yg ni kalau baca, mmg x boleh letak bawah.

plot dia, lepas satu, satu, mengalir je.

cukup rasa lah, pendek cerita. thiller ada, comic ada, satira ada, cersai/sai-fai ada (cersai tu cereka sains, aku yg reka istilah ni),
seks ada, romantika ada.

cerita ni pada aku macam 9 1/2 weeks dgn resident evil digabung dengan latarbelakang dan citarasa malaysia. siapa2 produser yg ada modal, mintak tolong la filemkan cerita ni. lagi bagus dari filem2 tahyul khurafat yg tengah bersepah2 kat malaysia sekarang ni.

sinopsis:

5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff) bergumbira pada malam sambutan tahun baru di lembah klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui. lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai ke sarawak dan ke seluruh malaysia. dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis - seorang kaki teori konspirasi - mencadangkan mereka berpindah ke putrajaya di mana beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.

pelbagai aksi, babak suka-duka, persahabatan dan pengkhianatan mengisi novel ini, serta beberapa isu semasa seperti rancangan tv realiti, politikus homoseks juga dicuit.

selamat datang ke zombijaya!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati