bahan-bahan yang diperlukan:
sebiji nenas


seekor ikan masin


bawang besar, bawang putih, halia, cili api kering (bahan kisar)


150ml [lebih kurang] сметана, smetana [sour cream/krim masam nak ganti santan]


5 sudu besar serbuk kunyit


3 keping asam keping
2 batang serai sederhana besar
semangkuk air, semangkuk setengah pun ok kot

cara-caranya:

siang ikan masin, buang perutnya. ye, ikan masin ukren xsiang lagi. hampir maut aku nak buang sisik ikan kering dan bau perut ikan masin macam bau mayat kat dewan anatomi institut. dah siap, rupanya macam ni

siang nenas dan potong ikut suka hati anda. aku potong supaya 4 orang makan dapat 9 keping seorang


kisar bawang besar, halia, bawang putih dan cili api kering selumat-lumatnya

setelah siap siang-menyiang dan kisar mengisar, panaskan air dalam kuali. masukkan serai batang juga.

apabila air hampir mendidih, masukkan ikan masin dan bahan kisar tadi. biar ikan mereneh sekejap.

masukkan serbuk kunyit sedikit demi sedikit. kalau bau mayat ikan masin tadi xhilang lagi, masukkan asam keping.

masukkan nenas. biar masak selama 4-5 minit.

sambil menunggu nenas masak, bolehlah menelaah matapelajaran surgery atau solat sunat


masukkan krim masam untuk rasa lemak berkrim, disukai ramai.

kalau masih belum mencapai tahap kuning yg dihajati, bolehlah tambah serbuk kunyit.

jangan lupa garam secukup rasa.
sudah sedia! sila la makan dengan rakan2 sebilik.

p/s> resepi masak lemak nenas edisi ukren sumbangan chef terkemuka mohd aswad, dan dimasak dgn jayanya oleh tukang masak julung-kali azizul ismie. terima kasih kpd sdr salihin kerana menyumbang cili api kering dan sdr mohd aswad yang menyumbang serai

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati