aku dapat tau ttg novel ni lepas baca entry dari che lin@nadzrin. masa tu, dia kata nak buat reviu lepas baca [rujuk sini] dan postkan kat blog dia. tp tunggu punya tunggu punya tunggu, reviu xtimbul2. maka, aku pun beli saja dan baca. [aku mintak akak aku beli secara online dan poskan sekali dgn 'bekalan'2 aku yg mak dah sediakan]. che lin, aku tau ko busy. nah, sikit sumbangan dr aku. :)


novel cereka ni mengisahkan Fatimah, anak Pak Teh Mat Khir [alamak, lupa la pulak nama pakcik ni. xdpt nk rujuk sbb ada org pinjam novel. isk3] seorang usahanita yg menjalankan perniagaan membuat dan menjual gendang tradisional Melayu. Fatimah ni juga pandai bermain gendang dan mempunyai minat yg mendalam sejak kecil lagi dlm seni gendang ni. malah, dia seorang sahaja dr kalangan adik-beradiknya yg berminat dan berjaya mewarisi ilmu seni gendang dr ayahnya. dalam mengharungi dunia perniagaan dan seni gendang, pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dihadapi.

pada aku novel ni sangat menarik dari segi kandungan ceritanya. banyak ilmu, seni dan kemahiran orang Melayu yg aku sangat yakin dah xada orang tahu. sbg contoh, ilmu cara menghasilkan gendang, seni muzik tradisi Melayu [yang setiap kali dengar pun, xpernah gagal untuk menaikkan 'semangat'], ilmu menjejak dlm hutan, ilmu menenung [mcm Pak Belalang cerita P.Ramlee], ilmu santau dan macam2 ilmu lagi. bukan la pulak aku nk suruh sume org kembali hidup dlm zaman dulukala, tp tiada ilmu yg xberguna. bila dah hilang, kan rugi?

dalam novel ni jugak, penulis a.k.a Serunai Faqir sempat menyatakan kekecewaannya terhadap anak2 Melayu yg melupakan seni budaya bangsa spt seni silat,muzik tradisi dan bahasa mereka sendiri. apatah lagi, rejimen askar Melayu diraja pun main muzik guna 'bagpipe' Scotland masa perbarisan! mana ke 'melayu'nye...juga kepada sikap sesetengah org Melayu yg xhabis2 dgn dengki sesama Melayu.

pun begitu, ada beberapa cela/'flaw' dlm novel ni. yang aku nampak ada tiga.

satu, masalah dlm perniagaan gendang Pn. Fatimah ni timbul sbb ada org kata bahan yg digunakan x halal [guna alkohol] dan menyebabkan tender beliau dikaji semula oleh pihak Kementerian. pada aku [tapi aku mungkin salah], isu ni x wujud langsung. sbb apa? sbb semua org tau pelarut yg nak larutkan varnis/lekar utk disapu kat kayu ialah spirit/alkohol. dah berzaman2 org larutkan varnis/lekar pakai spirit, xda sapa komplen pun. lagi pulak, skrg ni, alkohol sintetik dah buleh bawak dlm solat pun. fatwa dah keluar. so, xkan timbul masalah utk disapu pada kayu. lain la kalo guna berus bulu babi ke, kulit gendang tu kulit babi ke, kulit org perempuan mati bersalin ke, ada jampi serapah yg syirik ke ape ke.

dua, cara penyusunan plot dan peristiwa ada kelam kabut sikit. aku pun xberapa mahir dlm ilmu penulisan novel, tapi bila dibaca, kdg2 rasa 'sesat'. cerita kdg2 mcm tergantung. mungkin juga cara penulis novel ni nak buat elemen saspens atau nk pastikan pembaca terus membaca. boleh diperbaiki di situ.

tiga, banyak sangat perkataan yg baru/asing kepada pembaca. cthnya, perkataan 'astagina'. mmg la niat meletakkan perkataan baru ni baik utk memperkaya perbendaharaan kata tapi lagi baik kalau pihak penerbit buku letakkan ruangan glosari kat belakang.

kesimpulannya, x rugi siapa2 yg nk mengetahui sikit drpd lautan khazanah ilmu Melayu membeli novel ni. tapi ingat, adat dan adab ilmu Melayu mesti berguru. kalau ada apa2 yg xjelas ttg petua2 dlm novel ni, sila la cari org2 yg tahu dan bertanya.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati