ni entry yg x tipikal aku tulis. saje je nk bagi buah fikiran. kot2 ada org yg baca, boleh amik manfaat.
aku tgk ramai org suka layan drama korea. aku x layan sgt, tp kdg2 org pasang kat komputer, aku tgk skali la. cite diorg ni buleh tahan sedap gak.
pd masa yg sama, aku tgk drama2 malaysia/melayu kebelakangan ni pun ada yg best2. ni pun aku lyn sikit2 je.
nak banding kualiti, aku xhandal sgt tp aku buleh nampak benda ni:
aku tgk ramai org suka layan drama korea. aku x layan sgt, tp kdg2 org pasang kat komputer, aku tgk skali la. cite diorg ni buleh tahan sedap gak.
pd masa yg sama, aku tgk drama2 malaysia/melayu kebelakangan ni pun ada yg best2. ni pun aku lyn sikit2 je.
nak banding kualiti, aku xhandal sgt tp aku buleh nampak benda ni:
- pemerhatian
bila aku perhati, peminat2 drama korea dgn peminat drama melayu di atas, ialah org yg sama.
- hipotesis
ada faktor yg sama dlm drama2 korea dan melayu ni yg berjaya menarik minat diorang.
wujud beberapa kebarangkalian dlm pemerhatian aku ni.
- inferens
wujud beberapa kebarangkalian dlm pemerhatian aku ni.
- drama korea tu x laku kat negara diorg sbb ada drama kat korea yg lagi best dan x perlu export utk dpt keuntungan, so drama yg diorg export ke malaysia ni nak compensate/tampung kos penerbitan je
- drama malaysia/melayu boleh dijual dgn jayanya di korea sbb citarasa penonton adalah sama
- tindakan
- penerbit2 drama bersiri melayu boleh cuba jual drama ke korea
- pgimport2 drama korea boleh cuba deal dgn pengexport drama korea supaya buat pertukaran drama [cthnye: aku beli drama korg, korg beli a drama aku jugak. xaci a aku je asik beli...]
- try a bincang dgn persatuan penulis drama dan mintak kerjasama kementerian kebudayaan/senator jins shamsudin utk majukan idea ni
- mintak sokongan kementerian pelancongan. ckp idea ni salah satu cara promosi malaysia kat korea
- pikir sendiri
ada logik x idea aku ni?
14 comments
Comment by fairuzniza on 15 Jun 2008 pada 9:15 PG
i'm not a big fan of korean drama..tapi ade la jugak tgk sebijik dua..frankly speaking, takde mende pun cite korea nih [mati lepas ni kene serang ngan peminat korean drama] tapi ada samting dalam drama diorang yg buat ramai orang sanggup perabih duit beli cd + perabih masa tgk cd yang belambak-lambak tuh..
kalau ikutkan kate kawan, tak fair nak compare drama korea ngan drama melayu sebab dari sudut kuar duit utk kos penerbitan, kita jauh ketinggalan. plus, teknologi kita takde la sehebat teknologi sana..[mane ada hi tech sangat pun korean drama nih]. tapi ntahla..ada samting dalam drama diorang nih..
mebi leh tgk dari segi jalan cerita+skrip. diorang ada kepelbagaian [even though selalu end up dengan ending yg sama].
and mebi pengarah kat mesia nih leh cuba cari x factor korean drama nih..
kalau tanye sy, sy suke tgk actor@ hero diorang je..kah kah kah.. :P
ps-setuju ngan idea tindakan no 5..bernas.. :)
Comment by Azlin Halim on 15 Jun 2008 pada 9:18 PG
ahahaa..menarik2..yeop2..bijak juga ko memerhati drama2 ni..
Comment by annah on 15 Jun 2008 pada 11:34 PG
ohhh..sy ni salah seorang peminat drama korea juge.nak2 waktu cuti pjg.once dah tgk, kene habeskan jugak all the series.
for me, byk moral yg boleh diperolehi terutamanya yg bw watak hero tu.bersungguh2 mahu dapat pempuan idamannya.so sweet and romantic.
one of my favourite drama is 'stairway to heaven'.
try tgk sekali, confirm jatuh cinta!fewhhh!
Comment by uShop on 15 Jun 2008 pada 10:07 PTG
Aku ke yeop yg minat malay n korean drama tuh?? [perasan laks]
memang pn Aku minat both, n Aku layan jugak pape drama negare lain-jepon,cine (cm green2 grass by the river), asalkan best...
n Aku percaye memang ramai org kat luar tu yg cm Aku jugak, layan ape je yg best, kalo dulu, tgk je sume tapi last2 layan drama korea sbb yg tu yg best n bleh layan, tapi skang, ble makin ramai dh layan malay jugak, maksudnye drama tuh dh masok taraf yg boleh layan, jadi Aku rase bleh la kalo nk cube jual ke negare2 jiran@serantau@asia.atau buat kontrak pertukaran drama ngan korea...
cume tu ar,mayb org2 yg terpikir idea ni sume amik medic, atau amik kos yg xde kaitan ngan industri drama, nape la diorang x tepikir ek...
p/s; kalo drama malay xnampak fake, Aku meti layan ar!!
Comment by djambu puadovich on 16 Jun 2008 pada 10:19 PG
@ fairuzniza
cari X-factor tu bagus, tp jgn end-up ciplak idea. kang x original plak...huhu...katanya, org melayu malaysia ni kuat meniru...
nak suruh org mesia mekap jd korea ke? jenuh la nk beli krim pemutih...
@ azlin,
perhati je. bukan follow. baik aku baca berita...
@ annah,
lelaki melayu x cukup romantik kot...tp nak kata pun xleh gak, sbb byk je novel2 cinta kat pasaran. mesti ada org yg beli buat rujukan kan? keh keh keh
@ ushop,
org drama x berminda bisnes dan org bisnes malas nak layan drama...hahaha. drama fake, sape pun xkn layan. dan marila kita suruh org supaya jgn layan. buang masa je! haha
Comment by uShop on 16 Jun 2008 pada 11:15 PTG
ORG MELAYU CEPAT BERPUAS HATI!!!
-amik ayat aswad...
Comment by Tanpa Nama on 17 Jun 2008 pada 8:02 PTG
hi,
i would like my website www.fyroo.com to be review by your blog. how much does it cost?
also if possible to exchange link?
please contact me at support@fyroo.com
Comment by djambu puadovich on 17 Jun 2008 pada 9:07 PTG
betul.
budaya 'x apa' dan 'complacency' yg berada di tempat xsepatutnya.hmmm
Comment by Murlak_s on 18 Jun 2008 pada 6:04 PG
dear my friend yeop,
klu nak ikut idea ko, somehow ada bernasnya.. however, biar kita fikir sejenak.. 1st, org korea suka cerita melayu ke? senang kata org korea minat org melayu? (ikut peramatan aku, kebanyakkan org tgk citer korea pun sbb diorang hensem n cun, x gitu?)
2nd, bukan mudah nak masuk pasaran org sana kalau xde demand.. malaysia nie demand mcm2, x macam org korea or jepun.. diorang bangga dgn bangsa mereka, and x mau budaya asing masuk ke tempat mereka.. example, jepun.. seorang author penah kata "org2 jepun yang tentukan budaya mereka, bukan dari luar".. (dari discovery channel yang penah aku tgk).. so, kita renung balik, cemana.. mudah nak masuk negara org lain? sedangkan indon pun x lepas, nie plak nak pg korea.. haha..
Comment by Tanpa Nama on 18 Jun 2008 pada 6:55 PTG
wah wah wah..
panjangnye ulasan2 kali ni..
disebabkan layan gak cite korea/jepun so nk gak mencapub kat sini..
i think la kan..drama korea/jepun ni ade kelainan dr drama melayu..
dorang lebih sensitif dgn prkembangan penonton..ape yg penonton nak tgk..isu2 yg berlaku..so if to be compared ngan drama melayu, plotnye lebih kurang same..[cam kite tgk cite hindustan-leh agak jln cite cane]
but imho, teater kite mmg mengetengahkan isu2 semasa tapi tak ramai yg sedar bende tu..lagi satu attitude org kite ni selalu nk amek mudah..kdg2 malu plak nak syorkan movie kite kat luar msia sbb jln cite nye agak 'kosong'..
hmm..actually dr sini pun kite leh tau cane org kite berfikir..
"lu pikir la sendiri"-nabil rl
Comment by djambu puadovich on 18 Jun 2008 pada 6:57 PTG
aku quote ko ek,
1st, org korea suka cerita melayu ke? senang kata org korea minat org melayu? (ikut peramatan aku, kebanyakkan org tgk citer korea pun sbb diorang hensem n cun, x gitu?)
faktor tu betul, x dinafikan TAPI xsume pun org melayu tgk cerita korea. cerita komedi afro-american tu, xda la hensem mana sgt, laku je satu dunia. yg nak dijual ialah isi cerita tu, bukan muka pelakon...
2nd, bukan mudah nak masuk pasaran org sana kalau xde demand.. malaysia nie demand mcm2, x macam org korea or jepun.. diorang bangga dgn bangsa mereka, and x mau budaya asing masuk ke tempat mereka.. example, jepun.. seorang author penah kata "org2 jepun yang tentukan budaya mereka, bukan dari luar"..
sbb xda demand la kita kena pakai taktik 'paksa beli' yg mcm aku ckp dlm entry tu "cthnye: aku beli drama korg, korg beli a drama aku jugak. xaci a aku je asik beli..."
sedangkan indon pun x lepas, nie plak nak pg korea.. haha..
mmg la xleh jual kat indo...muka kita dgn muka diorg ada iras2. 'common face' diorg buleh tgk tepi2 jalan. baik kita jual kat korea/jepun/senegal/turki. unique value tu...selain drama diorg yg ada kualiti la...bab tu aku x kaji lagi
jgn bersikap pesimis sgt encik malik...:)
Comment by Murlak_s on 19 Jun 2008 pada 4:06 PG
aku x bersikap pesimis.. tapi, reality.. citer indon byk dapat masuk mesia.. kita nak paksa cemana? kalau diorang xde demand kat tempat diorang, cemana ko nak paksa? ugut pakai pisau, pistol atau bazooka? aku cakap, sbb aku pk dari segi org yang menjual.. bayangkan ko jadi penjual di korea, tetiba ko kena paksa beli.. cost dah la mahal, dapat jual just sekeping.. ko pun bengang.. x balik modal!! rugi ada la.. besides, mesia nie dari promotion kurang.. klu ada pun, x mendapat sambutan.. contohnya cerita sumolah.. afdlin dah cuba tiru org barat promote awal 3-4 bulan.. tup tap, x gak mendapat sambutan sangat.. klu citer org putih, bila aku tengok komik2 lama aku, dah lebih setahun, baru citer tue kuar.. so, byk benda nak kena pertingkatkan dulu, sebelum filem/drama mesia nie bleh pg jauh..
Comment by djambu puadovich on 19 Jun 2008 pada 12:02 PTG
@ kiera knightly,
hmm...ttg plot yg lebih kurg sama, tu kene tanya penulis skrip la. kenapa diorg x kuarkan idea yg lebih bernas, lebih menarik, lebih menarik minat penonton [selain drpd buat cerita yg stereotaip je. dan pasal teater plak, aku pun teringin nk tgk teater. cuma kat ipoh cam xpenah nampak promo teater je...huhuuh
@ murlaks,
ok ah malik, aku malas nak bertelagah bab2 ni. mengaku kalah je la aku. aku pun bukan ada untung pun kalo diorg buleh jual drama ke x kat luar negara. ni suara pendapat aku je. dan terima kasih sbb layan dan sudi bertukar pendapat. ko tgh tdo ke malik? buang karan aku je berleter...hahaha :P
Comment by Murlak_s on 20 Jun 2008 pada 1:10 PG
cis.. ada ke kata aku tido? cipan lu.. haha.. sori la, aku bukan nak bertengkar.. ini pendapat aku.. aku suka pk dari pelbagai sudut.. sbb aku x suka main tuding jari pada sesape utk cari kesalahan org.. zaman skrg, salah sendiri semua x nak ngaku.. cari kesalahan org lain no satu.. (yang pasti bukan ko la yeop)..
yang pasti, kita kena ada matlamat yang betul dan pastikan cara kita juga betul.. ala.. yang dulu2 dok kata, matlamat x menghalalkan cara, tapi cara yang menghalalkan matlamat, kan? just tengok jek org2 zaman sekarang.. paling simple on politics.. heh.. i do respect ur voice.. the reason i counter it because i dont feel ur reason is strong.. sori klu aku melukakan hatimu wahai sahabatku..
Catat Ulasan