ada satu hari tu, aku ada terdengar perbualan 2-3 org kwn mengenai istilah2 yg terdapat dalam satu buku [buku berkaitan perubatan rasanye], dalam bahasa Melayu Brunei.
diorg berbicara tentang istilah 'batang otak', 'radang peparu' [hanya menamakan beberapa] dan beberapa istilah lain sambil MENTERTAWAKAN istilah2 tersebut...
aku dgr komen diorg, berdesing telinga aku. tapi memandangkan aku baru kenal diorg dan diorg pn xkenal aku, jadinye, aku diamkan saje...

persoalannya di sini, ape masalahnya dgn 'batang otak' dan 'radang peparu'?
ape masalahny yg menyebabkan aku bengang xtentu pasal tu?
SEBABnye ialah aku tgh dgr bahasa Melayu diperkecil-kecil dan diperlecehkan...
YA mmg x dinafikan, bunyinye mmg kelakar. sape yg xnk gelak dgr istilah 'batang otak'...mcm nama kuih raya [batang buruk] jek...

tp diingatkan semula, bahawa istilah 'batang otak' tu terjemahan langsung dr istilah 'brain stem'...kenapa xda org gelak pun dgn istilah 'brain stem'? oi, jom la gelak ramai2 dgn istilah 'brain stem' ni!!!
[aku rasa org2 putih/penutur inggeris yg xmendalami bidang sains ni pun akan gelak kalau dgr istilah 'brain stem'. WTH is a brain stem? why in d world d brain grows from a stem?]

sedih aku sebenarny melihat bahasa Melayu yang semakin hilang. dah a isu Pembelajaran Sains dan Matematik Dlm BI xabis2 lg...isk3

tapi, penghujungny aku xjd marah kat diorg [kwn2 yg tersebut di atas]...sbb diorg belajar dan dapat pendedahan mengenai istilah anatomi dalam bahasa inggeris. jadinya, xbuleh salahkan diorg 100% kalau diorg xtau benda tu. mungkin penerangan lanjut seharusnya diberi kepada masyarakat oleh pihak2 yg berkewajipan atau pihak2 yg sensitif mengenai perkara ni.

berbalik kpd isu belajar Sains dan Matematik dlm BI ni, aku ada jumpa satu pakcik masa kat mesir hr tu. pakcik yg sekali dgn aku masa lawatan ke fayyum [sila cek entry sblm ni]. pakcik ni 'somebody' a jugak kat institut teknologi nuklear Malaysia [dulunya MINT@Malaysian Institute of Nuclear Technology]. bukan calang2 org ni!

pendapat dia lagi best. dulu dia belajar fizik dalam bhs indonesia. xda masalah pun. buleh je pandai. belajar matematik, guna equation je pun. xda kene mengena dgn bahasa. dia kata isu bahasa ni diambil kesempatan oleh beberapa pihak dalam kerajaan dan penerbit2 buku. pembuat2 dasar ni mungkin ada 'share' dgn penerbit2 buku. bila keluar arahan cetak buku dlm BM, dia ada 'share', bila keluar arahan baru utk buat buku dlm BI, penerbit2 buku akan cetak buku baru [dan dpt profit] dan trimas kpd pembuat dasar, pembuat dasar pun dpt 'share' jugak. hujungnya, budak2 sekolah jd celaru, xreti bahasa...adoi laa...

serasa aku la, isu ni ada kena mengena dgn betapa patriotiknya kita terhadap bangsa/negara/bahasa kita sendiri. bab2 patriotik ni, aku kupas lain kali...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati