Archives

kerja gila

antara perkara yg aku dapat masa sekolah2 dulu, ialah ini:

"al-syaab hiya syu'batun min al-junuun"

pepatah arab [ke riwayat dari para sahabat? aku pun x cam dah] yang maknenye "masa muda remaja itu, sebahagian dari kegilaan". ni siapa2 yg penah dgr versi yg betul, sila perbetulkan aku. aku masa dapat ni dulu, x tulis. perasan dhobit, buleh hafal terus. haha. bajet sungguh aku.

sekali imbas je dah tau ape maknanye. kalau ada yg xtau, meh aku terangkan.

maknanye, kalau budak2 muda remaja buat kerja gila, itu ialah perkara biasa. sebab dia masih muda...

aku pun muda lagi, so, kdg2 aku pun buat kerja gila jugak. masih dikira normal.

normal kalo tgk org dlm tv, budak2 muda pegi terjun bungee, pegi white river-rafting, pegi terjun kapal terbang dan pegi buat akrobatik dgn basikal ke ape ke. yg x normal ialah kalo warga tua yg buat. patah rusuk baru nak bertobat. hahaha


ada satu lagi kerja gila yg budak2 muda suka buat.

bercinta. bercinta tak tentu pasal, tak tentu hujung pangkal, tak kenal hati budi, bercinta tapi xda duit sendiri. haha!

owh, bab ni kalau nak berkisah, mmg xkan habis pny. berjela2, berhari2 pun xkan sampai hujung. mcm2 perangai org bercinta kita boleh dgr. cinta antara benua la, cinta terhalang oleh org tua la [mcm lagu fauziah latif plak], cinta bertepuk sebelah tgn la, cinta berganti2 la dan bermacam ragam. sebab tu la x boleh habis. sebab masing2 ada cara, gaya dan metode sendiri berhadapan dgn benda ni. kalo budak2 lelaki, mmg sah akan bertanding siapa dapat tekel siapa, mcm mana, ada surat ke, dpt pegang tgn ke dan ape2 lagi la.

oopp!!! nanti kejap. ni bukan aku nak kongsi kisah cinta aku yg xseberapa ni. bukan juga aku nk bercerita hukum hakam bercinta dlm islam. bab tu, sila tny ustaz2 masing2 kat surau, maktab atau sekolah/kolej. nak bagi nasihat jgn bercinta pun jauh sekali. nak kongsi petua mengorat pun x, sbb petua mengorat aku xpenah jadi. tgk, aku masih single. hahaha :D

ni yg aku harap dpt sampai kpd pembaca aku ialah, membuat kerja gila dgn akal yg sedar. kerja gila di sini maknanye BERCINTA.

ya, x dinafikan, masa muda remaja kat sekolah ni la rasa bercinta tu best. ada satu macam rasa yg xboleh diterangkan. org putih kata 'intangible'. rasa ada org amik berat, rasa seronok bila org bagi hadiah [wlpn hanya sebungkus twisties perisa kari], rasa cemburu sket, rasa termotivasi dsb. kdg2 rasa mcm dah dewasa gile babi sampai dah berangan dah kawin letak nama anak dah.

TETTTTTT!!!! *semakan realiti* sila sedar yg anda belum habis sekolah. anda belum habis periksa SPM. anda tak ada gaji. makan pakai anda mak bapak anda tanggung. untuk gadis2, tuala wanita anda pun mak anda yg peringat suruh beli. untuk pria2, anda masih belum masuk ke universiti di mana terdapat lebih ramai awek yg lebih cun dprd awek skolah menengah yg boleh anda tekel. hahaha. DUSHHH!!!

hakikatnya, anda masih belum bersedia.

pengalaman aku, mak aku xpenah cakap, "JANGAN MENGGATAL NAK BERCINTA. MAK ROTAN NANTI BARU TAHU!!!".

mak aku ckp gini, "habiskan satu persatu. habiskan sekolah, habis belajar lepas tu kerja. lepas tu kawin le...kenapa? dah ada awek ke?" [wlpn aku cuba nk merahsiakan kegiatan cinta tak berhasil aku tu dulu, tapi aku sgt yakin mak abah aku dpt detect dgn bil telefon yang melambung2 smpi abah aku suh tuka pakai prepaid.haha. ya ampuuuun abah, remaja itu gila!]

kesimpulannya, kalo nk bercinta, bercinta la dgn akal yg sedar. kalo x sanggup, jangan mula. sesiapa yg sedar akan penghujung cinta yg x pasti, yakinlah bahawa bila dah sampai penghujung, kita semua akan ketawakan kegilaan kita sendiri.

hahahaha.

[berapa bintang nak letak ni?]

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

capati dan kuah dhal

roti dan kuah dhal [sajian 3 orang pelahap]

hari tu aku xpegi latihan. aku berlatih dgn benda lain plak...



bwg putih, bwg besar, lobak dan ubi kentang



kacang dhal/parpu...kat sini namanye горох [gorokh]. sila rebus sampai empuk, tos dan sejukkan



bila dah potong, rupenye gini. jgn potong kecik2 sgt pulak. nanti kentang hancur, xsedap



ikan bilis sumbangan aswad. kisar

lepas tu, buleh la tumis bwg putih, bwg besar, ikan bilis dan rempah kari. ada kayu manis, letak. ada halia, letak. ada buah pelaga, letak. ada bunga lawang, letak. aku ada kayu manis je. huhuhu



mcm ni...



ni la sesi latihan aku. latihan menguli tepung sambil mengangkat dumbell yg berkilat2, lepas tu togok air sebotol...acah je. xyah angkat dumbell pun...penat x abes...haha



uli, uli, uli, uli



uli, uli, uli lagi sampai urat tgn yg sasa timbul dan otot menjadi kekar...[sebenarnya venous filling sbb tgn dlm keadaan menegak. darah terkumpul dan urat pun timbul]...ketiak sudah pn basah ketika ini :P



rehatkan tepung...kita pun berehat sekali la...

lupa pulak nk pesan. kuah tadi masukkan kentang. bila kentang agak2 nk empuk, lambakkan kacang, tambah air sket. masukkan asam keping 2 keping dan cili kering [sumbangan aswad jugak] dan setengah paket serbuk santan [sumbangan nadia]...hidup aku dlm sumbangan org...hahaha



dah berehat, boleh la canai dan goreng. goreng tanpa minyak untuk hidup lebih sehat!

selamat makan!

gambar yg dah siap xsempat ketik sebab dah lapar, xlarat nak tunggu. lg pun, hasilnye xlawa, segan nk tyg kat sini. kui kui kui....

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

tulisan tgn

1. Your name/username:
2. Left handed or right handed:
3. Favorite letter to write:
4. Least favorite letter to write:
5. Write "The quick brown fox jumps over the lazy dog":
6. Tag 6 people:



lagi 4 org, sape yg rajin buat le...:P

[haha, aku yg xnk membazir kertas]

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

kreativiti tanpa batasan

UPDATE: IDEA AKU SIKIT LAGI NK SERUPA DGN CDGN DR. ASRI :p

PILATES

ni satu cadangan/opsyen utk org2 yg nak jugak cari pusat2 latihan yoga. aku malas nk terangkan kat sini. sila baca sendiri dan cari rujukan2 lain kat internet.

memula dulu aku ada pendapat yg aku nk ckp pasal yoga ni. tp lps aku bertanya kpd org2 yg lebih berpengetahuan, maka aku batalkan niat aku. silap2 aku plak yg menyimpang. hehehe. so, skrg fatwa dah keluar, adalah menjadi tanggungjwb muslim utk mendengar apa fatwa tu ckp, dan nilai diri sendiri.

2-3 hari lepas, aku ada download dokumentari islam: empire of faith. ada 3 siri. siri 1: the messenger, berkisar tentang kehidupan dan sejarah rasulullah SAW. siri 2: the awakening, tentang zaman kegemilangan islam, perkembangan ilmu perubatan, falsafah dan kejuruteraan. siri 3: the ottomans, pasal asal usul kerajaan turki uthmaniah.

yang aku nk highlightkan ialah siri 2: the awakening. zaman perkembangan ilmu islam. zaman tu melahirkan ribuan tokoh ilmuwan. mcm mana diorg dapat ilmu dan dari mana? tokoh falsafah zaman tu kaji falsafah greek, tokoh matematik dapat ilmu dari matematik tamadun india. ilmu matematik tu dikembangbiakkan dan hasilnya mcm ilmu algebra dan sistem nombor arab [sistem nombor ada 2, sistem roman dan sistem arab].

jom kita tgk masalah org kita sekarang.

degil xnk dgr fatwa ulama.

kenapa xnk contohi umat islam cerdik pandai zaman dulu?

sedikit sebanyak fatwa larangan ni sebenarnya mencungkil kreativiti umat islam. org2 yg giat dgn benda ni kena la kreatif sambil tak melupakan tuntutan agama. belajar la ilmu yoga tu, lps tu pisahkan la yg mana jasmani, yg mana rohani yg xbuleh ngam dgn akidah muslim. kembangkan jd ilmu kesihatan jasmani yg baru. tukar nama, jgn panggil nama yoga dah. panggil la nama yg moden sket.

habis cerita, semua org puas hati.

kalo nak cerita pasal pembersihan ilmu ni, abah aku ada je cerita bab pembersihan ilmu silat. abah aku cakap, dulu2 ustaz2, ulama2 semua ada ilmu silat. ustaz2 zaman sekarang je yg xreti ilmu silat ni. tanggungjawab org berilmu agama la nk bersihkan ilmu ni supaya org ramai buleh belajar ilmu yg betul, yg dituntut oleh agama. ilmu yg mengajar disiplin, menyihatkan badan, menjaga diri dan pelbagai men- lagi.

buleh pakai x idea aku?

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

demi gilleco...

* Take a recent photo of yourself OR take a picture of yourself..
* DON'T change your cloth. DON'T fix your hair, just take a picture.
* Post that picture with NO editing.
* Post this instruction with your picture.
* Tag 10 people to do this.



ok la, ni bukan aku...ni ialah mimpi ngeri budak2 medic kat detskaya bolnitsa...x caya, tanya linda. hahaha. tapi salihin/gilleco minat kat dia. kui3

ni ialah aku. masa ni jambang x tumbuh lagi...gamba bulan puasa hari tu...tu kira recent la jugak kan? kan? kan? :-P

aku xnk tag sape2. suka aku la! hahaha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

MAKHHH


"suatu hari, semua orang dalam dunia akan bertutur bahasa Mongol..."

korang kenal Temujin?

korang kenal Genghis Khan?

kalo x, maknenye korang dah terlepas pandang salah seorang tokoh terkenal dalam sejarah ketamadunan manusia atas muka bumi nih.

Genghis Khan ialah maharaja mongol yang bertanggungjawab menyatupadukan seluruh bangsa mongol dan membolehkan mereka menewaskan tamadun China, tamadun Islam dan tamadun Eropah. gempak x gempak mamat ni?

dari kecik, kehidupan yg gasar di tengah2 steppe mongolia, kehidupan Temujin diwarnai dgn pelbagai tragedi yang mematangkannya. dia ni anak ketua puak dia. satu hari tu, abah dia kena racun pastu mati. Temujin ni pulak hampir2 kena bunuh dgn satu pakcik ni sbb pakcik ni nak jadi ketua.

sampai satu ketika, Temujin kena tangkap dan dijual sbg hamba kat china. akhirnya dia mintak satu sami buddha ni sampaikan mesej kat isteri dia [yang gigih tunggu dia wlpn dah berapa lama si Temujin ni x balik] dan isteri dia ni datang dan bebaskan dia.

filem ni menunjukkan keadaan zaman yang betul2 barbaric, dgn kostum2 yg realistik.

ingat pesan Genghis Khan untuk mencari pasangan:
  1. cari isteri yang matanya sepet, supaya semangat jahat susah nak masuk dan merasuknya
  2. muka yang cantik ialah muka yang rata [hidung xmau yg mancung2!]
  3. kakinya mesti kuat, untuk kebahagiaan rumah tangga...[aku pun xpaham bab ni...org mongol je yg paham kot...]
kalo nak download, cari yg ada subtitle sebab cerita ni dlm bahasa mongol. best cakap lu! sikit lagi nak sama mcm lord of the rings...

*makh tu daging dlm bahasa mongol...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

tesis silat cekak



entry ini tidak memihak kepada mana2 pihak persatuan, CH, CM ataupun CPH [cekak pusaka hanafi]

beberapa minggu lepas aku ada download tesis silat cekak dari satu web multiply ni. klik SINI kalo nk download.

tesis ni merupakan satu hasil kajian pn. halimah hj ahmad semasa pengajiannya di UM sekitar 70-an dulu. dalam tulisannya ni, beliau mengkaji riwayat hidup dan perjalanan suka duka allahyarham ustaz hanafi hj ahmad dalam menerajui persatuan silat cekak.

drpd tesis ni, pembaca buleh mengetahui latar belakang pendidikan agama allahyarham ustaz, pengalaman ustaz belajar pelbagai jenis silat, menjual ubat dan bagaimana ustaz akhirnya menuntut ilmu silat cekak dari guru yahya said.

sedikit mengenai perjalanan ustaz mengembangkan silat ni, bermacam2 rintangan yg ustaz hadapi. ada org nk racun beliau, nak fitnah, nak cemar nama baik beliau dan nak belasah pn ada. punya la susah hidup beliau masa kat kedah, sampaikan keluarga beliau sisihkan beliau dan akhirnya ustaz berhijrah ke kuala lumpur. masa tu, lagi la ramai org ketawakan beliau sebab cita2 beliau nak ajar silat kat org bandar. pada mata masyarakat, org bandar lagi la xrajin nk belajar silat2 ni. silap besar la diorg, lepas ustaz berjaya kembangkan silat cekak kat universiti2, baru la byk silat2 lain nk promo kat IPT2.

dalam tesis ni jugak ada beberapa penerangan mengenai isu silat cekak dan silat kalimah, pendapat ustaz mengenai silat gayung dan silat lincah dan testimoni2 penuntut2 silat cekak yg pada masa ini menerajui persatuan silat cekak hanafi, silat cekak malaysia serta silat cekak pusaka hanafi.

aku sekarang ni musykil, ada lagi x pelajar2 universiti kat malaysia yg buat tesis seumpama ini lagi? pelajar2 akademi pengajian melayu kat UM xnk buat ke? aku rasa, tersangat la pentingnya tesis semacam ni dibuat terhadap silat2 melayu yg lain kat malaysia ni demi mendokumentasi silat2 tersebut supaya salasilah ilmu dan perguruan x hilang. baru la org buleh kaji ilmu silat ni secara lebih akademik dan xda la masalah nk dakwa-dakwi di kemudian hari...banyak je kalo nak disenaraikan silat kat malaysia.

contoh silat kat malaysia termasuk la
  • silat cekak
  • silat gayung [yg bermacam2 pecahan, masing2 mengikut anak2 murid almarhum datuk meor abd rahman]
  • silat lincah
  • silat kuntau tekpi
  • silat melayu keris lok 9
  • silat abjad
  • silat sendeng
  • silat terlak
  • silat lintau
  • silat harimau
  • silat kalimah
  • silat lian
  • dan bermacam2 jenis silat lagi
sape2 yg ada jumpa tesis mengenai silat lain, buleh a bitau aku ye...tq

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

tagged! i'm it...

it has been a while since i have been tagged...

