aku dapat tau ttg novel ni lepas baca entry dari che lin@nadzrin. masa tu, dia kata nak buat reviu lepas baca [rujuk sini] dan postkan kat blog dia. tp tunggu punya tunggu punya tunggu, reviu xtimbul2. maka, aku pun beli saja dan baca. [aku mintak akak aku beli secara online dan poskan sekali dgn 'bekalan'2 aku yg mak dah sediakan]. che lin, aku tau ko busy. nah, sikit sumbangan dr aku. :)
novel cereka ni mengisahkan Fatimah, anak Pak Teh Mat Khir [alamak, lupa la pulak nama pakcik ni. xdpt nk rujuk sbb ada org pinjam novel. isk3] seorang usahanita yg menjalankan perniagaan membuat dan menjual gendang tradisional Melayu. Fatimah ni juga pandai bermain gendang dan mempunyai minat yg mendalam sejak kecil lagi dlm seni gendang ni. malah, dia seorang sahaja dr kalangan adik-beradiknya yg berminat dan berjaya mewarisi ilmu seni gendang dr ayahnya. dalam mengharungi dunia perniagaan dan seni gendang, pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dihadapi.
pada aku novel ni sangat menarik dari segi kandungan ceritanya. banyak ilmu, seni dan kemahiran orang Melayu yg aku sangat yakin dah xada orang tahu. sbg contoh, ilmu cara menghasilkan gendang, seni muzik tradisi Melayu [yang setiap kali dengar pun, xpernah gagal untuk menaikkan 'semangat'], ilmu menjejak dlm hutan, ilmu menenung [mcm Pak Belalang cerita P.Ramlee], ilmu santau dan macam2 ilmu lagi. bukan la pulak aku nk suruh sume org kembali hidup dlm zaman dulukala, tp tiada ilmu yg xberguna. bila dah hilang, kan rugi?
dalam novel ni jugak, penulis a.k.a Serunai Faqir sempat menyatakan kekecewaannya terhadap anak2 Melayu yg melupakan seni budaya bangsa spt seni silat,muzik tradisi dan bahasa mereka sendiri. apatah lagi, rejimen askar Melayu diraja pun main muzik guna 'bagpipe' Scotland masa perbarisan! mana ke 'melayu'nye...juga kepada sikap sesetengah org Melayu yg xhabis2 dgn dengki sesama Melayu.
pun begitu, ada beberapa cela/'flaw' dlm novel ni. yang aku nampak ada tiga.
satu, masalah dlm perniagaan gendang Pn. Fatimah ni timbul sbb ada org kata bahan yg digunakan x halal [guna alkohol] dan menyebabkan tender beliau dikaji semula oleh pihak Kementerian. pada aku [tapi aku mungkin salah], isu ni x wujud langsung. sbb apa? sbb semua org tau pelarut yg nak larutkan varnis/lekar utk disapu kat kayu ialah spirit/alkohol. dah berzaman2 org larutkan varnis/lekar pakai spirit, xda sapa komplen pun. lagi pulak, skrg ni, alkohol sintetik dah buleh bawak dlm solat pun. fatwa dah keluar. so, xkan timbul masalah utk disapu pada kayu. lain la kalo guna berus bulu babi ke, kulit gendang tu kulit babi ke, kulit org perempuan mati bersalin ke, ada jampi serapah yg syirik ke ape ke.
dua, cara penyusunan plot dan peristiwa ada kelam kabut sikit. aku pun xberapa mahir dlm ilmu penulisan novel, tapi bila dibaca, kdg2 rasa 'sesat'. cerita kdg2 mcm tergantung. mungkin juga cara penulis novel ni nak buat elemen saspens atau nk pastikan pembaca terus membaca. boleh diperbaiki di situ.
tiga, banyak sangat perkataan yg baru/asing kepada pembaca. cthnya, perkataan 'astagina'. mmg la niat meletakkan perkataan baru ni baik utk memperkaya perbendaharaan kata tapi lagi baik kalau pihak penerbit buku letakkan ruangan glosari kat belakang.
kesimpulannya, x rugi siapa2 yg nk mengetahui sikit drpd lautan khazanah ilmu Melayu membeli novel ni. tapi ingat, adat dan adab ilmu Melayu mesti berguru. kalau ada apa2 yg xjelas ttg petua2 dlm novel ni, sila la cari org2 yg tahu dan bertanya.
