sori la wahai peminat2 ku sekalian [ada peminat ke pun ntah?]. aku dah lama x menulis. sbb dok sibuk dgn projek 'Sepurnama Bergelandangan'. ok la, ni aku nak tulis bab2 yg radikal sket.
aku ada baca buku ni, 'Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan'. tulisan Mohamed Salleh Lamry dan terbitan Penerbit UKM.
sebelum aku ulas buku ni, aku nak tanya pembaca sekalian. kalo nak jwb, sila jwb dlm ruangan komen, ye? pada korang, Komunis ni jahat ke x? kalo x, kenapa? dan kalo jahat, kenapa?
buku ni aku beli sebab aku nak tahu lebih lanjut ttg perjuangan golongan kiri. perjuangan yg lebih radikal dlm menuntut kemerdekaan. siapa watak utamanya, apa tindakan dan usaha mereka, bala bencana apa yang menimpa mereka dlm usaha mereka mencari kemerdekaan sejati untuk tanah tumpah darah mereka.
usaha untuk mencapai kemerdekaan bermula sebelum tercetus perang jepun lagi. tapi bila orang2 jepun sampai, merekalah yg memberi kesedaran kpd org2 melayu untuk menuntut hak mereka dr golongan kolonial/org putih. slogan 'Asia untuk Orang Asia'.
apabila jepun kalah dan balik kampung, org putih datang balik ke Tanah Melayu. masa ni la yg golongan kiri ni bersusah payah nak pastikan yg org Tanah Melayu berkuasa penuh ke atas tanah mereka [tanah kita!!!] sendiri. betapa mereka ni berjuang untuk kemerdekaan, mereka sanggup angkat senjata. tetapi malang sebab kebanyakan mereka ni ditangkap oleh orang putih sebab disyaki Komunis.
drpd buku ni kita dapat lihat bahawa pejuang belah kiri lebih sanggup menumpahkan darah untuk kemerdekaan. pada mereka, polis2 tu yg jahat sebab sanggup kerja dgn penjajah kolonial. pada mereka, mereka sedang berjuang dengan ikhlas dan tak rela diperhambakan oleh org putih. [buku ni ditulis dari sudut pandangan org kiri. polis dan tentera kerajaan digelar sebagai 'musuh']
cuma aku rasa kesilapan puak2 ni, ialah perjuangan bersenjata diorg lama sangat. dr tahun 1949 sampai 1989 [40 tahun tu!] yang tamat dengan Perjanjian Baling. sepatutnya mereka menamatkan penentangan dan sama2 membangunkan negara yang dah merdeka.
perkara golongan kiri ni ialah satu sejarah dan kita patut belajar drpdnya. sepatutnya kita lupakan peristiwa hitam ni dan amik teladan, belajar untuk menghadapi anasir2 buruk pada masa depan.
fakta2 menarik:
- org2 melayu yg join komunis tu bukan totally komunis ateis.
- puak2 yg berdamai dlm Perjanjian Baling diberi pilihan jd warganegara Thai atau Malaysia. yg jadi warganegara Thai lebih bernasib baik drpd yg balik Malaysia.
- situasi Tanah Melayu masa tu hampir macam Korea Utara/Selatan dan Viet Cong/Nam
- sesiapa yg tahu pasal 'The Long March' dlm sejarah Komunis China, Komunis Tanah Melayu pun ada 'Perjalanan Jauh' mereka
13 comments
Comment by Tanpa Nama on 15 Julai 2008 pada 4:36 PTG
macam biasa, falsampah politik secara ideologinya memang baik tetapi cara untuk mencapai ke arah yg dicita & perlaksaan menyebabkan rakyat menjadi mangsa. org melayu yg join komunis hanya menjadikan PKM sebagai wadah perjuangan bukan sebagai fahaman. Dlm masa yg sama mereka harus butakan hati utk mencapai matlamat 'memerdekakan' bangsa yg masih dijajah walau telah dimerdekan secara zahirnya. Sejarah yg dilisankan disekolah2 menidakkan sumbangan ini. kalau lord templer x mati kat genting dulu, ingat british nak bagi ke merdeka?
Comment by djambu puadovich on 16 Julai 2008 pada 9:46 PG
bila sumbangan ni x disebut, hilang satu komponen dlm perjuangan kemerdekaan.
komponen perjuangan berdarah.
maka jadilah kita satu bangsa yang xreti berperang, xtau menilai makna hidup.
cewah! ckp beriya je aku ni
Comment by Amermeftah on 16 Julai 2008 pada 4:00 PTG
Workers of the World, unite!
Comment by djambu puadovich on 16 Julai 2008 pada 4:34 PTG
kat sini ada ungkapan lain: слава труда!
bacanya: slava truda!
maknanya: long live the working-class!
terjemahnya: dirgahayu golongan pekerja!
Comment by uShop on 16 Julai 2008 pada 11:24 PTG
yeop, Aku xkn kondem ko pasal komunis ni [kat bilik dh bincang dh heheh]
kt masyarakat malaysia, kat sekolah dh dididik dari kecil, komunis itu, dok dalam hutan, tembak org. angkat senjate gaye gerila.
tapi x penah nk dinyatekan, kenape begitu, n niat mereka itu.
memang la lepas merdeka, kt tau komunis buat kacau, tapi pd pendapat aku, kenape la bende2 perjuangan haluan kiri menentang penjajah sebelom merdeka dulu dibuang dari sejarah kita...
Comment by Tanpa Nama on 25 Jun 2009 pada 6:55 PG
British bagi komunis senjata suruh lawan Jepun!
bila Jepun dah kalah... komunis nak jajah tanah melayu... 2 minggu depa pegang... berapa ramai orang Melayu mati... tragedi 13 mei 63... kampung baru kena bakar...
bapak aku masa jadi askar... berapa ramai kawan dia mati kena bunuh dgn komunis!
ko nak sokong lagi komunis... ko ni mmg gila ar! kalau macam tu pergi duduk korea utara la!
Comment by djambu puadovich on 25 Jun 2009 pada 8:44 PG
bro, aku ulas/bagi pendapat aku pasal buku ni la bro...
ko dah baca ke belum buku ni?
klo belum baca, sila la baca dulu. sekian terima kasih :)
Comment by Tanpa Nama on 25 Jun 2009 pada 8:45 PG
aku tringat satu ayat oleh "sape-tah-aku-dah-lupe".
ayat dye buat aku ragu2 dalam menentang komunis iaitu,
"kenapa tidak dbenarkn chin peng masuk malaysia? takut rahsia terbongkar? bukankah sejarah2 ditulis oleh pihak yang menang.."
ayat dye mcm menunjukkn ade sumthing wrong trjadi tyme komunis jajah.dan sumthing yg wrong itu dsembunyikan oleh tulisan sejarah pihak yang menang, iaitu KITA.
pepon, Allahualam.
Comment by Tanpa Nama on 25 Jun 2009 pada 8:56 PG
British bagi komunis senjata suruh lawan Jepun!
bila Jepun dah kalah... komunis nak jajah tanah melayu... 2 minggu depa pegang... berapa ramai orang Melayu mati... tragedi 13 mei 63... kampung baru kena bakar...
bapak aku masa jadi askar... berapa ramai kawan dia mati kena bunuh dgn komunis!
ko nak sokong lagi komunis... ko ni mmg gila ar! kalau macam tu pergi duduk korea utara la!
-adoi.pening pale aku.sejarah ditulis oleh org2 yg menang.cbe klu komunis menang, aku prcye sejarah akan ditulis dgn cre yg laen.xp, Allah sje yg tahu ape trjadi.kite skadar mrenung yg baik dan yg buruk.
Comment by djambu puadovich on 25 Jun 2009 pada 8:59 PG
ya, penentangan bersenjata mmg ganas dan menakutkan.
tapi kisah sejarah sentiasa ada 2 belah. belah yg BAIK dan belah yg TAK BAIK.
tak salah kalo generasi masa depan nak baca pasal sejarah kan?
Comment by djambu puadovich on 25 Jun 2009 pada 9:00 PG
lupa plak...
tragedi tu 13 MEI 1969 la...tahun '63, Malaysia baru tubuh...
Comment by Tanpa Nama on 25 Jun 2009 pada 9:04 PG
bce sejarah sblum bercerite tntang sejarah.
hahaha.
-tahun 63 mak aku lahir-
Comment by Rozez95 on 19 Oktober 2020 pada 3:01 PG
salam boleh saya dapatkan buku ini jika ada
rozeman 0199899585
tk
Catat Ulasan