FLASHBACK

hari ni hari khamis...merangkap hari last aku kat tanah mesir nih...ada satu lagi tugasan yg perlu aku buat sblm aku meninggalkan tanah para ulama' ni dan balik ke bumi yg penuh kemungkaran, UA...huhu...aku kene pegi shopping

agak malang bagi aku, hari khamis, dak2 ni sume ada kelas...so, its up to me n my living skills nak redah n cari jalan ke kilang asfour, membawa pulang khazanah berharga utk kwn2 yg menanti di UA...
apekah khazanah berharga tu?

itulah kristal...berasal usul dari pasir xbernilai, dimasak dan lebur, diproses jadi kristal berkilau2 mcm intan berlian...harga pun dekat2 mcm intan berlian...cuma kat mesir ni, buleh dpt murah. [itu la sebab budak2 ni suh beli. terpengaruh dgn promo usop yg beli berketul2 masa dia pegi taun lepas]

iqbal bermurah hati tolong surf google earth, cari koordinat bandar kaherah dan cetakkan peta kedudukan kilang kristal asfour...


Metro Egypt, satu2 nya metro di benua afrika

xjauh, cuma kena amik METRO arah el marg, tuka tren kat stesen anuar el sadat [mcm yg besa buat kat KL sentral tu...] pastu amik ke arah shubra el kheima. naik sampai hujung...[byk la aku pny xjauh...mmg mencabar kewibawaan nih!]
aku kuatkan semangat jugak sbb aku selalu bitau diri aku sendiri, sape2 yg buleh survive kat UA, bleh idup kat mane2 dlm dunia ni. lg pn, bhs arab aku xda la kokak sgt...setakat baca tu buleh lg

tiket metro berharga 1 geneh, ke mana2

pukul 10 lebih aku kuar rumah, menapak gi stesen METRO n menuju ke kilang asfour...tiket akhi hamdan dah sapot tadi. hehe, such a free loader. haha
dekat 1/2 jam aku dok dlm tren. melilau mata aku supaya x terlepas
stesen anuar el sadat. lepas tuka tren, lega dah aku sbb tren ni naik smpi ujung. so xda masalah nk terlepas ke ape ke.

perjalanan aku ke shubra

aku amik choice nk turun kat shubra el kheima. iqbal ckp ada 2 pilihan: turun shubra el kheima, pastu naik bas ATAU turun kuliyya el ziraat [fakulti botani] dan amik teksi. bas kene 1 geneh tapi xtau nk turun mane, teksi kene 4-5 geneh tapi sure sampai. saje nak mengikut naluri adventurous aku yg xseberapa ni, aku turun shubra el kheima dan wat keputusan nak jln kaki...haha, bajet tol!
bile aku turun kat
shubra el kheima, terus mcm xcaya sbb stesen shubra ni, ada pasar yg teramat la lecah/becaknye...[mlm td ujan kat kota cairo] terus mati mood aku nk jalan kaki [jaga kasut baru, n seluar aku pulak putih] huhu

aku jln 300-400 meter, terus aku angkat tuk2 yg mcm dlm cerita tamil tu [kenderaan mcm moto, roda tiga, ada bumbung, muat 2 org kat belakang, depan ada driver]..."ila masna' asfour, lau samaht." tu dia, ayat lengkap "tolong bawa ke kilang asfour." OTW, aku buat rakaman dgn kamera aku.
nak jd kes, kamera aku lupa cas bateri dr smlm dan memori kad plak aku x letak balik lepas transfer gamba. BAGUS!!! jadila rakaman dlm tuk2 aku separuh jalan je. dah sampai, aku byr 4 geneh kat driver
[iqbal pesan 5 td kan?]. driver tuk2 tu hepi semacam...

al tuk2...

masuk je dlm kilang asfour td, terbeliak takjub aku sorg2. mula2 aku xteringin sekelumit pun nk borong brg2 asfour ni. tapi bila tgk kedai dia bersinar2, berkerdipan kristal dlm tu, aku rasa nak borong semua. sbb kristal dia TERAAAAAMAAAAT LAAA CAAAANTIIIIIK nye. xtipu korg. dan harga brg2 kemas utk wanita TERAAAAAMAAAAT LAAA MUUURAAAAH nye...silap aku je xda awek. so, aku xbeli ape2 brg kemas wanita.

utk confirmation brg2 yg nk beli, aku kontek dak2 ni yg ada kat UA. sampai habis bateri dan kering kredit LIFE;) aku [roaming...]
melilau2 aku dlm kedai tu, cari benda2 nk dibawak balik letak kat rumah. byk brg y dipamerkan. antaranye statue kecik2, kiub2 yg ada karakter2 dlmnye, model masjidil haram, loket, tiara, gelang, rantai, rantai kunci, pemberat kertas, pasu dan chandelier [xterbyg aku berapa harga chandelier ni]

kristal aku, ada motif tongkat hippocrates dan ular bersilang

kedai ni, sape2 nk beli brg kene isi order list berpandukan nombo siri produk pastu serah kat kaunter. masa nk keluar nanti, amik kat pintu keluar.
[punya byk brg aku borong kat kedai ni, jurujual tu siap bagi aku diskaun 5%. ataupun sbb aku sembg2 dgn dia ckp arab broken?]
masa balik, aku pun cek2 brg dan chow. aku tny la kat penjaga kaunter serahan tu, "bi kam ugrah el-tuk2 min hina ila muassasah METRO shubra el kheima?" [berapa harga tambang tuk2 dr sini gi METRO shubra el kheima?] "min hina, itnein geneh bas" [dr sini 2 geneh je]...patut a brader tadi hepi, aku dah bayar double rupenye...
aku pun terus keluar, tahan tuk2. satu budak muda berenti. dia bwk adik dia skali kat front seat. si budak muda ni terlebih ramah plak...tny aku mcm nk pegi mane jek...aku ckp gi shubra el kheima, 3 geneh...dia kata 'shubra kat mane? pasar ke?' [aku assume je dia ckp mcm ni sbb realitinye, aku xtau dia ckp ape]...'shubra la, shubra el kheima'...'ye la shubra el kheima tu besar, kat mane?'...penin kepala aku, last2 aku ckp 'METRO', baru dia angguk kepala, 'kuwais' [OK].

spjg perjalanan tu adik beradik 2 org ni beramah mesra dgn aku...tny mcm2. aku org mane la, dok buat ape la, kerja ape, tourist ke, nak pegi mane naik metro dsb...pastu dia ckp "malayziy? ahsannas...ahsannas" [org malaysia ke? uiii, sebaik2 manusia atas muka bumi ni]

oleh sbb dia layan baik, aku rasa xrugi aku baya 3 geneh. bila sampai, aku bagi dia duit tambang campur duit 1 grvn..."eih, bi kam sawa da?" [oi, ni berapa equivalent ni?]..."taqriban wahid geneh" [lebih kurg 1 geneh] suka gila muka dia dpt 1 grvn tu...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati