kita dah sampai kat kiev ni...nampak gayanye...

salji lebat gile, dan jarak pandangan dlm 1-2 km je...

mlm ni ialah mlm tahun baru. spt biasa, aktiviti kitorg ialah...berparti sepanjang malam di bandar sambil layan konsert dok kat bilik je, layan movie...

ni ialah catatan perjalanan aku ke kiev hari tu.

1st day:
sampai di kiev. ini ialah pemandangan di stesen keretapi kiev. masih ragu2, adakah boleh bersiar2 di kota bersama suh yu? utk makluman, ini kali pertama suh yu keluar dr kawasan Odessa, dgn keretapi. tiba di stesen keretapi, kitorg ke McD untuk menanti effie utk menukar rencana hari tu. kami memutuskan utk terus ke rumah Kak Su dan Encik Ruzaimi (setiausaha 1, kedutaan Malaysia) dan menanti cuaca baik.

dlm pukul 1pm, kitorg pun keluar menghantar irma ke stesen keretapi untuk dia mengambil bas ke lpgn terbang Borispol. dia nak ke UK, umah akak dia. aku dulu pun penah singgah di Borispol, tp aku dulu amik flight dr Odessa. x merasa ke sana naik bas. tambang bas dari stesen keretapi ke lpgn terbang ialah UAH25 [ada a dlm RM11].

lps tu kami pun ronda2 dgn effie sbg guide. dari hentian bas ke lpgn terbang, kitorg menapak ke hentian trolibas. amik trolibas 17 ke khreshchatyk. effie kata tambang bas dah naik, Metro pun sama. dulu UAH0.50 je [dlm RM0.25], skrg dah UAH2. mahal 4 kali wooo!!!

aku di khreshchatyk, 22.

gambar yg aku petik di khreshchatyk, 22



hajar, suh yu dan aku

bila dah gelap, kami pun balik...masa tgh berpeleseran tu, baru teringat yg doa akhir tahun dan awal tahun xbaca lg. adoiyaiii...

2nd day:
hari ni nak ke pejabat kedutaan sebab nak amik pasport baru. yeayyy!!!
pasport dah siap. kat pejabat, sempat jumpa dgn Dato' Abdullah Sani Omar, Duta Besar Malaysia ke Ukraine dan Setiausaha 2, Encik Nordin. sembang2 sikit lebih kurang [diorg pun ada kerja, xnk ganggu] kitorg pun sambung ronda2. kali ni aku yg bwk. selambe jek! wlpn aku bukan org Kiev, setakat jalan sket2 tu boleh aa. xda hal punya! hajar dgn suh yu pun terpaksa la buat2 konfiden dgn aku. haha

dari pejabat kedutaan, kami amik Metro (stesen Vydubychi) ke Zoloti Vorota. ni ialah tinggalan kota Kiev purba. dari situ, kami menapak sampai ke Katedral Sofievsky dan langsung ke Andriyvsky Uzviz. Andriyvsky Uzviz ni ialah jalan turun bukit. kalo musim panas, spjg jln ni ada gerai cenderahati. mcm2 ada jual cthny magnet, gelas vodka [gelas vodka kecik je, org xminum byk2 sbb vodka ni kuat], matryoshka, rantai kunci, kain ruchnik, ukiran kayu, miniatur2 timah, pingat2 dan lencana2 era soviet, kad2 propaganda, t-shirt dan potret2. kalo nk lukis potret sendiri pun buleh.

suh yu: i think this pose is soooooo lame. don't u agree?
djumboo: me too. but do u have any other ideas?

askar2 timah...mcm nutcracker prince tu, tp yg ni mengingatkan kpd LOTR sbb ada naga2 n pedang2

rumah mikhail bulgakov kat Andriyvskiy Uzviz...siapa mikhail bulgakov? klik sini

malam tu, selepas makan dan bersiap2, kami pun amik tren balik ke odessa.

setinggi2 penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada warga pejabat kedutaan atas khidmat yang baik. terima kasih juga kepada pasangan Encik Ruzaimi dan Kak Suzila sbb bagi kami tumpang tido, makan dan mandi. hehe. thanks jugak kpd Ruby dan Kak Irza sbb belanja naik Metro mlm tu [free-loader tol aku ni!]

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati