Archives

BERSIH 3.0

demi memenuhi permintaan kawan aku, ni entri aku sempena bersih 3.0. sampai pening jugak kawan2 aku tanya aku amik side mana. hahaha

Jahat gila sial gi demo bawak parang, pisau, sabit, kerambit, keris, molotov, kayu hoki, simbat, buku lima, tekpi, lawi, pemutar skru, perengkuh, golok, badik, tombak, lembing, M16, penabur semua. Patut la xlepas! *sarkasm*

Hosmet aku nk gi Bersih tp aku balik ipoh mlm ni. Haruskah aku ikat dia di bilik, dn lpskan semula bila aku balik KJ ahad ni? Agak2 dia termati x?

jumpa kat twitter @AmadGaara: Kau marah pd pemimpin yg menyokong LGBT dan pada masa yg sama kau menyokong pemimpin yg menentang hukum hudud. Mana pendirian kau ni??

Mencarut bagai nak rak, pembangang la, bershit la, lbgt la, daftar mengundi tak pun... Pergi daftar mengundi la wei!

Celaka bersih esok nak duduk-duduk bantah plak! Mesti terbakar jam bgunan sultan abd samad tu kena duduk dgn korg! *sarcasm

Ooo patut la nk buat kt dataran merdeka... Bangunan pak samad ada dpn tu... Lol

mari kita lihat seberapa sesak KL boleh jadi :D

ini semua agenda! agenda memburukkan Malaysia di mata pelancong! :D

pakai kuning! sape pakai baju parti, aku terajang! ok, bukan aku la. aku ada kat umah...kui3

Ni semua orang diperalat ni! Buang masa! Ye lah.kau sorang je lah yang ada pendirian...

Ok, rtm kata bersih tiada sambutan di JB. Dude, lubuk paling biru kot...


aku rasa jabatan sosiologi universiti malaysia boleh buat kajian mngenai demo kat malaysia dn kesannya kpd negara ke apa ke. 

kajian akademik tu penting tu.


cadangan aku. jalan kaki sudah, duduk sudah, lps ni naik basikal pulak. kat mane? kat hiway PLUS. yg ni mmg akan macet/sesakkan jalan dari utara sampai selatan. hahaha *gelak jahat*


ataupun, selain naik basikal di lebuh raya, boleh buat demo atas bumbung bangunan atau serambi/balkoni. yg ni kalau jadi, mmg tak kacau jalan, takde kena langgar, tak ada kawat besi semua. dijamin cantik kalau petik gambar dgn helikopter FRU.

masalahnya kena mintak izin tuan punya bangunan le pulak...



yeah! jalan bantah, duduk bantah, basikal bantah, berenang bantah, lompat bantah, guling bantah, futsal bantah. 

apa2 nk bantah pun boleh. oyeah!



katanya tak nampak org sbb cermin pecah. katanya sbb org baling botol. kereta ringan sangat sbb 7-8 orang boleh terbalikkan.


PENYELESAIAN: PANDU KERETA KEBAL/PERISAI

takde cermin, tak lut peluru dan tak boleh terbalik. kena langgar terus mati. LOL!



FRU seharusnya beli senapang yg tembak keluar jaring/jala tu. lebih efisien, sekali tembak, sauk 8 orang. jimat masa. nak kejar sorang2 leceh kot. 


komisen beli senapang tu boleh kira kemudian la..



BERSIH: kita akan anjurkan bersih 4.0!


pendemo: AYUH KE JALAN!!!

Govt: ini semua nak menjatuhkan imej.

PDRM: yay! target practice!!! 

LOL!



tips mengelak rugi hari demo untuk peniaga:


jual air, jual nasi, jual garam, JUAL TOPENG GAS!


Skrg ada 3 takrifan peribahasa 'makan garam' 

1. Lebih tua dan berpengalaman

2. Penghidap darah tinggi
3. Demonstran bersih


Buku baru terbit: demonstrating for dummies. Bacaan wajib!!!

Sebenarnya budak sekolah izzuddin batch aku je yg handal bab demo dan bab diperalat diperkuda ni. Ye tak kawan2? Keh3


Tgk video bersih kat youtube. sampai satu bhgn, aku pause, rewind, tgk balik, kelip mata.

Aku nampak bendera johor...lol...


Dah tersebar gambar agent provocateur PDRM. Aku igtkn aku sorg je yg amik dua side bersih kali ni...


tapi gambar ni yang paling ramai like. ada lapan org like, menjadikannya entri paling diminati pada hari bersih tersebut. 

aku akhiri entri ni dengan komen aku yg ni...

tak, sbb aku kwn ramai. dua2 side. kwn side ni maki2. kwn side ni pun maki2. so, aku rasa tak best la, sbb benda ni pun nk gaduh2. jd aku redakan ketegangan, in my own way...

komen  ni dapat 1 like, dari sepupu aku...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Moskow - Hari 1

berapa tinggi menara gading moskow ni. akademi ni punya pustaka, antara terbesar dalam dunia

hari pertama moskow.

mencari jalan

sebenarnya kami ke moskow ada hajat. nak ke kedutaan emiriah arab untuk dapatkan cop pada diplom. konon2 nak kerja kat sana lps jadi doktor nanti. nampak gayanya, sekarang ni yang ke moskow mmg dah takkan ke dubai lah jawabnya. yg hantar wakil lagi cerah untuk ke dubai. x kesah la tu. kisahnya skrg ni, kami pergi moskow.

wlpun sesat2 sikit naik troleybus moskow yg aku tak berapa paham sistemnya ni, akhirnya sampai dan selesai juga urusan. kami pun terus la meronda2 kota moskow.

dari kedutaan tu kami menapak ikut peta ke akademi kebangsaan moskow bersempena lomonosov. fesyen diorg mcm ni. kalau ada cendekiawan/intelek dia yang terkenal, universiti tu akan dinamakan sempena tokoh tu. cuti musim panas. tak ada pelajar kat kampus. akademi ni atas bukit. puncak tertinggi sekali di kota moskow ni bangunan ni lah. dari atas ni, boleh tgk seluruh kotaraya moskow yg saujana mata memandang. masalahnya, puncak dia ni pun luas, dan tak dapat nak tengok pemandangan yg terlindung. boleh tgk sikit2 je.

dari situ, terus ke taman burung, Vorobyovy Gory, sambil menurun bukit nak amik metro. bayangkan di tengah2 kota metropolitan moskow ni, masih ada diorang peruntukkan bukit untuk buat taman burung. khas untuk wargakota melepas lelah, berpiknik2 ditemani mergastua. ecewah

kita kat sini daaa...

dari sana, kami amik metro dan terus cari taman yang dipopularkan dalam lagi kumpulan scorpions. taman gorky. atau dalam nama rusia, park gorkova. dalam inggeris, gorky park. taman ni bersempena nama penulis terkenal rusia, maksym gorky. dulu dia selalu lepak taman ni kot, aku pun x tahu. kami ingatkan taman ni macam ada tugu2 ke apa ke. rupanya taman ni macam funfair. ada roller-coaster, merry-go-round, ferris wheel, rumah hantu, tangkap gambar dgn binatang2 semua la. terus la kami pun kempunan sbb nak naik benda2 tu, tak datang moskow pun ada. (sebenarnya duit xda) hahaha. bajet lari nanti!

follow the Moskva. belakang tu sungai Moskva

down to Gorky Park

tumpang amik gambar bawah pelangi

tak lengkap datang ke moskow kalau tak ke jalan arbat. seperti kebiasaan di tanah soviet, setiap pekan tu ada jalan utamanya. odessa ada jalan deribasovskaya, kiev ada khreshchatyk, moskow ada arbat. di jalan arbat ni ada orang busking, menari2, buat lukisan, jual cenderamata, jual tubuh dan juga ada rumah penulis ternama bergelar pushkin. [semua pun ternama, tapi yg kenal aku je sbb diorg ni semua ternama dalam tanah soviet je. luar soviet/rusia, sorang pun x kenal]. pushkin ni pernah tinggal di odessa. lps tu sbb bini dia ada skandal dengan satu orang ni, dia cabar bertembak dgn mamat yg mengorat bini dia tu. org2 sini selesai masalah pakai tembak2 je. sejak dulu lagi. last2 dia yang mati pun. nampak sangat bersalah. hahaha

jalan arbat ialah destinasi kami yg terakhir buat hari itu. malam pun nak menjelang. esoknya kami jalan lagi.


p/s: kami cadang nak jalan dgn awek topi koboi dan akaknya. nombor telefon semua dah ambil dah. tunggu nak janji jumpa di mana je. malangnya, nombor malaysia aku dan nombor serbia dia tak ngam. xboleh bersambung, mesej x sampai. terbantutlah niat murni kami nak berjalan dgn awek omputih di kota moskow...jumpa di rumah je la malam tu, sambil bertukar2 cerita. rupanya, diorang pun cuba nak hubungi kami, tapi x dapat. mesti diorg pun kempunan nak jalan dgn 3 org malaysia yg bergaya di kota moskow. hahahaha

tuan rumah, marina [berbaju hijau] dan teman lelakinya [aidan, tak pakai baju] tengah release tension malam2. yobnem!

tentang Taman Gorky, klik SINI
tentang Pushkin, klik SINI
tentang Jalan Arbat, klik SINI

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Teluk Senangin

selamat datang ke teluk senangin. teluk yg berangin-angin tapi tak nampak pun ikan senangin nye. dulu ada la kot.

teluk senangin ni kecik je. pasir pun tak halus, tapi satu alternatif lain bagi orang yg dah puas ke teluk batik. satu lagi teluk ialah teluk rubiah. yg tu aku x ingat dah pernah pergi ke belum.

letaknya beberapa belas kilometer dari pantai teluk batik. nak mencarinya pun agak susah. sampai tersesat2 la jugak abah memandu. apa mimpi abah nak bawak kitorg ramai2 gi mandi laut pun, aku xtau. hahaha.

memandangkan hari kitorang pergi ni hari tahun baru cina, maka ramai la pengunjung yg ada. tak kira cina, melayu, india. nasib baik kitorang datang awal. tak la bersesak sangat. masa kami nak balik tu pun, berpusu2 kereta datang nak masuk lagi.

tak banyak yg nak cerita sangat pasal teluk senangin sebab pergi sekejap je. kalau aku gi camping ke, berbasikal ke sini ke, banyak la sikit nak cerita kot. kalau nak tahu, jom la datang sendiri.

tempatnya yang bertanda A tu. jauh la jugak dari ipoh. sampai boleh sembahyang jamak la jugak.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

pesta buku wei!

Buku-buku dibeli dengan harga RM40 saje!

Woot! Woot!!!

sebenarnya dapat baucar rm200 bantuan buku 1malaysia. diguna pula di pameran buku 1malaysia kat PWTC tempohari. terima kasih Dato' Najib. Lol~

harga semua tu dalam rm140. tapi pakai baucar rm100. ada lagi rm100 baucar tak tau nak guna kat mana. nak jual kat mudah la. haha!

sekarang ni, kat pesta buku, kedai buku ada banyak buku memoir atuk2 komunis PKM mcm buku rashid maidin, abdullah CD, shamsiah fakeh, chin peng dsb. buku mein kampf nukilan adolf hitler pun ada jual. yang bertambah anehnya, kat TV dok main yg kata pengganas komunis, pengganas komunis. jual buku pakcik komunis boleh pulak? buku nazi ada jugak?

jadi, apa kesimpulannya?

entah.

kesimpulannya pada aku, boleh la kita dengar cakap/hujah dua belah pihak dan adili sendiri. jangan tutup mata, tutup telinga, tak nak dengar cakap, malas nak baca buku sejarah negara ni. baru la berkembang minda...

buku seni silat tu dah habis baca, nak baca buku hikayat hang tuah pulak lps ni, lps tu buku komunis, buku bersih, buku pendeta zaaba dan buku ultrasound. hmmm...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

ZOMBIJAYA


yg ni kalau baca, mmg x boleh letak bawah.

plot dia, lepas satu, satu, mengalir je.

cukup rasa lah, pendek cerita. thiller ada, comic ada, satira ada, cersai/sai-fai ada (cersai tu cereka sains, aku yg reka istilah ni),
seks ada, romantika ada.

cerita ni pada aku macam 9 1/2 weeks dgn resident evil digabung dengan latarbelakang dan citarasa malaysia. siapa2 produser yg ada modal, mintak tolong la filemkan cerita ni. lagi bagus dari filem2 tahyul khurafat yg tengah bersepah2 kat malaysia sekarang ni.

sinopsis:

5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff) bergumbira pada malam sambutan tahun baru di lembah klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui. lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai ke sarawak dan ke seluruh malaysia. dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis - seorang kaki teori konspirasi - mencadangkan mereka berpindah ke putrajaya di mana beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.

pelbagai aksi, babak suka-duka, persahabatan dan pengkhianatan mengisi novel ini, serta beberapa isu semasa seperti rancangan tv realiti, politikus homoseks juga dicuit.

selamat datang ke zombijaya!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

topi koboi!







itulah kisah topi koboi. salihin yg suruh awek tu posing dgn topi aku sebenarnya. terima kasih kat salihin. hehehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

tiba di moskow!

lama tak menulis pasal cerita kembara aku.


dekat setahun...

sambung balik lps cubaan aku yg gagal untuk mengayat veronika.

al-kisahnya, ada beberapa kali lagi keretapi berhenti melepas lelah, menurun dan mengambil penumpang. ada sekali tu, chin beli anak patung [anjing ke beruang, aku pun tak ingat dah], konon2 nak bagi kat veronika. fullamak, jiwang karat brader sorang ni!

ada berapa belas jam lagi nak sampai, dan kami pun melintas sempadan keretapi ukren-rusia di konotop-suzemka-zernove. di sini, pemeriksaan yg dilakukan agak ketat dan mengambil masa yang lama. pasport diambil dan ada beberapa soal siasat. dalam masa yang sama, pegawai imigresen tu telefon pejabat konsul rusia di odessa, untuk mengesahkan daftar perjalanan kami. ada dekat sejam kot. sebab bukan selalu orang malaysia lintas sempadan dengan keretapi. ada 3 orang bujang tak ada kerja ni je. hahaha

kami sampai di moskow dah petang. masa nampak tulisan moskow di luar keretapi, rasa dah teruja dah. tapi sayangnya, nak tangkap gambar di stesen adalah dilarang. biasa la tu. stesen yang dimaksudkan ialah stesen kievsky di moskow.

sebelum melangkah keluar keretapi, dengan sayunya chin pun menyerahkan anak patung tadi kepada veronika. veronika pun menyambutnya sambil tersipu2 dan dijeling cemburu oleh mamat dalam biliknya tadi. hahaha. cayalah chin! ko je yg berani!

kitorg dengan segala bagasi pun bergegas menuju ke rumah marina dan aidan di pinggiran bandaraya kosmopolitan moskow ni. turun je ke stesen metro, kami ikut arahan yg diberi oleh marina. tak la sesat sebab kami paham russki. cumanya, russki org rusia ni pekat semacam telornya, banding dgn russki org ukren.

di stesen hampir dengan rumah marina, kami disambut dengan melihat dua orang polis baru lepas belasah satu pencopet ni sampai lebam berdarah2. adoi...apa la nasib kitorang kat moskow dua hari ni...


kesimpulannya:
jarak perjalanan odessa-moskow: +- 1300km lebih sikit.
tempoh: 28 jam lebih kurang
harga tiket: dah lupa
pengalaman: tak ternilai...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

HORASSS!!!



Yeah! seperti biasa, blog aku akan bicara tentang adat-istiadat dan kebudayaan yang tak selalu orang tengok. kali ni cerita adat upa-upa.

adat upa-upa yang aku sempat tengok ni sempena menyambut menantu, merupakan adat suku mandahiling. kalau ikut wikipedia, mandahiling ni sub-suku batak. tapi entah le. diorang taknak mengaku batak ke ape ke. menurut wiki lagi, orang mandailing ni kahwin campur dengan melayu dan minang. kalau ikutkan video ni, warna2 asal batak ada pada diorang. warna asal tu ialah merah, putih dan hitam. warna2 ni ada la makna2 tersendiri dalam budaya mereka. dan diorang masih menyebut HORAS. masa kecik2 dulu, aku gi pulau toba, batak2 sana pun sebut horas jugak.

tak kesah la tu.

jom kita layan video brader mandailing ni jamming dan pakcik2 mandailing ni berdansa2. ewah!!!


amacam, ada rupa system of a down x?

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kasino


judul novel FIXI ni KASINO.

tapi bukanlah berkisar pasal kaki judi di kasino semata-mata, atau mengajar cara untuk menang di kasino.

ia tentang seorang peniaga/niagawan yang berdepan risiko didakwa atas tuduhan rasuah di suatu negeri reka-rekaan di Malaysia selepas negeri tersebut jatuh ke tangan PR. untuk mengatasi kesempitan wangnya, dia terpaksa mencari sumber wang dari mana saja lubang yang dia ada. dan satu kepakarannya ialah bermain terup di kasino.

sambil2 tu dia ada minum2 sikit, main2 perempuan sikit (banyak, bukan sikit), tahajud2 sikit...dah macam cacamarba pulak aku tengok watak novel ni. minum wain mcm minum air, tapi smyg tak tinggal. macam ni punya orang pun ada.

tapi cerita ni pun cerita rekaan, ikut suka penulis dia la nak reka watak macam mana, ye x?

novel ni ditulis dalam latar tempat yang urban/bandar, diresapi dengan pengaruh2 jahat duit di mana, siapa ada duit, segala benda boleh buat. segala benda pun tak mustahil.

ni baru satu novel dari barisan judul dalam siri terbitan FIXI. aku ada baca dua lagi, Zombijaya dan Kougar...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...