lubang keluar

kelas forensik, isnin 3 oktober 2008.

hari ni belajar tentang kecederaan akibat senjata api dan ciri2 senjata api. senjata api ada laras panjang (senapang dan raifal), laras pendek (pistol dan revolver, automatik/separa automatik) dan senjata api atipikal (buatan sendiri). peluru pulak ada peluru mata tajam, mata tumpul, penabur (shot), peluru sukan, peluru memburu, peluru perang dan peluru kapur. setiap peluru menghasilkan kesan kecederaan yg unik.

kecederaan akibat senjata api pulak, boleh dikelaskan kepada tembakan tembus, tembakan tak tembus dan kontusi [peluru terpantul, konon2 kebal la. haha]. jika ada tembakan tembus, jurubedahsiasat kena pastikan lubang mana peluru masuk (entry wound) dan lubang mana peluru keluar (exit wound). selalunya pada lubang masuk ada tisu hilang (minus tissue), kesan lelas, lebam, lecur dan saki baki jelaga (soot) dan serbuk peledak (gunpowder residues).

mengenai kesan tembakan peluru penabur, jurubedahsiasat boleh anggar jarak tembakan melalui corak kecederaan pada badan mangsa. jarak tembakan juga boleh dianggar jika ada kesan 'stanzmark'. kesan 'stanzmark' menandakan tembakan sentuh iaitu tembakan dengan senjata api menyentuh tubuh. tembakan sentuh juga selalunya tiada kesan lecur dan saki baki serbuk peledak. darah boleh dikesan di dalam muncung senjata api jika senjata api dijumpai.

balang kiri, kesan peluru penabur jarak 3-5 meter. balang kanan, kesan tembakan pistol, lubang masuk

hari ni, xpegi bilik mayat sebab xda orang mati ditembak semalam. balik2 bunuh diri, balik2 bunuh diri...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati