Cabaran Pandai Silat '11


julung2 kalinya Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi menganjurkan pertandingan Cabaran Pandai Silat 2011. acara berlangsung di Jusco AEON AU2 di keramat. keramat ke wangsa maju? aku pun x pasti. tapi kat kawasan2 tu la.

kempen Pandai Silat ni dah dekat 2 bulan diuar-uarkan. sejak oktober hari tu. sejak aku mula2 join kelas latihan kota damansara (KD). dan aku pun diserap dalam pasukan KD. padahal dah berapa zaman aku tak buat benda2 ni. hohoho. mau sentap la jugak tulang2 yg ada ni. nak2 masa minggu terakhir sebelum pertandingan. tiap2 malam berlatih. adoiyai!

pusat latihan KD hantar 2 pasukan, KD Segerak dan KD Hentak. nama pasukan yg asal sebenarnya KD21 dan SuperKD. tah ape hal, kena tukar nama pulak.

cabaran kali ni dibuat dengan format yang lebih unik. ada 4 acara wajib sebagai saringan. 10 pasukan yang layak ke pusingan seterusnya akan diberi tugasan misteri, dan sejam setengah untuk merangka demo yang ditugaskan. 4 acara wajib itu ialah: buah umum tangan kosong, buah umum senjata, papan sekeping tangan kosong, papan sekeping senjata.

untuk pasukan KD, satu pasukan je layak ke pusingan seterusnya. pasukan KD Segerak tak lepas sbb untuk kedua2 acara papan sekeping, hero jatuh titi. isk3. mujur pasukan KD Hentak (pasukan aku le tu), hero tak jatuh. walaupun aku tgk kaki dah menggigil2 nak imbang. hohoho


acara ni, aizat jadi hero

acara cabaran yg pasukan aku dapat ialah: 4 serang 1 (berturutan dan serentak), papan sekeping serangan kaki, papan sekeping serangan campuran. nak jadikan cabarannya bertambah mencabar, papan sekeping untuk acara ni, dibuat macam titi batang kelapa. permukaan ratanya, ada la dalam 3 inci. titi yang rata 6 inci pun merewang2, dia bantai pulak titi batang kelapa.


yg ni sufri pulak hero

tapi alhamdulillah. untuk pusingan ni, ada jugak pasukan yang hero jatuh titi. justeru melonjakkan ranking pasukan KD Hentak. hahaha. ditambah pula dengan hero dan crook yg cool, tenang dan menyahut cabaran dengan jayanya.

nombor empat. nampak x tu? nombor empat!

hasilnya, KD Hentak dapat nombor 4, membawa pulang pingat besi, badan yang penat dan lebam2 dan hati yang puas. mesti la puas. dah la masing2 kira kategori bukan remaja. bertanding pulak dengan budak2 uni, budak sekolah. berlatih dengan hujannya, segala macam rintangan.
dengan YM encik marwi beb, lu jangan jeles. hahaha

tahniah kepada kapten encik jalil, hero2 aizat, sufri dan zu, serta barisan penjahat samseng kampung dusun, faruqi, joey dan aku sendiri. korang memang best. tahniah sekali lagi.

terima kasih kepada barisan jurulatih merangkap juri che li n abg wan. lain tahun, kita masuk lagi. oyeah!

p/s: cabaran2 seterusnya, aku cadang buat tugasan demo dalam ruang sempit. cthnya dalam lif ke, pondok telefon ke ape ke.

gambar ihsan aizat

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

silat cekak masjid kota damansara


28 oktober lepas ada program raudah TV9 di masjid kota damansara. sempena program tu, ada la dijemput pasukan silat cekak buat demo di sana. yang ramainya pasukan dari UIA. aku pun joinla membantu apa yang mampu. memandangkan aku pun x cekap sangat nak berdemo2 ni, aku jadi budak flyer je. tukang edar helaian2, kempen sertai silat.

sebab aku kena buat kerja, maka gambar yg diambil tak seberapa sangat. demo pun x sempat nak rakam. ecewah! mcm banyak sangat je kerja. haha

sape2 yang tertonton iklan di TV9 yg ada 'terima kasih-terima kasih' pasca raudah masjid kota damansara, yg brader dukung anak tu pun salah seorang ahli jugak. hampir2 nak kene seret buat demo. ahahaha

ni t-shirt aku sendiri. lama dah mengidam nak pakai. huhuhuhu

majulah silat untuk bangsa, agama dan negara!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

raya haji kampung batu enam


bulu kaki...

