semalam, ribuan orang berhimpun dan berdemo menyatakan bantahan terhadap perlaksanaan PPSMI di sekolah-sekolah. bantahan dan perarakan, yang sepatutnya secara aman, ke istana negara, disergah dengan gas pemedih mata polis FRU/unit simpanan persekutuan. kasihan mereka...

jika dilihat blog-blog pro-GMP (gerakan mansuh PPSMI), macam-macam hujah mereka terbitkan untuk menyatakan hasrat mereka. hujah-hujah yang popular termasuklah:
  1. mendaulatkan bahasa melayu
  2. negara-negara maju seperti jepun, korea, jerman dan lain-lain menggunakan bahasa ibunda
  3. negara-negara seperti filipina, india dan afrika yang masih tak maju-maju menggunakan bahasa penjajah
  4. pelajar luar bandar yang ketinggalan
  5. guru tak mencukupi
  6. kos yang tinggi untuk pelaksanaan PPSMI
  7. dan lain-lain
walau apapun hujah mereka, aku bersetuju. seterusnya, aku lebih cenderung dengan idea MERAKYATKAN ILMU

mari aku berkongsi pengalaman aku 4 tahun lebih di sini. di bumi bekas komunis Ukraine.
sepanjang aku di sini, pelbagai jenis orang aku jumpa. kebanyakannya orang sakit di hospital. di hospital, aku kerap jumpa warga tua. dan untuk bersoal-jawab dengan mereka, aku guna bahasa rusia. soalan-soalan ini pula, dah disiapsedia di rumah oleh usHop dalam nota kecilnya. apabila soalan dah siap, kerja soal-jawab jadi mudah.

persoalannya, adakah pakcik-pakcik dan nenek-nenek itu, berijazah doktor sehingga pandai dengan istilah kedoktoran? 

TIDAK

adakah warga-warga emas itu pernah belajar bahasa inggeris/latin?

TIDAK PERNAH

mungkinkah warga-warga emas itu kerap sangat keluar-masuk wad sampai pandai istilah kedoktoran?

MUNGKIN JUGA...hehe :P

sebenarnya, istilah kedoktoran dalam bahasa rusia ialah istilah yang digunakan sehari-hari. bahasa yang digunakan dalam hospital ialah bahasa yang sama dengan yang digunakan oleh rakyat. inilah yang aku maksudkan dengan MERAKYATKAN ILMU

pada pendapat aku, antara matlamat komunisme/sosialisme yang mulia dan telah tercapai ialah pembahagian samarata rezeki negara kepada seluruh rakyatnya. ini termasuklah ilmu pengetahuan. demi mencapai matlamat ini, cendekiawan-cendekiawan perubatan zaman soviet menggalas tugas selain mengkaji bidang perubatan, mereka juga mendidik masyarakat, memperkenalkan istilah-istilah ini kepada rakyat. inilah yang dinamakan PATRIOTISME!

p/s: selamat hari wanita sedunia, sempena 8 mac ni. tangan yang menghayun buaian boleh menggegar dunia! [gegar iman pun buleh...:P]

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati