. dalam inggeris, gorky park. taman ni bersempena nama penulis terkenal rusia, maksym gorky. dulu dia selalu lepak taman ni kot, aku pun x tahu. kami ingatkan taman ni macam ada tugu2 ke apa ke. rupanya taman ni macam funfair. ada roller-coaster, merry-go-round, ferris wheel, rumah hantu, tangkap gambar dgn binatang2 semua la. terus la kami pun kempunan sbb nak naik benda2 tu, tak datang moskow pun ada. (sebenarnya duit xda) hahaha. bajet lari nanti!

follow the Moskva. belakang tu sungai Moskva

down to Gorky Park

tumpang amik gambar bawah pelangi

tak lengkap datang ke moskow kalau tak ke jalan arbat. seperti kebiasaan di tanah soviet, setiap pekan tu ada jalan utamanya. odessa ada jalan deribasovskaya, kiev ada khreshchatyk, moskow ada arbat. di jalan arbat ni ada orang busking, menari2, buat lukisan, jual cenderamata, jual tubuh dan juga ada rumah penulis ternama bergelar pushkin. [semua pun ternama, tapi yg kenal aku je sbb diorg ni semua ternama dalam tanah soviet je. luar soviet/rusia, sorang pun x kenal]. pushkin ni pernah tinggal di odessa. lps tu sbb bini dia ada skandal dengan satu orang ni, dia cabar bertembak dgn mamat yg mengorat bini dia tu. org2 sini selesai masalah pakai tembak2 je. sejak dulu lagi. last2 dia yang mati pun. nampak sangat bersalah. hahaha

jalan arbat ialah destinasi kami yg terakhir buat hari itu. malam pun nak menjelang. esoknya kami jalan lagi.


p/s: kami cadang nak jalan dgn awek topi koboi dan akaknya. nombor telefon semua dah ambil dah. tunggu nak janji jumpa di mana je. malangnya, nombor malaysia aku dan nombor serbia dia tak ngam. xboleh bersambung, mesej x sampai. terbantutlah niat murni kami nak berjalan dgn awek omputih di kota moskow...jumpa di rumah je la malam tu, sambil bertukar2 cerita. rupanya, diorang pun cuba nak hubungi kami, tapi x dapat. mesti diorg pun kempunan nak jalan dgn 3 org malaysia yg bergaya di kota moskow. hahahaha

tuan rumah, marina [berbaju hijau] dan teman lelakinya [aidan, tak pakai baju] tengah release tension malam2. yobnem!

tentang Taman Gorky, klik SINI
tentang Pushkin, klik SINI
tentang Jalan Arbat, klik SINI

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Teluk Senangin

selamat datang ke teluk senangin. teluk yg berangin-angin tapi tak nampak pun ikan senangin nye. dulu ada la kot.

teluk senangin ni kecik je. pasir pun tak halus, tapi satu alternatif lain bagi orang yg dah puas ke teluk batik. satu lagi teluk ialah teluk rubiah. yg tu aku x ingat dah pernah pergi ke belum.

letaknya beberapa belas kilometer dari pantai teluk batik. nak mencarinya pun agak susah. sampai tersesat2 la jugak abah memandu. apa mimpi abah nak bawak kitorg ramai2 gi mandi laut pun, aku xtau. hahaha.

memandangkan hari kitorang pergi ni hari tahun baru cina, maka ramai la pengunjung yg ada. tak kira cina, melayu, india. nasib baik kitorang datang awal. tak la bersesak sangat. masa kami nak balik tu pun, berpusu2 kereta datang nak masuk lagi.

tak banyak yg nak cerita sangat pasal teluk senangin sebab pergi sekejap je. kalau aku gi camping ke, berbasikal ke sini ke, banyak la sikit nak cerita kot. kalau nak tahu, jom la datang sendiri.

tempatnya yang bertanda A tu. jauh la jugak dari ipoh. sampai boleh sembahyang jamak la jugak.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

pesta buku wei!

Buku-buku dibeli dengan harga RM40 saje!

Woot! Woot!!!

sebenarnya dapat baucar rm200 bantuan buku 1malaysia. diguna pula di pameran buku 1malaysia kat PWTC tempohari. terima kasih Dato' Najib. Lol~

harga semua tu dalam rm140. tapi pakai baucar rm100. ada lagi rm100 baucar tak tau nak guna kat mana. nak jual kat mudah la. haha!

sekarang ni, kat pesta buku, kedai buku ada banyak buku memoir atuk2 komunis PKM mcm buku rashid maidin, abdullah CD, shamsiah fakeh, chin peng dsb. buku mein kampf nukilan adolf hitler pun ada jual. yang bertambah anehnya, kat TV dok main yg kata pengganas komunis, pengganas komunis. jual buku pakcik komunis boleh pulak? buku nazi ada jugak?

jadi, apa kesimpulannya?

entah.

kesimpulannya pada aku, boleh la kita dengar cakap/hujah dua belah pihak dan adili sendiri. jangan tutup mata, tutup telinga, tak nak dengar cakap, malas nak baca buku sejarah negara ni. baru la berkembang minda...

buku seni silat tu dah habis baca, nak baca buku hikayat hang tuah pulak lps ni, lps tu buku komunis, buku bersih, buku pendeta zaaba dan buku ultrasound. hmmm...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

ZOMBIJAYA


yg ni kalau baca, mmg x boleh letak bawah.

plot dia, lepas satu, satu, mengalir je.

cukup rasa lah, pendek cerita. thiller ada, comic ada, satira ada, cersai/sai-fai ada (cersai tu cereka sains, aku yg reka istilah ni),
seks ada, romantika ada.

cerita ni pada aku macam 9 1/2 weeks dgn resident evil digabung dengan latarbelakang dan citarasa malaysia. siapa2 produser yg ada modal, mintak tolong la filemkan cerita ni. lagi bagus dari filem2 tahyul khurafat yg tengah bersepah2 kat malaysia sekarang ni.

sinopsis:

5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff) bergumbira pada malam sambutan tahun baru di lembah klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui. lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai ke sarawak dan ke seluruh malaysia. dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis - seorang kaki teori konspirasi - mencadangkan mereka berpindah ke putrajaya di mana beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.

pelbagai aksi, babak suka-duka, persahabatan dan pengkhianatan mengisi novel ini, serta beberapa isu semasa seperti rancangan tv realiti, politikus homoseks juga dicuit.

selamat datang ke zombijaya!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...