catatan2 penting di citadel...ni bukan berlakon tau...:)
[aku mengarang entry hari ni sambil mendengar nasyid yg baru disedut dari komputer dzul masa kat mesir hari tuh...lalala...sungguh menginsafkan]
alhamdulillahi rabbil alamin, aku hr ni dpt 5 utk exam 'cycle' THERAPY. internal medicine ataupun 'al-bathnah'...[poyo jek, terikut2 ckp dak2 mesir la nih, padahal baru 1mgu je dok sana]...kata salihin, "mmg xrugi pergi melancong. kalaupun fail exam, paling kurang dah hepi masa bjalan2 hr tu..."
dan benarlah kata2 kawanku itu...hehe
ape x xrugi nye, sejak sampai UA hr jumaat hr tu, mane ada bukak buku. ada pun, nk buat case report jek...ada bukak, masa dalam bas OTW gi hospital...hehe...professor ckp, "budak ni bernasib baik, dpt soalan senang"...aku cakap, "hadza min fadhli rabbi..."

ok, cukup ulasan peristiwa hari ni, mari sambung kisah perjalanan aku ke mesir tempoh hari...hayya bina!!!
lepas kelana fayyum, aku ronda2 citadel of salahuddin/kubu pertahanan salahuddin al-ayyubi. salah satu kubu pertahanan yg dibina oleh panglima perang terulung dalam sejarah Islam yg masih berdiri kukuh hingga ke zaman ni, citadel mengandungi beberapa monumen tinggalan sultan2 dulu dan bukti2 keagungan umat Islam zaman dulu...kan bagus kalo sejarah tu dapat diulang pd zaman skrg ni...
berbekalkan kamera [bateri dicaj penuh], pen dan buku nota, aku ditinggalkan di pintu masuk citadel oleh akhi hamdan...dia tinggalkan aku dan terus merempit pegi kelas...haha, ye, aku sorg2 sbb dak2 ni sume ada kelas n aku xnk kaco diorg...dan ye, aku pegi naik moto tadi xda helmet...ouch!!!
dalam citadel ni, yg mula2 aku masuk ada istana jawhar...bekas rumah tetamu sultan dan skrg ni letak memorial2 keluarga sultan/raja muhammad ali pasha...malang sekali, xleh tgkp gamba kat dalam ni...ada org jaga...xda benda nk cerita pun sebenanye, juz potret2 keluarga diraja dan ada nota kecik sumbangan masing2 je...


depan masjid ali pasha

pastu aku masuk ke masjid ali pasha...penuh gaya klasik turki dan penuh dgn pelancong2 mengagumi binaan dia...ada makam jugak, tp xtau makam sape...xigt plak nk baca...isk3sblm terlupa, hr ni byk gile pelancong...yg aku dpt tgkp melalui sembang2 bahasa diorg, pelancong2 ni dr Thailand [aku sempat suh diorg tgkp gamba aku. mungkin grup balik haji yg jumpa kat iskandariah hr tu kot...], colombia [habla espanyol?], perancis, russia [sebok je diorg ni, tp diorg ni pun jd mangsa suh petik gamba aku] dan satu psgn dr india, berbulan madu.


tempat wudhu' masjid ali pasha


pandangan dalam kubah masjid ali pasha

seberang jln dr masjid ali pasha, ada masjid al-sultan al-qalawun dari dinasti mamluk...masjid yg ni kecik sket...pd salah satu tiang dia, ada jam matahari, nk tunjuk waktu solat...canggih kn? lepas 2-3 petik gambo, aku terus ke muzium polis...dlm muzium ni ada pameran mengenai sejarah penguatkuasaan undang2 dr zaman firaun dulu smpi zmn moden ni...masa zaman firaun dulu, org mesir purba percaya pada dewi Maat. dia ni ada sayap panjang dan merupakan dewi disiplin, keadilan dan kebenaran...atas sekeping batu pulak ada ukiran yg mengisahkan hukuman org xbayar cukai. ada jugak kisah2 org merompak makam zaman firaun dulu...dari dulu org dah buat kerja merompak makam ni...huhu...dekat2 pameran zaman moden plak ada gamba2 kes2 pembunuhan pemimpin2 dan penjenayah2 kejam

sori skali lagi, dlm muzium polis aku xpetik gambo sgt...xbest...saving utk muzium tentera

muzium tentera, menyimpan khazanah ketenteraan tamadun mesir, islam dan kerajaan mesir moden...ada jugak catatan sejarah pengembangan islam dari tanah hijaz ke benua afrika, hasil usaha atas iman sahabat nabi bernama amru al-as...ada jugak replika pedang nabi. aku dpt tgk bangsa arab mesir ni jugak satu bangsa yg pernah berperang. antara perang2 diorg ialah perang dgn british, perancis, turki [masa kerajaan turki uthmaniah nk jatuh dulu] dan yg paling diorg bangga skali, perang dgn israel...diorg jugak kaya dgn sejarah revolusi, cthnye sejarah anwar sadat, jamal abd nassir dan pemberontakan abdullah orabi...hujung pameran muzium tentera, ada sejarah penglibatan mesir ke dalam PBB [cerita lanjut, sila cari laman web sejarah mesir/wikipedia]

mohammed anwar el-sadat

kedai yg nk me'rompak' aku, ada ke patut jual cadbury harga 20geneh?

kat muzium tentera ni aku dah tersangkut dekat 2jam...gile layan ah! well, maybe kalo org xsuka sejarah/smgt nasionalisme sgt, stgh jam pn buleh abis kot...balik dr situ, hamdan bawak naik moto dan singgah ke maqam imam al-syafie, pengasas mazhab syafie pegangan umat malaysia dan pengasas ilmu usul fiqh...atas maqam dia, ada replika kapal...ada beberapa penerangan pasal kapal ni. satu, ibaratnya imam al-syafie yg tertanam tu lautan ilmu, maka kapal di atas tu sedang belayar atas lautan ilmu. dua, kapal tu merujuk kpd perjalanan imam merata dunia mencari dan menuntut ilmu...


di maqam imam al-syafie


kapal di atas kubah


hari berikutnya: di bawah naungan piramid giza

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati