sori la wahai peminat2 ku sekalian [ada peminat ke pun ntah?]. aku dah lama x menulis. sbb dok sibuk dgn projek 'Sepurnama Bergelandangan'. ok la, ni aku nak tulis bab2 yg radikal sket.

aku ada baca buku ni, 'Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan'. tulisan Mohamed Salleh Lamry dan terbitan Penerbit UKM.

sebelum aku ulas buku ni, aku nak tanya pembaca sekalian. kalo nak jwb, sila jwb dlm ruangan komen, ye? pada korang, Komunis ni jahat ke x? kalo x, kenapa? dan kalo jahat, kenapa?

buku ni aku beli sebab aku nak tahu lebih lanjut ttg perjuangan golongan kiri. perjuangan yg lebih radikal dlm menuntut kemerdekaan. siapa watak utamanya, apa tindakan dan usaha mereka, bala bencana apa yang menimpa mereka dlm usaha mereka mencari kemerdekaan sejati untuk tanah tumpah darah mereka.

usaha untuk mencapai kemerdekaan bermula sebelum tercetus perang jepun lagi. tapi bila orang2 jepun sampai, merekalah yg memberi kesedaran kpd org2 melayu untuk menuntut hak mereka dr golongan kolonial/org putih. slogan 'Asia untuk Orang Asia'.

apabila jepun kalah dan balik kampung, org putih datang balik ke Tanah Melayu. masa ni la yg golongan kiri ni bersusah payah nak pastikan yg org Tanah Melayu berkuasa penuh ke atas tanah mereka [tanah kita!!!] sendiri. betapa mereka ni berjuang untuk kemerdekaan, mereka sanggup angkat senjata. tetapi malang sebab kebanyakan mereka ni ditangkap oleh orang putih sebab disyaki Komunis.

drpd buku ni kita dapat lihat bahawa pejuang belah kiri lebih sanggup menumpahkan darah untuk kemerdekaan. pada mereka, polis2 tu yg jahat sebab sanggup kerja dgn penjajah kolonial. pada mereka, mereka sedang berjuang dengan ikhlas dan tak rela diperhambakan oleh org putih. [buku ni ditulis dari sudut pandangan org kiri. polis dan tentera kerajaan digelar sebagai 'musuh']

cuma aku rasa kesilapan puak2 ni, ialah perjuangan bersenjata diorg lama sangat. dr tahun 1949 sampai 1989 [40 tahun tu!] yang tamat dengan Perjanjian Baling. sepatutnya mereka menamatkan penentangan dan sama2 membangunkan negara yang dah merdeka.

perkara golongan kiri ni ialah satu sejarah dan kita patut belajar drpdnya. sepatutnya kita lupakan peristiwa hitam ni dan amik teladan, belajar untuk menghadapi anasir2 buruk pada masa depan.

fakta2 menarik:
  1. org2 melayu yg join komunis tu bukan totally komunis ateis.
  2. puak2 yg berdamai dlm Perjanjian Baling diberi pilihan jd warganegara Thai atau Malaysia. yg jadi warganegara Thai lebih bernasib baik drpd yg balik Malaysia.
  3. situasi Tanah Melayu masa tu hampir macam Korea Utara/Selatan dan Viet Cong/Nam
  4. sesiapa yg tahu pasal 'The Long March' dlm sejarah Komunis China, Komunis Tanah Melayu pun ada 'Perjalanan Jauh' mereka
p/s: aku rasa, ramai la yg nak kondem aku pasal sokong komunism ni...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati