gambar dr www.ujanailmu.com.my

"Andai kota itu peradaban , rumah kami adalah budaya dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama."
-ayat yg membuka setiap bab dlm novel bertajuk Tuhan Manusia ni.

setelah menunggu beberapa lama, sampai jugak novel ni melalui pos ke tanah ukren ni. risau dah aku, takut2 hilang di tgh jln ke, pos xsampai ke ape ke. ni salah satu buku yg aku suruh kakcik beli thru ujanailmu.com.my pastu mintak mak pos sekali dgn milo, nescafe, sekaya dlm tin, kiub ayam dan perencah nasi goreng.

novel karangan sdr. Faisal Tehrani ni mengisahkan perihal Ali Taqi yg mempunyai abang yg murtad. kemurtadan abgnya menyebabkan dia giat mencari ilmu, mendalami bidang falsafah, berdebat mengenai pluralisme, liberalisme yang akhirnya membawa kepada penubuhan FASEH, satu pertubuhan pendidikan remaja untuk menangani kemelut akidah remaja.

aku ambil masa 4-5 hari jugak nak habis baca novel ni. isu2 yg diutarakan berat sungguh. ditambah pulak dgn faham2 falsafah, istilah2, nas2 al-Quran yg pelbagai. apabila dibaca, terasa otak menjadi penat utk mencerna maklumat2. tu yg makan sampai 4-5 hari tu. satu lagi sbb ialah aku xnak buku ni cepat sgt habis. nanti dah cuti, bosan pulak xda benda nak buat.

gaya penulisan sdr. Faisal Tehrani mudah difahami dan utk menyampaikan mesej anti-pluralisme, kaedah ni penting. dlm novel ni, setiap mukasurat yg ada bagaikan pukulan maut bertubi2 kpd faham pluralisme. mmg penulis ni xbagi peluang langsung. mungkin kerana rasa sedih dan tanggungjawab sdr. Faisal melihat keadaan generasi sekarang. mungkin sbb marah. mungkin sbb benci.

walau apapun, novel ni tetap menyebabkan otak pembaca berfikir sebab apa keislaman dirinya.

satu yg musykil sket ialah, wlpn abg si Ali Taqi tu murtad, tak diketahui sebab ape kemurtadannya. adakah sebab kawin lari ke, sebab tekanan jiwa ke, sebab nak hidup bebas ke. mungkin aku terlepas pandang, tapi kalo sdr. Faisal Tehrani bagi sikit penerangan sbb-musabab Talha murtad, mungkin lebih menarik.

syabas kpd sdr. Faisal Tehrani atas penulisannya ini.

p/s: dari gaya pengolahan latar sekolah Ali Taqi ni, terasa mcm kat Kolej Islam je. ye ke sdr. Faisal? hehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati