oh oh! dah enam tahun rupanya!
enam tahun dah aku duduk kat ukren...
enam tahun dah aku belajar nak jadi doktor...
enam tahun dah aku tak raya kat rumah dan kampung...
enam tahun dah ulang alik naik kapal terbang...
sepanjang enam tahun,
ada kawan jadi saudara,
ada kawan jadi lawan,
lepas lawan, terus putus hubungan.
lepas enam tahun,
banyak ilmu dikumpul...
banyak pengalaman dikaut...
banyak ragam orang dilihat...
banyak berubah sudut pandang dunia aku...
pernah aku kata:
"apalah diharapkan dengan keputusan remaja umur 19 tahun"
tapi abah kata:
"tak apa, apa yang dah mula, kena habiskan"
maka aku pun habiskan.
alhamdulillah, dah habis pun...jom balik!
[terima kasih mak dan abah dan kakcik dan faiz (faiz? kenapa faiz? ahahaha)]
[ukren bukanla negara eropah mcm perancis atau england atau jerman atau switzerland. maka, masyarakatnya tak sama]
[setakat ni, pada aku, siapa2 yang boleh tahan pancaroba mehnah dan tribulasi kat ukren ni, boleh hidup kat mana2 saja dalam dunia ni. atau aku tak pernah duduk kat afrika lagi kot?]
10 comments
Comment by Azlin Halim on 30 Jun 2010 pada 6:14 PTG
duhai kawan.. selamat pulang..
duhai kawan.. jalan masih panjang!!..
duhai kawan.. hidup jangan pernah kenal erti penat..
duhai kawan..
selamat datang.. ke kehidupan sebenar.. ke ranjau lebih mencabar.. ke masyarakat yang penuh ragam..
duhai kawan..
epilog baru tamat.. selamat datang ke fasa pertama.. kehidupan sebenar yang akan bermula..
Comment by Unknown on 30 Jun 2010 pada 6:23 PTG
"tak apa, apa yang dah mula, kena habiskan"
-LIKE-
walaupun blogger xleh like cm fb, aku nk like jugak..
xpe, selesai sudah fasa satu, jom mulekan terus fasa seterusnya... fasa mencari kerja!!! hahaha
tahniah survivor2 OSMU!
Comment by ZR on 1 Julai 2010 pada 4:14 PG
tahniah krn sudah tamat...
tahniah berjaya menghabiskan apa yang dah mula....
Comment by Asyima Binti Dollah on 1 Julai 2010 pada 7:31 PG
tahniah bang!
nice knowing you;)
selamat kembali & selamat menabur jasa!
Comment by djambu puadovich on 1 Julai 2010 pada 9:20 PG
@ azlin: ye. epilog baru tamat...bab2 seterusnya aku tak tahu la berapa panjang dan berapa mencabar...sama2 kita buka lembar demi lembar...
@ ushop: ya, survivor. ada nk nyanyi lagu apa2 x? ahaha
@ kazaztan team: terimas! walaupun penamat masih belum nampak.
@ asyima: terimas! pastikan syima pun berjaya tamatkan larian epilog ni...heheh ;)
Comment by :D on 1 Julai 2010 pada 2:13 PTG
meh i nyanyi lagu survivor :D
Comment by Admin on 1 Julai 2010 pada 4:08 PTG
Assalamualaikum...
Posing gambar dah ok, tapi yg x kenanya ada pulak gambar p'puan seksi tu... ke memang dah bajet view yg mcm tu..
Anyway, good luck for every nice thing that you do to your self and the other...
Comment by djambu puadovich on 1 Julai 2010 pada 4:13 PTG
:D,
tgu karoke redbox nti, hahau~
ahmad zaki,
wsalam. oh baru perasan. blkg tu iklan sebenarnya. xda a seksi sgt pun. terima kasih, ucap selamat untuk anda juga ;)
Comment by I.T. on 3 Julai 2010 pada 3:02 PG
Assalamu'alaikum,
Tahniah, tahniah dan tahniah.
Ingat pesanan-pesanan ini:-
1) Kata Ulama': Lagi banyak kite mengaji lagi banyak yang kite tak gheti.
2) Kata Hukama': Lagi banyak 'ilmu didada lagi kerap tundukkan kepala.
3) Kata Guru: Kite pandai kerana berguru, kite berani kerana berIbu, dan kita gagah kerana berBapa.
nanti balik jangan lupa wallnut.
Comment by djambu puadovich on 3 Julai 2010 pada 11:42 PTG
waalaikumussalam,
terima kasih. tanpa I.T, siapalah djambu. huhuhu [syahdu sebentar]
walnut dah lama dah siap. tunggu nak balik je~
Catat Ulasan