"Dalam kapal ini dia tidak susah, sebab sebahagian besar daripada penumpang-penumpang dek yang bersama-sama dengannya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil. ... Satu perkara besar yang membuat mereka senang bergaul ialah mereka itu tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak takut mengotori sesiapa kalau bersentuhan dan mereka bebas lepas bergaul. Tempat dalam kapal itu tidak teratur, mereka ditempatkan sahaja berasak-asak seperti kambing."
-Interlok m/s 251*
wallao wei! sebab perenggan ni saja, terlompat-lompat puak2 ni buat protes. perkauman la, rasis la, apa la. satu Malaysia nak kecoh.
meh sini nak bitau sikit.
yang buat protes tu baca habis tak novel ni? apa? tak habis baca? ke tak baca langsung?
tu la. lain kali, belajar bahasa kebangsaan betul-betul. bila belajar bahasa Malaysia, maknanya mesti boleh faham, betul tak? bila boleh faham, baca la novel ni sampai habis.
kalau baca sampai habis, mesti la akan baca perenggan ni.
"Maniam sekarang sudah dapat menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di Pulau Pinang. Dia berasa senang hidup di negeri ini, kerana untuk pertama kali dalam hidupnya dia berasa dia juga seorang manusia seperti orang lain. ... dia juga tidak takut dengan pantang larang yangbiasa berlaku di negerinya... Di negeri ini tidak ada itu semua. Dia kenal orang itu daripada keturunan kasta tinggi, kasta Brahman... Tetapi dia tidak takut menyentuh orang itu... Memang negeri baru ini sesuai dengannya..."
-Interlok m/s 261*
perenggan pertama atas tu tak bersifat rasis langsung. ia bersifat fakta bagi sesetengah pihak. dah kalau benar tok nenek india tu dulu datang naik kapal bersesak2 macam kambing, nak kata macam mana lagi? nak kata naik kapal kelas pertama ke? dan orang India selatan datang naik kapal murah, macam tu la layanan kapal murah. tak caya, tengok cerita Titanic. nak selesa, bayar la mahal. benda ni fakta. sasterawan negara, Abdullah Hussain tulis menurut kajian, pengalaman dan latar zaman beliau. lagipun buku ni ditulis sepuluh tahun selepas merdeka. orang India di Malaysia zaman tu memang ramai lagi yang diam di estet dan kerja buruh kasar. konteksnya, di atas kapal tu watak Maniam masih ada mentaliti berkasta.
perenggan kedua tu kan menunjukkan betapa Malaya ni negeri bertuah. tiada amalan kasta macam tanah besar India. amalan tu tak dibawa bersama, ditinggalkan di sana. Maniam rasa bersyukur dan mentalitinya sudah berubah.
kedua-dua perenggan ni haruslah dibaca bersama. bila belajar, belajar sampai habis. bila baca novel, baca sampai habis. jangan petik2 ikut suka. lari maksudnya. lari konteksnya. hilang pengajarannya.
kalau orang baca novel ni, sepatutnya orang Melayu dan Cina pun kena buat protes sebab banyak lagi penghinaan demi penghinaan perkauman dalam novel ni. tapi itu semua persepsi dan fakta. takde faedah nak menentang fakta, melainkan ada fakta yang lebih kuat.
kesimpulannya, tok moyang yang berhijrah dulu tu yang Paria. tutup cerita dia, buka buku baru. anak cucu India warga Malaysia sekarang ni tiada yang Paria. semua ialah warganegara Malaysia yang berdaulat dan punya hak yang terpelihara oleh Perlembagaan Malaysia.
p/s: panjang lagi nak ulas pasal novel ni, kita tunggu bahagian 2 [kalau aku rajin nak tambah]
p/s2: nanad, kalau abah u rajin, suruh dia jawab dalam Dewan Rakyat. biar diam sikit puak2 ni. tak sedar dek untung!
*novel INTERLOK edisi khas sasterawan negara terbitan DBP, 1996
7 comments
Comment by faRhaNA sHaFIe on 17 Mac 2011 pada 4:57 PTG
wah..aku org pertama memberi komentar ke?
hurm, mmg rase menyirap je sebab kerana perenggan tersebut "diorg" nk melatah ape hal..bende tuh mmg fakta kot..tula die, sebuk sgt nak bising2 tuntut hak sana sini, ade yg kecoh bising apply utk hak menjadi warganegara sekian lama masih tak dpt2, tp ade diorg pk, kalau sbuk menuntut hak kerakyatan, tapi bahasa melayu sepatah haram pun ade yg masih tak tau..pastu bising2 dok kat malaysia dah lame konon dari zaman atuk nenek..tu la die namenye tak sedar ek untung...hurm..
Comment by muhammad heikal on 17 Mac 2011 pada 8:56 PTG
mana nk dpt novel ni..nk baca laaa
Comment by djambu puadovich on 18 Mac 2011 pada 1:07 PG
@ farhana,
ye betul!
@ heikal,
aku beli kat kedai DBP kat ipoh. klo ko nk, bleh je aku belikan. tp kne byr duit pos n servis sekali la. hehehe
Comment by mamalado on 18 Mac 2011 pada 2:16 PG
saya setuju bahawa novel tersebut perlu dibaca dan tidak setuju apabila dikaitkan isu tersebut tidak bersangkut paut dengan isu perkauman. Mengikut pendapat saya, golongan india pantang dikaitkan dengan term 'paria' dan term itu merendahkan kedudukan orang india secara keseluruhan. 'Paria' atau untuk orang black americans 'negros' akan menimbulkan ketidakpuashatian di kalangan orang india dan mungkin memberikan imej negatif kepada orang india di negara ini. Saya setuju bahawa hal yang dibicarakan adalah fakta tetapi fakta tersebut akan memberikan pandangan yang serong kepada semua warga malaysia bahawa orang India mengutamakan sistem kasta yang fanatik sehingga merendahkan kaum sendiri. Fakta tersebut tidak benar untuk masyarakat di malaysia dan semua rakyat malaysia perlu sensitif akan hal ini..
Comment by ruggedmom on 20 Mac 2011 pada 10:10 PG
mamalado, buku kena dibaca dari mula bukan melompat-lompat baru dpt intipatinya. Yg memprotes tu sbb politik je lebih.
Bila nama mereka-mereka tiada/kurang dimasukkan dlm buku teks sejarah ramai yg bising, dikatakan cuba mengubah fakta tapi bila ada fakta yang menyakitkan hati tak pulak boleh diterima. Buku tu ditulis 40 thn lepas.
Dari dulu saya berpendapat sesiapa sahaja yg mengaku jadi rakyat Msia atau nak jadi rakyat Msia wajib boleh berbahasa Melayu/Msia tak kiralah dialek negeri mana pun dan kenalah berusaha jugak belajar bahasa lain, BI contohnya.
Tuan tanah, nak jugak buku tu. Tolonggggg.......
Comment by hawa on 22 Mac 2011 pada 5:55 PG
weh ko buat ape skrg? Keje kat sepital dah ke? Turun la t.intan, belanja aku rojak mastan! *wink*
Comment by djambu puadovich on 23 Mac 2011 pada 12:52 PG
@ mamalado,
terima kasih atas pandangan yang ikhlas. untuk pengetahuan, pandangan hormat saya terhadap kaum india tetap tidak berubah bahkan bertambah hormat dengan adanya sikap profesional seperti saudara.
kita kan sama2 orang Malaysia ;)
@ ruggedmom,
nak ke buku tu? boleh la buat bayaran kos dan pos melalui paypal ke alamat emel tertera di kotak facebook di sebelah. rm25 sahaja :) terimas!
@ hawa,
aku x buat apa2. bulan 6 masuk belajar balik. eh? belanja ko? eh? eh? :P
Catat Ulasan