"Andai kota itu peradaban , rumah kami adalah budaya dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama."
setelah menunggu beberapa lama, sampai jugak novel ni melalui pos ke tanah ukren ni. risau dah aku, takut2 hilang di tgh jln ke, pos xsampai ke ape ke. ni salah satu buku yg aku suruh kakcik beli thru ujanailmu.com.my pastu mintak mak pos sekali dgn milo, nescafe, sekaya dlm tin, kiub ayam dan perencah nasi goreng.
novel karangan sdr. Faisal Tehrani ni mengisahkan perihal Ali Taqi yg mempunyai abang yg murtad. kemurtadan abgnya menyebabkan dia giat mencari ilmu, mendalami bidang falsafah, berdebat mengenai pluralisme, liberalisme yang akhirnya membawa kepada penubuhan FASEH, satu pertubuhan pendidikan remaja untuk menangani kemelut akidah remaja.
aku ambil masa 4-5 hari jugak nak habis baca novel ni. isu2 yg diutarakan berat sungguh. ditambah pulak dgn faham2 falsafah, istilah2, nas2 al-Quran yg pelbagai. apabila dibaca, terasa otak menjadi penat utk mencerna maklumat2. tu yg makan sampai 4-5 hari tu. satu lagi sbb ialah aku xnak buku ni cepat sgt habis. nanti dah cuti, bosan pulak xda benda nak buat.
gaya penulisan sdr. Faisal Tehrani mudah difahami dan utk menyampaikan mesej anti-pluralisme, kaedah ni penting. dlm novel ni, setiap mukasurat yg ada bagaikan pukulan maut bertubi2 kpd faham pluralisme. mmg penulis ni xbagi peluang langsung. mungkin kerana rasa sedih dan tanggungjawab sdr. Faisal melihat keadaan generasi sekarang. mungkin sbb marah. mungkin sbb benci.
walau apapun, novel ni tetap menyebabkan otak pembaca berfikir sebab apa keislaman dirinya.
satu yg musykil sket ialah, wlpn abg si Ali Taqi tu murtad, tak diketahui sebab ape kemurtadannya. adakah sebab kawin lari ke, sebab tekanan jiwa ke, sebab nak hidup bebas ke. mungkin aku terlepas pandang, tapi kalo sdr. Faisal Tehrani bagi sikit penerangan sbb-musabab Talha murtad, mungkin lebih menarik.
syabas kpd sdr. Faisal Tehrani atas penulisannya ini.
p/s: dari gaya pengolahan latar sekolah Ali Taqi ni, terasa mcm kat Kolej Islam je. ye ke sdr. Faisal? hehe
-ayat yg membuka setiap bab dlm novel bertajuk Tuhan Manusia ni.

11 comments
Comment by fairuzniza on 2 Jun 2008 pada 5:15 PTG
ada baca 'bila tuhan berbicara' karya faisal tehrani jugak?
agak best jugak la..
:)
Comment by Tanpa Nama on 2 Jun 2008 pada 8:58 PTG
FT memang gemar menulis subjek yg heavy walau untuk casual reading. Penuh dengan tersirat di sebalik yg tersurat. bacalah byk2 kali. setiap kali baca akan dpt sesuatu yg tak dapat dlm pembacaan sebelumnya.
Comment by djambu puadovich on 3 Jun 2008 pada 8:02 PG
@cik fai,
'bila tuhan berbicara' xsempat nak baca lagi. xbeli lagi pun...nk tlg belikan ke? keh keh keh
@tanpa nama,
kene baca byk2 kali ke? adus...akan mencuba baca sekali lagi...cuti musim panas nanti :) terima kasih
Comment by Azlin Halim on 4 Jun 2008 pada 1:14 PTG
andai kota itu peradaban
rumah kami adalah budaya
menurut ibu tiang serinya adalah agama..
-setiap kali bace caption tu dlm setiap permulaan bab die, tiba2 satu semangat cintakan agama pasti akan menyusup kedalam hati..
Comment by djambu puadovich on 4 Jun 2008 pada 2:31 PTG
pada aku, caption tu menunjukkan betapa peri pentingnya peranan agama dlm membina sesuatu peradaban...pegangan agama yg xkukuh menyebabkan suatu kota peradaban tu runtuh dgn mudah...
[aku kah yg berkata2?] :P
Comment by Azlin Halim on 5 Jun 2008 pada 7:03 PG
ahaha..
mengaku je la..ada satu sudut dlm diri ko utk berkata2 benar dan puitis..drpd asyik mengarut2 je..
Comment by djambu puadovich on 5 Jun 2008 pada 7:45 PG
aku selalu mengarut ke?
tu puitis gak sebenarnya, cuma belum dimurnikan je lagi...hahaha :P
Comment by Vann on 12 Jun 2008 pada 5:14 PG
tak pernah mampu untuk baca habis karya FT...seperenggan saja sahaja mampu buat kita berfikir untuk seminggu....
Buku ini remind me about an Iranian Movie..tak ingat tajuk dia...
Comment by djambu puadovich on 12 Jun 2008 pada 8:27 PG
movie iran? yg mana satu ek? sy pun xperasan. tp siapa2 yg pernah dgr nama faisal tehrani, mesti tau sangkutpaut dia dgn iran. xkesah la teheran ke, imam khomeini ke, syiah ke, ahmadinejad ke...[i'm saying this not in a bad way]
Comment by uShop on 12 Jun 2008 pada 8:36 PG
dh kat 2 minggu aku pegang buku ni, tapi x abis2 bace lg..masok bab baru, aku dh selak balik bab sebelomnye~~~kui3
Comment by djambu puadovich on 12 Jun 2008 pada 4:22 PTG
tu a ko...baca buku, kepala ingat benda lain...keh3...pastu selang2 Tuhan Manusia dgn NFSU...mane nak abes...:P
Catat Ulasan