adapun kampung tersusun batu enam itu, betapa makmurnya, korban raya haji tahun ini sekian banyak, sampai darah lembu korban hingga tenggelam buku lali. begitulah adanya...

ok, itu bohong. tahun ni korban kampung batu enam ada 8 ekor. aqiqah seekor. maka ada 9 ekor lembu. sebenarnya kaki aku yang terpijak lubang takung darah lembu.

berposak-posaklah masyarakat seisi kampung tolong-menolong menyelesaikan 9 ekor binatang itu. ada yang mengajar sembelih, menyembelih, mengulit, membelah, melapah, menyiang, menimbang, mengagih, membancuh, mencuci, mengangkat, menyorong, mengikat, menarik, menolak dan memasak. tak lupa juga yang tolong tengok. hahaha

agak ironik di situ...

betapa tajamnya mata pisau, ditambah pula keasyikan bersuka-suka melapah-lapah, sampai tak sedar tangan tertikam terhiris.

ok, itu bohong. memang sakit. berdarah sampai ke petang. T_T

begitulah adanya sambutan raya kali ini di kampung batu enam...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

#OctTwtFest

ok, abaikan perut tu buat seketika...

sabtu lepas ada OctTwtfest. buat kat HQ digi kat glenmarie sana nun. dengar2 nak buat rekod dunia Guinness, aku pun join la. menyumbang utk rekod dunia. hahaha. pegi dgn wawad tumpang kereta dia. sampai dalam kul 5pm, lepas sesat larat mencari ikut GPS. makin sesat lagi ada.

bila sampai, nampak la org sikit punya ramai beratur, nak masuk dalam. panjang je dah berapa puluh meter. pastu ada la org menyanyi2 kat dalam tu, jual2 makanan sume. tapi memang tabik la org malaysia ni bab beratur, memang takda masalah. bukan macam arab, asik nak potong barisan je. kui3

sampai kat depan, daftar nama, dapat riben biru. terus la masuk dalam. tengok ada banyak lagi jualan. orang jual baju, jual buku, jual muka. ok, bab jual muka tu xda. tapi banyak la aktiviti dia sediakan. ada nyanyi2 karaoke [nyanyi lagi?], main dam/catur/monopoli/seremban/PS3, guitar hero dan twister. ingat nak join twister, tapi jantan sume yg join, terus kensel. hahaha :P

yg bestnye aku gi ni, dapat jumpa Noh Hujan. ye, NOH HUJAN dan jabat tangan dgn dia kat surau. ye, sekali lagi KAT SURAU. lps mamat tu smyg asar. dan juga jumpa Obe, blogger terkenal satu malaysia, pemenang Digi blog awards, kategori LOL. pastu jumpa webmaster amanz.my. jumpa pun sembang sikit2 je la. diorg pun banyak nak melayan peminat/pengikut diorang.

wawad dapat jumpa dato' idris jala. terus tangkap gambo, tapi xleh dedah kat sini la. nanti bahaya. hahaha

walaupun twtup yg ala2 konsert ni bukan la 'my cup of tea' sangat [tak jelira sangat], tapi saje nak menengok benda baru. nak merasa. dan nak masuk rekod Guinness. ko ado?

patut mungkin aku datang dgn @facktura. dia banyak follower dan sgtla terkenal. tapi, facktura tgh nak exam jumaat ni.

p/s: silap x beli tshirt yg ada gambo p. ramlee. yg kuning tu.

link2 yang berkaitan:
amanz.my <--- blog teknologi komputer, bahasa malaysia
blogserius <--- blog obefiend yg kontroversi
twitter.com <--- nak join twitter. pastu follow aku @djambu. hahaha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

jom skating!

berjalan2 di sunway pyramid, aku nampak benda ni...


patutnya mula di sini...kemudian baru pergi ke sini...

menghimbau kenangan lalu mmg best...tapi kenangan yg best je la. yg xbest, tetap xbest...

so, korang, bila nak skate2 lagi? ajak wawad jom. hahaha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...