berapa tinggi menara gading moskow ni. akademi ni punya pustaka, antara terbesar dalam dunia

hari pertama moskow.

mencari jalan

sebenarnya kami ke moskow ada hajat. nak ke kedutaan emiriah arab untuk dapatkan cop pada diplom. konon2 nak kerja kat sana lps jadi doktor nanti. nampak gayanya, sekarang ni yang ke moskow mmg dah takkan ke dubai lah jawabnya. yg hantar wakil lagi cerah untuk ke dubai. x kesah la tu. kisahnya skrg ni, kami pergi moskow.

wlpun sesat2 sikit naik troleybus moskow yg aku tak berapa paham sistemnya ni, akhirnya sampai dan selesai juga urusan. kami pun terus la meronda2 kota moskow.

dari kedutaan tu kami menapak ikut peta ke akademi kebangsaan moskow bersempena lomonosov. fesyen diorg mcm ni. kalau ada cendekiawan/intelek dia yang terkenal, universiti tu akan dinamakan sempena tokoh tu. cuti musim panas. tak ada pelajar kat kampus. akademi ni atas bukit. puncak tertinggi sekali di kota moskow ni bangunan ni lah. dari atas ni, boleh tgk seluruh kotaraya moskow yg saujana mata memandang. masalahnya, puncak dia ni pun luas, dan tak dapat nak tengok pemandangan yg terlindung. boleh tgk sikit2 je.

dari situ, terus ke taman burung, Vorobyovy Gory, sambil menurun bukit nak amik metro. bayangkan di tengah2 kota metropolitan moskow ni, masih ada diorang peruntukkan bukit untuk buat taman burung. khas untuk wargakota melepas lelah, berpiknik2 ditemani mergastua. ecewah

kita kat sini daaa...

dari sana, kami amik metro dan terus cari taman yang dipopularkan dalam lagi kumpulan scorpions. taman gorky. atau dalam nama rusia, park gorkova. dalam inggeris, gorky park. taman ni bersempena nama penulis terkenal rusia, maksym gorky. dulu dia selalu lepak taman ni kot, aku pun x tahu. kami ingatkan taman ni macam ada tugu2 ke apa ke. rupanya taman ni macam funfair. ada roller-coaster, merry-go-round, ferris wheel, rumah hantu, tangkap gambar dgn binatang2 semua la. terus la kami pun kempunan sbb nak naik benda2 tu, tak datang moskow pun ada. (sebenarnya duit xda) hahaha. bajet lari nanti!

follow the Moskva. belakang tu sungai Moskva

down to Gorky Park

tumpang amik gambar bawah pelangi

tak lengkap datang ke moskow kalau tak ke jalan arbat. seperti kebiasaan di tanah soviet, setiap pekan tu ada jalan utamanya. odessa ada jalan deribasovskaya, kiev ada khreshchatyk, moskow ada arbat. di jalan arbat ni ada orang busking, menari2, buat lukisan, jual cenderamata, jual tubuh dan juga ada rumah penulis ternama bergelar pushkin. [semua pun ternama, tapi yg kenal aku je sbb diorg ni semua ternama dalam tanah soviet je. luar soviet/rusia, sorang pun x kenal]. pushkin ni pernah tinggal di odessa. lps tu sbb bini dia ada skandal dengan satu orang ni, dia cabar bertembak dgn mamat yg mengorat bini dia tu. org2 sini selesai masalah pakai tembak2 je. sejak dulu lagi. last2 dia yang mati pun. nampak sangat bersalah. hahaha

jalan arbat ialah destinasi kami yg terakhir buat hari itu. malam pun nak menjelang. esoknya kami jalan lagi.


p/s: kami cadang nak jalan dgn awek topi koboi dan akaknya. nombor telefon semua dah ambil dah. tunggu nak janji jumpa di mana je. malangnya, nombor malaysia aku dan nombor serbia dia tak ngam. xboleh bersambung, mesej x sampai. terbantutlah niat murni kami nak berjalan dgn awek omputih di kota moskow...jumpa di rumah je la malam tu, sambil bertukar2 cerita. rupanya, diorang pun cuba nak hubungi kami, tapi x dapat. mesti diorg pun kempunan nak jalan dgn 3 org malaysia yg bergaya di kota moskow. hahahaha

tuan rumah, marina [berbaju hijau] dan teman lelakinya [aidan, tak pakai baju] tengah release tension malam2. yobnem!

tentang Taman Gorky, klik SINI
tentang Pushkin, klik SINI
tentang Jalan Arbat, klik SINI

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati