semalam, ribuan orang berhimpun dan berdemo menyatakan bantahan terhadap perlaksanaan PPSMI di sekolah-sekolah. bantahan dan perarakan, yang sepatutnya secara aman, ke istana negara, disergah dengan gas pemedih mata polis FRU/unit simpanan persekutuan. kasihan mereka...
jika dilihat blog-blog pro-GMP (gerakan mansuh PPSMI), macam-macam hujah mereka terbitkan untuk menyatakan hasrat mereka. hujah-hujah yang popular termasuklah:
- mendaulatkan bahasa melayu
- negara-negara maju seperti jepun, korea, jerman dan lain-lain menggunakan bahasa ibunda
- negara-negara seperti filipina, india dan afrika yang masih tak maju-maju menggunakan bahasa penjajah
- pelajar luar bandar yang ketinggalan
- guru tak mencukupi
- kos yang tinggi untuk pelaksanaan PPSMI
- dan lain-lain
walau apapun hujah mereka, aku bersetuju. seterusnya, aku lebih cenderung dengan idea MERAKYATKAN ILMU
mari aku berkongsi pengalaman aku 4 tahun lebih di sini. di bumi bekas komunis Ukraine.
sepanjang aku di sini, pelbagai jenis orang aku jumpa. kebanyakannya orang sakit di hospital. di hospital, aku kerap jumpa warga tua. dan untuk bersoal-jawab dengan mereka, aku guna bahasa rusia. soalan-soalan ini pula, dah disiapsedia di rumah oleh usHop dalam nota kecilnya. apabila soalan dah siap, kerja soal-jawab jadi mudah.
persoalannya, adakah pakcik-pakcik dan nenek-nenek itu, berijazah doktor sehingga pandai dengan istilah kedoktoran?
TIDAK
adakah warga-warga emas itu pernah belajar bahasa inggeris/latin?
TIDAK PERNAH
mungkinkah warga-warga emas itu kerap sangat keluar-masuk wad sampai pandai istilah kedoktoran?
MUNGKIN JUGA...hehe :P
sebenarnya, istilah kedoktoran dalam bahasa rusia ialah istilah yang digunakan sehari-hari. bahasa yang digunakan dalam hospital ialah bahasa yang sama dengan yang digunakan oleh rakyat. inilah yang aku maksudkan dengan MERAKYATKAN ILMU.
pada pendapat aku, antara matlamat komunisme/sosialisme yang mulia dan telah tercapai ialah pembahagian samarata rezeki negara kepada seluruh rakyatnya. ini termasuklah ilmu pengetahuan. demi mencapai matlamat ini, cendekiawan-cendekiawan perubatan zaman soviet menggalas tugas selain mengkaji bidang perubatan, mereka juga mendidik masyarakat, memperkenalkan istilah-istilah ini kepada rakyat. inilah yang dinamakan PATRIOTISME!
p/s: selamat hari wanita sedunia, sempena 8 mac ni. tangan yang menghayun buaian boleh menggegar dunia! [gegar iman pun buleh...:P]
15 comments
Comment by uShop on 8 Mac 2009 pada 10:23 PG
haha setelah perbincangan kt lepas kelas aritu yeop, Aku menunggu2 entry ko ni.
merakyatkan ilmu. setuju. nnti Aku link entry ko ni kat blog aku la.
pendapat Aku..
bg pro-GMP, selain dari bg sbb kenape nk mansuhkan ppsmi, diorang kene pikir cmne nk buktikan yg tanpa ppsmi, rakyat malaysia secara total mampu lebih maju dari sebelom ppsmi dibuat.
sama2 suma pikirkan kaedah nk ganti ppsmi. jgn asyik nk mansuhkan satu sistem, tapi xde jalan penyelesaian yg lagi bagus. sian budak2 n cikgu2 asyik nk tuka je.
bagi kerajaan, kene ada banyak langkah diambil untuk menstabilkan penguasaan bahasa melayu dan bahasa inggeris kat semua kawasan.
contoh, Aku setuju adik Aku power english. sains n math pon ok je die. tapi karangan bm die ade sikit goyah. Aku x la rase nk soh stop ppsmi, tapi kene ade langkah nk mengukuhkan bahasa ibunda dikalangan budak2.
diorang dh ganti A kepada B. kalau B ade kelemahan, buat ape nk kembali kepada A. zaman skang, kene pikir jalan cmne nk maju kedepan. pikir kaedah C.
p/s: xde entry wish women's day ke? banyak pmpuan2 ko yg menunggu tu. hahaha. joke joke :P
Comment by djambu puadovich on 8 Mac 2009 pada 12:02 PTG
aku sebenarnye dah lama nak tulis. cuma aku tunggu 7 mac sbb nak tgk demo semalam org ramai ke tak, menjadi ke tak, ada FRU ke tak. kawan aku dah suruh dah kat shoutbox tu.
cadangan ko mengenai kaedah C tu pun boleh diterima akal. maknanya perkembangan bahasa melayu dan inggeris seiring tanpa ada sesiapa yang terguris.
kalo ko rajin, try bukak blog faisal tehrani. ada artikel khas, tapi panjang berjela. akubaca setengah jam la jugak. sampai x terbasuh baju dlm baldi tu. haha!
:P
women's day?
oh ye, selamat hari wanita sedunia!!!
Comment by Tanpa Nama on 8 Mac 2009 pada 12:47 PTG
hahah banyak wanita kah ?(sambil menggoyang2 jari kelingking seperti cerita bersiri jepun)
ermm..tp brad,ukraine tetap miskin pasca soviet..
yg pentingnya utk maju,malaysia kene terima perubahan.selagi tanak perubahan selagi itulah negara ditakuk lama..
err klu kita kene tahan ISA guane ye?
Comment by djambu puadovich on 8 Mac 2009 pada 1:29 PTG
xda la banyak...ada la sekerat dua :P
ukraine miskin sbb soviet dulu miskin. tu pun kes xnak berubah la tu.
malaysia boleh kaya tanpa menggadaikan nilai budaya bangsa.
eh, ada risiko kenan tangkap ISA ke? adoiii
Comment by Tanpa Nama on 8 Mac 2009 pada 11:59 PTG
klu dok sel sebelah menyebelah..
boleh pas2 buku maen tic tac toe
haha
so sebenarnye
adakah in favor of english
ataupon tidak?
Comment by uShop on 9 Mac 2009 pada 10:46 PG
tahukan korang, org terkaya europe ialah orang ukraine??
negare ni banyak sumber. bisnesman die sume kaye2 gile. tapi negare miskin sebab korupsi.
sampaikan punye kaye bisneskan die ni, negare ni nk muflis boleh pinjam duit bisnesman die untuk cover hutang kerajaan.
ukraine ni adalah satu contoh cm yg Aku cakap atas tu. bila tiada keseimbangan terhadap pendidikan yg diberi. nk mementingkan bahasa rusia x semestinye meninggalkan terus bahasa2 lain contohnye english.
Comment by fairuzniza on 9 Mac 2009 pada 3:53 PTG
salam.
err..aci tak nak cakap samting? huhu..
um, pd pandangan sy, sebenarnya isu kat sini bukan ape..cuma pendidikan dah di politikkan..masing2 ada isu masing2..masing2 ada agenda sendiri. lepas ni sape2 yg ganti orang2 dalam moe skang ni akan ada lagi polisi ke ape ke yg baru. ye la, kan nak tunjuk perubahan?
dan tiapkali perubahan tu nak dibuat, mesti mendadak. takde try test kat mane2 dulu. yg jadi mangsa..budak2 sekolah atau sesape je la yang ada dalam lingkungan masa tu. pastu mula la kucar kacir satu alam.
pastu, ade pulak adegan aku bantah ko and ko bantah aku.
pastu ada reformasi.pastu ada acara baling2 atau sembur gas pemedih mata.
pastu...hm, pikir la sendiri.
moralnye..pendidikan dah bukan pendidikan pada asasnya skang ni..pendidikan dah jadi isu politik..setuju tak? :)
Comment by Tanpa Nama on 10 Mac 2009 pada 3:39 PG
assalam......kum.
Mari belajo beberapa istilah Melayu Perak tentang penyakit:
1. dedo = "badan panas rasa macam nak demam".
2. badan cenceghin = "rasa tak selesa".
3. Perut menuge = "perut sebu macam ada angin, dan rasa nak muntah".
4. Tak semiak = "kurang sehat".
5. Demam kura = "maleria".
6. Teqolab = terselioh.
7. Bekelemayo = pandangan kabur macam ada ulat-ulat dalam pandangan.
8. Idong beghayo = selesema.
9. Pocot = bisul yang ada banyak punat bernanah.
10. Bengkak degom (bengkak cantik)= bengkak yang selalu terjadi di leher.
.. dan banyak lagi.., Cara ngubatnye pulak, gini: .Jampi "Tukul takal balik pintu, budak nakal memang gitu. puuuuuuuuih.. ludah)"
" Cintailah Bahasa Ibunda.
Comment by djambu puadovich on 10 Mac 2009 pada 8:24 PG
@ nAnAd & usHop,
aku dah baca entry kat abdulla-bey.blogspot.com dan aku lebih setuju kepada pendapat kedua dia. ape-ape hal, jalan tengah perlu diambil...
@ fairuzniza,
nk ckp sumtg? aci je. hehe
nk tukar polisi tu bukan dlm MOE je, dlm kemsihat pn sama. [aci ke aku pakai kemsihat kat sini? kementerian pertahanan guna alias kementah kn? kemsihat ialah kementerian kesihatan]
untuk pengetahuan cik fai, mmgla asal usul org bantah sbb xda kajian menyeluruh seblum pelaksanaan.
pendidikan dan kesihatan xperlu dipolitikkan. hatta semua agensi kerajaan xboleh dipolitikkan.
kerajaan bukan parti politik. politik masa pilihanraya saje ;)
@ imam tambun,
wassalam.
setuju. "cintailah bahasa ibunda". tapi, jampi abah tu boleh pakai ke? kui kui kui.
kepada nAnAd & usHop, sila tambah perbendaharaan kata anda dgn glossari di atas andai kata anda tercampak ke kampung ta'in. hahaha :P
Comment by fairuzniza on 10 Mac 2009 pada 12:28 PTG
yessssss...that's the point. pendidikan n kesihatan takleh dipolitikkan.
tapi tu yg jadi skang.
pendidikan dah jadi isu politik.
jd..manenye nilai sentimen pendidikan kat mesia?
last2, tgk ape jadi kat bebudak skang nih..
belajo pun bukan by heart. ^_^
Comment by effie on 10 Mac 2009 pada 6:17 PTG
kenapa org kat msia suka berkumpul dan menunjuk perasaan?
Comment by redSeptember on 10 Mac 2009 pada 9:27 PTG
omg, imam tambun....
adakah itu seriously bahasa laymen untuk terminology medik di sini?
adoiyayy....
gerenti REd akan ada personal translator masa buat housemanship nnt..
kalau tak... x_X
Comment by djambu puadovich on 11 Mac 2009 pada 8:53 PG
@ fairuzniza,
ye, tapi nak buat camne. pak samad said ckp camni:
"Tetapi harus diingat bahawa saya meminjam pentas untuk menyatakan sikap saya. Tidak ada pentas lain. Jadi apa lorongan yang tinggal dan kebetulan PAS memberikan pentasnya dan saya meminjam pentas itu.
“Kalau Parti KeADILan Rakyat (PKR) memberikan pentasnya saya akan pinjam juga dan kalau Umno memberikan pentasnya juga saya akan gunakan itu semata-mata kerana saya tidak mahu bahasa saya itu dikuncupkan, dinazakkan dan dikuburkan,” tegasnya.
ape yg cik fai maksudkan dgn 'sentimen pendidikan'? belajo bukan 'by heart'? kurang jelas di situ...
@ effie,
eh, effie xtau ke? tunjuk perasaan tu sama 'hip', 'cool', 'kerennn' dan 'gereeek' mcm 'akademi fantasia', 'OIAM' dan 'malaysian idol' la. hahaha
tu la sebab org ramai wat demo skrg ni.
@ REd,
tu bukan terminologi org kebanyakan yang rasmi. kita ada dua pilihan, samada doktor mengajar laymen dgn istilah2 kedoktoran atau doktor memahami istilah org kebanyakan. yang penting, saling memahami dan berupaya merubat penyakit.
oh ye, pocket translator xleh pakai dlm konteks ni. heheheh
Comment by Tanpa Nama on 26 Mac 2009 pada 12:54 PTG
lain padang, lain belalang.... dulu tulisan jawi, kini bahasa sendiri...
yeee!!ilmu itu penting, tapi sengkek sangat ke bahasa melayu sehingga enteng orang memandangnya,
tidak boleh diguna pakai sebagai ilmu...
adakah bahasa melayu menjadikan ilmu itu sebagai warga asing...
tapi takpe, beza pendapat takde salahnya...
hari ini tidak sedar, hari esok jgn terlanggar...
semoga melayu terus menjadi melayu, bukan yang dicelup...
Comment by djambu puadovich on 26 Mac 2009 pada 9:00 PTG
hanya jauhari yang mengenal manikam...kalo org nak kata bahasa melayu x memadai untuk bahasa ilmu, sebenarnya org tu xcukup melayu atau xcukup kemelayuannya. banyak je ilmu org melayu yang xdigali oleh org melayu sendiri. ilmu berubat, ilmu silat, ilmu seni tari, ilmu laut, ilmu menjejak dalam hutan. dan dalam setiap ilmu ni mesti ada kosa kata yang tersendiri tepat dalam konteksnya. kalau orang melayu masih berupaya mencatat semua cabang ilmu dan perbendaharaan kata di dalamnya, banyak lagi perkataan yang boleh digunakan, dipopularkan dan diterap sebagai bahasa ilmu...
tapi bila orang melayu sendiri yg xnk, apa boleh buat...
Catat Ulasan