7 comments
Comment by Tanpa Nama on 10 Jun 2008 pada 10:38 PG
terima kasih atas komen sdr, dan juga kerana membeli novel saya yang prtama ini. Hehehe ... maklumlah baru pertama buat novel. Ttg paersoalan sdr tu - Sebenarnya saya letakkan isu kulit babi, tapi DBP tak barsetuju dan mengatakan ia membabitkan isu perkauman, jadi masa tu kepala dah fenin2 lalat, maka saya lanyak je taruk varnis ada alkohol (silap saya tak check dulu ...)
Kedua - mmg plot sengaja letakkan begitu supaya nampak 'kelam -kabut', biar nampak kmplikated skit, konon2 ala naruto aaaa ..akekekeke
glosari dah buat - dbp tak print kot?
apa2 hal tunggukan novel kisah mistik dalam alam persilatan, Insyallah tak lama lagi ...
dan jemput ke blog resensi buku dan filem saya di :
http://ketikamembaca.blogspot.com/
Comment by Rasha_rz on 10 Jun 2008 pada 1:24 PTG
hai, pertama kali kak ila ngendap di sini melalui tingkap sf. 1 je nak komen kat adik, walaupun baru ke sini, kak ila nak juga komplin. sory ha. tu, si mata bulat tu. menganggu betul. tak suka lawak bodoh dia.
Comment by djambu puadovich on 11 Jun 2008 pada 7:57 PG
@ serunai faqir,
sama2 atas kesudian menziarah balas blog yg xseberapa ni...lain kali boleh a dtg lagi. blog ni pun terbuka utk kunjungan dan komen2 wlpn isu2 nya xda la yg penting sgt pun. hanya kehidupan perantau yg sederhana. cewah!
ada nak buat novel lagi ke? woah, mesti beli!!! :P
@kak ila,
bertenang kak ila. saya dah bg amaran kat dia siap2. jgn buat apa2 lawak bodoh, duduk kat frame tu diam2. kalo tetiba dia nak keluar sergah kak ila, sy padam dia :P
Comment by Murlak_s on 13 Jun 2008 pada 5:23 PTG
salam..
yeop, bab glosari tue, aku rasa nie la masanya ko patut bli kamus dewan bahasa dan pustaka yang baru (aku x tau edisi bape, last aku tau edisi 3).. and i think that is what novel is all about, to make u learn language and have the initiative to look at dictionary.. bagus la ko.. rajin.. aku.. last novel.. ummm.. x ingat.. 2nd or 3rd last novel, x lain x bukan, konserto terakhir.. haha..
Comment by djambu puadovich on 13 Jun 2008 pada 8:19 PTG
salam murlak,
ckp byk xnk. sila la skrol bwh2 sket, tgk link2 kegemaran aku dan baca: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA...online beb, online! hahaha...kamus online! ;)
Comment by Murlak_s on 14 Jun 2008 pada 4:21 PTG
ok la tue.. dah dapat kamus online.. so, refer je la.. haha.. x yah gado ngan aku.. ko takkan menang.. coz aku x baca novel dah.. bukan anti, tapi aku pemalas.. um.. sbb dulu aku penah baca yang ayat dia.. pergh.. terkeluar nanah kat telinga beb.. kecut semua kelenjar2 dalam badan aku... urgh... geli ada.. poyo pun ada.. tapi nak buat cemana, dah plot.. "direktor dah suh buat cenggitu..." kata abg aku suatu ketika dahulu.. rakian, aku mengundur diri.. haha..
Comment by djambu puadovich on 14 Jun 2008 pada 5:19 PTG
aa?
"haha.. x yah gado ngan aku.. ko takkan menang.."
aku dah kompius dah ni. mcm ne aku nk menang, ko yg suruh jgn gado? x aci a beb mcm ni. gado xberani, pastu mengaku menang. huhuhu :P ko ni, memalukan team debate UIA la...
ko yg salah beli novel kot, jgn salahkan novel2 yg xbermain kata2 cinta. hehe. lenkali, cari reviu dulu, baru beli.
"tapi aku pemalas"
hehe...aku xnk/xbleh ckp apa dah...
Catat Ulasan