ikhlas vs etika

penulisan yg agak serius hari ni. sebagai respon kpd penulisan sdr effy.

ada riwayat menyatakan bahawa ibadat seseorang boleh dibahagi kepada 3 jenis:
  1. ibadat 'org awam'. ibadat org jenis ni ialah ibadat orang yg nak melepaskan syarat2 fardu/wajib. buat yg wajib, yg haram ditinggalkan.
  2. ibadat 'saudagar'. ibadat ni ibarat saudagar yg berniaga, yang mengharapkan keuntungan setimpal dengan pelaburan yg dikeluarkan. contohnya, si A berharap nak masuk syurga, maka dia pun beribadah demi mengharap balasan syurga.
  3. ibadat 'hamba'. ibadat jenis ni ialah ibadah yg tertinggi sekali nilainya kerana ibadah ni ialah ibadah yg ikhlas tanpa mengharapkn balasan. ibadat jenis ni selalunya dimiliki oleh para nabi dan wali
ada juga riwayat dari para wali zaman dahulukala, mereka ni beribadah demi mencapai keredhaan Allah taala. mereka mencari keredhaan sehinggalah ada yg berkata, 'jika aku mati dan keredhaan Allah ialah memasukkan aku dalam neraka, maka aku redha masuk neraka kerana redha Allah tu yg aku dambakan.'

ibadat mereka ni mmg sukar ditandingi sebab keikhlasan mereka beribadah dan mereka pun dah mencapai tahap merasai kemanisan iman. semakin mereka beribadah, semakin seronok dan semakin giat mereka beribadah. kalo org hisap dadah, makin seronok makin dihisap dan akhirnya gian. tapi gian beribadah xpe. jgn gian hisap dadah. memudaratkan!

ok, kita tinggalkan nabi dan wali sebentar. tu kisah zaman dahulukala, kita tgk zaman sekarang.

kalau kita tinjau keadaan negara2 muslim dan keadaan negara2 bukan muslim yg maju. kita boleh nampak negara2 muslim yg mundur, kotor, rasuah, xberetika dan berbagai kebejatan lagi. negara2 bukan muslim yg maju pun ada masalah kebejatan jugak, sbg contoh seks bebas, anak derhaka, kaki botol dsb. kita ketepikan isu tu kejap dan kita fokus ke aspek kebersihan, menepati waktu, menepati janji dan isu2 etika yg lain.

aku ambil satu aspek, iaitu kebersihan. dalam perkara sebegini, dlm pengamatan aku, diorg dah diterapkan dari kecil bahawa menjaga kebersihan tu adalah sangat penting dan bernilai. tak perlu diulang2 peringatan 'buang sampah disini, akan didenda rm500' atau lain2 amaran hukuman. mungkin pada peringkat awal saja, iaitu pada peringkat mendidik anak2 kecil, tapi bila dah dewasa, masing2 dah bertanggungjwb. sampah buang dlm tong, tahi anjing tuan anjing akan kutip dan buang dlm tong.

pokoknya, diorg diajar dari kecil, 'yang betul tu betul, yang salah tu salah.' diorg tak diajar 'kutip tahi anjing sebab denda tahi anjing bersepah rm500' sebaliknya diorg diajar 'tahi anjing yang bersepah tak menunjukkan identiti masyarakat bertamadun'.

kita amati balik pendekatan diorg dan aku semcm ternampak konsep 'keikhlasan' dalam cara diorg ni. cara 'sila kutip tahi anjing sebab tahi anjing adalah kotor' bukan 'kutip tahi anjing, kalo x, kene saman'.

ni bukan aku nk ckp yg non-muslim tu sama taraf dgn para nabi dan wali pulak. tp konsep para nabi dan wali tu diorg yg gunapakai. seharusnya kita yg muslim ni lebih berhak menggunapakai konsep tu. konsep yg sama kita boleh apply dalam mendidik generasi anak2 akan datang. misal kata, kita boleh ajar 'jangan berzina sebab berzina bukan amalan org islam yang bertamadun' selain daripada kita ajar 'berzina tu berdosa besar'.

amcm? boleh pakai x idea aku ni? kalo ada salah silap, sila la tegur. aku ni pun masih dlm kategori amal ibadat org awam. kdg2 buat dosa jugak. sama2 la kita perbaiki amalan kita :)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

beng! beng!

lubang keluar

kelas forensik, isnin 3 oktober 2008.

hari ni belajar tentang kecederaan akibat senjata api dan ciri2 senjata api. senjata api ada laras panjang (senapang dan raifal), laras pendek (pistol dan revolver, automatik/separa automatik) dan senjata api atipikal (buatan sendiri). peluru pulak ada peluru mata tajam, mata tumpul, penabur (shot), peluru sukan, peluru memburu, peluru perang dan peluru kapur. setiap peluru menghasilkan kesan kecederaan yg unik.

kecederaan akibat senjata api pulak, boleh dikelaskan kepada tembakan tembus, tembakan tak tembus dan kontusi [peluru terpantul, konon2 kebal la. haha]. jika ada tembakan tembus, jurubedahsiasat kena pastikan lubang mana peluru masuk (entry wound) dan lubang mana peluru keluar (exit wound). selalunya pada lubang masuk ada tisu hilang (minus tissue), kesan lelas, lebam, lecur dan saki baki jelaga (soot) dan serbuk peledak (gunpowder residues).

mengenai kesan tembakan peluru penabur, jurubedahsiasat boleh anggar jarak tembakan melalui corak kecederaan pada badan mangsa. jarak tembakan juga boleh dianggar jika ada kesan 'stanzmark'. kesan 'stanzmark' menandakan tembakan sentuh iaitu tembakan dengan senjata api menyentuh tubuh. tembakan sentuh juga selalunya tiada kesan lecur dan saki baki serbuk peledak. darah boleh dikesan di dalam muncung senjata api jika senjata api dijumpai.

balang kiri, kesan peluru penabur jarak 3-5 meter. balang kanan, kesan tembakan pistol, lubang masuk

hari ni, xpegi bilik mayat sebab xda orang mati ditembak semalam. balik2 bunuh diri, balik2 bunuh diri...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

hurrah! hurrah! hurrah!


sudah bosan dgn filem tentera ala amerika? asyik2 amerika saja yg menang dlm filem hollywood? [dah filem diorg, diorg la yg menang...]

maka, carilah filem 9th Company [9 rota dlm ruski] kat dlm internet, download dan tonton. download dgn sarikata ye. kalo x, xphm plak nanti.

9th company bukan filem hollywood. ia satu filem terbitan russia dan mendapat kerjasama kementerian kebudayaan ukraine. ia menceritakan kehidupan sekumpulan pemuda yg mendaftar sebagai tentera soviet untuk menghadapi perang afghanistan tahun 1987-1989.

watak2 utama termasukla vorobey, chugun, stas, pinochet, ryaba dan kapten dygalo.

cerita bermula daripada masa diorg mendaftar di siberia dan dihantar ke uzbekistan untuk menjalani latihan ketenteraan. cerita dlm kem, biasa la, latihan menembak, tempur tanpa senjata, lari berhalangan, taktikal dan taklimat2.

lepas tu, diorg kene hantar ke afghanistan 'untuk membebaskan saudara2 afghan mereka dr cengkaman penjajah imperialis'. kepala hotak korg, korg la penjajah, bongok!

part yg aku paling suka dlm filem ni ialah masa taklimat sebelum diorg dihantar menyeberang sempadan. ada satu jeneral ni cakap lebih kurang gini, "islam eta ne tolka drugaya religia. eta sovsem drugoi mir. u islama svoi otnoshenie k zhizniu i smertiu..." maknanye, islam bukan semata2 agama. ia dunia yg lain. dlm islam terdapat pendapat yg khusus kepada kehidupan dan kematian...pjg lagi ucapan dia. ucapan ni memberi kesan kpd aku sbb wlpn cerita ni cerita org soviet yg tewas perang, tp dlm filem diorg, diorg x menipu.

oh ye, seperti dlm penerbitan ruski yg tipikal, elemen lucah tak dpt lari, so berhati2 masa menonton filem ni. bab2 yg sensitif, boleh fast forward, x jejas jln cerita pun.

yg boleh nampak dlm filem ni,
1. kepelbagaian bangsa dalam tanah jajahan soviet, etnik ukren, uzbek, chechen dsb.
2. tanah jajahan soviet sgt la luas sampai diorg buleh rujuk kepada zon2 masa yg berlainan. ada waktu moskow, waktu vladivostok, waktu siberia dll.
3. tentera soviet ni miskin sbb diorg terpaksa guna semula senjata askar2 yg dah mati. lps tu, kalo korg teliti pakaian askar dia, boleh nampak askar tu pakai kasut sukan je utk pegi perang. weii, xda but ke? haha
4. skor lagu latar dia berulang byk kali...bosan la pulak

memetik kata ketua kompeni 9, khokhol, "selamat datang ke kompeni 9 yg gagah berani"!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

hati, limpa dan paru


selamat hari lahir Dr. uShop!

dan sebagai sambutan hari lahir uShop, kita raikan bersama2 di bilik mayat jabatan siasatan kematian wilayah odessa :)

ni ialah serius, aku xbuat kelakar :| kitorg mmg meraikan hari lahir usop kat bilik ayat jabatan siasatan kematian wilayah odessa.

ok la, xda la semata2 hari lahir usop, kitorg pegi sana. hr ni hari 1st cycle forensics medicine. so, kalo dah nama forensik, mmg la xbuleh lari dr bilik mayat. bilik mayat ni kat belakang dewan anatomi universiti. sebelum ni penah la singgah sbb ada sembahyang jenazah kat sini tapi baru semalam aku masuk bilik mayat dia.

gamba industrial accident yg kelakar

bila sebut pasal forensik, org akan terbayang mayat, mayat dan mayat. sebenarnye tak. ada la bhgn yg bersangkut-paut dgn mayat tapi bidang forensik ni luas. ia termasuk la mayat, bedah siasat, punca kematian, siasatan toksik, siasatan mangsa yg hidup dan pecahan undang2 yg berkaitan.

lps profesor tu bg taklimat serba ringkas mengenai jabatan ni, dia pun bwk kami pusing2 ke makmal toksikologi, makmal sisa organik/biologikal dan bilik mayat. [perkataan mayat ialah perkataan pilihan hari ini]

kami x jangka pun hari pertama dah singgah kat bilik mayat. masa masuk tu menonong je jalan. xsedar pun yg bilik yg kami masuk tu ada mayat bergelimpang, semua tgh tunggu giliran nak dibedah. ada mayat gantung diri, mayat eksiden dan beberapa mayat yg dah keras kejung.

contoh benda2 yg boleh dilihat di bilik mayat. aku bg tgk gamba buku teks je, yg sebenarnye jauh lebih ngeri dgn mata yg berdarah, kulit yg lebam dan...

ok lah, esok2 aku sambung lagi. jumpa anda di bilik mayat!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

rakan COP


Cop = Polis

MYCOP? adakah sama dgn MY POLICE? POLICE AKU? POLIS dot MY ke [polis malaysia]?

apsal ada tulisan 'cop' kat sini? vandalism ke? org gatal tgn conteng ke? ada org dah 'chup [my chup]' ke?


hehehe

bacanya ialah 'mu-sor'

'musor' dlm bhs rusia ialah 'sampah'

sekian saja entri sampah aku hari ni. entri bile xda idea. sori la sumorg...kui3

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...