1. List these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog.
3. Tell 6 unspectacular quirks on yours.
4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
5. Link the person who tagged you.
6. Leave a comment for each blogger.

7 facts abt me:

  1. i'm a guy
  2. i'm a malay guy
  3. i'm a malay malaysian guy
  4. i'm a malay malaysian guy who comes from perak
  5. i'm a muslim malay malaysian guy who comes from perak
  6. i'm a muslim malay malaysian guy who comes from perak and currently studying medicine
  7. i have just put 6 facts about myself. there, 7 facts about me.
hahaha

6 unspectacular quirks:
  1. i am very bad in handling things with wheels. this means i can't roller blade, i can't do much tricks with bikes, i took my driver's license twice
  2. i have problems swimming. i can't be calm enough to float and i tire easily
  3. i a fan of the starwars series but i didn't watch clone wars the animation bcoz the reviews said it was bad
  4. i believe house md, grays anatomy and ER have educational values
  5. i read my emails daily eventhough usually what i get is spam
  6. i read news about politics but i don't want to be a politician
here is the link to kak yong/nurul huda bt alwi

7 persons to tag...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

terima kasih!


hari tu, bungkusan yg aku xberapa tunggu dah tiba.

aku xberapa tunggu sbb aku x jangka benda tu akan sampai sbb selalunye bungkusan amik masa 2 minggu je utk sampai. bungkusan ni dah dekat sebulan. aku hampir putus asa.

kdg2 aku juga digelar brad pitt...[kan cik nadrah kan? kan? kan?]

dalam ada kad raya [ucapan utk mata aku saje], sebalang biskut raya yg terlewat, dan bungkusan serbuk santan dan rendang segera berahim's utk raya haji yg mendatang

terima kasih kpd cik nurul nadia bt Dr. mohamad shahrum. u mmg rawk! sy tetap dangdut. muekekekeke!

p/s: org lain jgn jeles...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

mentally-retarded hospital

kodok yg berwajah 'bengang' sambil linda gelak2

semalam sepatutnya ada medical check-up utk semua pelajar tahun 5 OSMU. starost ckp dtg kul 8:30-9:00am.

sebelum2 ni, med-osmotr berlangsung spjg hari. so, xda masalah nk dtg lambat ke cepat. kitorg dgn lewanya tiba kat hosp kul 9:45am. dlm pjlnan ke hosp, ah prof dpt call kata registration utk med-osmotr dah tutup kul 9. skrg ni sape2 dtg lambat xkn dilayan.

WTH!!!!

kitorg teruskan je la pjalanan, dgn harapan buleh la pujuk2 admin supaya bleh gak wat med-osmotr. bukan ape, sbb hosp tenistaya ni jauh, dan kitorg pb xrajin nk jln jauh2 nk ngadap med-osmotr. kalo dulu, masa 2nd 3rd year dlu, lagi la seksa sbb nk kene beratur pjg dgn budak2 pedagog institut la, national institut la ape la. budak2 tu bukan reti beratur. sume pakat dtg, cop tempat, pastu lari minum kopi/isap rokok. lps tu, bila ko dah ada dpn pintu, diorg pun ramai2 dtg, claim yg dia dok blkg mamat yg baru masuk td dan diorg secara automatik ada dpn ko. bukan saje dak2 U, org2 tua pun sama jugak.

memandangkn entry hari ni bukan nak kutuk isu ni, kita berbalik ke isu asal.

bila dah sampai kitorg terserempak dgn dak2 grup 5 dan grup2 lain. ada yg bangga dah setel [awal gile budak2 ni terpacak kat hosp] n ada yg merungut2 sbb xdpt buat.

kitorg pn akhirnya tergolong dgn org2 yg gagal wat med-osmotr.

starost tpon dean, dean ckp hari lain korg buat. tarikh akan diberitau kemudian...

bila dah bengang, apa lagi....

tgkp gamba laaa. hahaha

hospital yg retard. wlpn usHop ckp hospital ni paling bersih, canggih dsb, pd aku dia ttp retard

kami yg melepak sambil starost cuba bertindak terhadap admin hospital

kodok menyundal-kamera

kalo ikut logik, xda bilanye med-osmotr utk satu course buleh siap registration dlm stgh jam. diorg dah la kerja lembab nak maut. pastu satu course ni ada dlm 80 org lebih. padahal kalo bukak je kaunter registration tu pun xda sape nk merungut ke ape ke. med-osmotr ttp berjalan spjg hari. pemalas pny UKRENNNNN!!!!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

secular yoga

ok, now i'm writing this piece as a complete ignorant and i sincerely want any people reading this to enlighten me on the subject. i wish anybody responding to this to respond in a polite manner because i don't want to stir a havoc or anything. i just want the thing to be clear so that all of us can be happy :)

now there is this issue of yoga being considered as 'haram'/unlawful in islam. the professor who said this did so because the practice itself is deeply connected with hinduism and its beliefs. the islamic scholars a.k.a ulamas are currently discussing this thing in the National Fatwa Council. we all know that the muslims [including me] are very particular in our faith.

if you go and read about the issue in malaysia-today, you can find many people lambasting and ridiculing the National Fatwa Council for its attempt to clarify the faith issue in yoga. the common people commenting over there really gets on muslims' nerves. they claim to know much about the islamic rulings, being sarcastic about the legality of 'belly-dancing' in arab countries, proclaiming themselves as being ulamas and even to the extent of issuing a fatwa of their own.

now, these kinds of people are doing nothing to promote understanding inter-religious and inter-racial harmony in malaysia. calling others names won't help and they should know better.

coming back to the issue of faith, my martial-arts brother Nadzrin once told me this. each martial-art which originated from a particular culture is deeply entrenched in its regional religion and philosophy. all of them i.e. karate, judo, muay thai, taekwondo, kungfu and silat not excluded. this is because the art is developed through the ages and the old-masters incorporated philosphy in the martial-art to attain inner peace and ritual aspects play a vital role in spreading the arts. [bro Nadzrin, correct me on this if i'm wrong]

even silat, which is a malay art and includes rituals involving recitation of quranic verses, has to adhere to the guidelines made by JAKIM. this is to ensure the purity of islam is not tarnished. in some schools of silat, the islamic rituals is not even present and is practiced widely by non-malays and non-muslims. you can observe this in indonesian silat organisations and european silat clubs.

the question now, can the same be done to yoga, a form of exercise originated from the little continent of india?

should ulamas interfere in yoga practice? should not this issue be clarified by the hindu religious authorities? what is the limit of jurisdiction for the ulamas and hindu priests?

can yoga practice be secularized so that everyone can practice?

i have my own opinion but i want to hear other peoples opinions first. do leave your responses.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

kacip, taring, geraham kecil, geraham besar

hr rabu hr tu aku pegi jumpa doktor gigi. dr. gulfam nama dia, org india [tanah besar india]. sblm ni jumpa dgn kwn dia je. yg hr rabu lepas, dr. gulfam suh pegi jumpa HOD plak. gile special kes plak rasanya sbb smpi kene jumpa HOD. haha. terharu biru aku kejap.


masa HOD dok godek2 mulut aku, belek2 gigi aku, aku dgr a penerangan dia. buleh a tgkp sket2 wlpn dia bg penerangan guna istilah2 dental yg aku pn xtau.

katanya, rahang atas aku xperlu major adjustments. tpi rahang bwh yg kene ejas byk sbb nk pakai ruang byk, dlm 10mm. aku pelik sbb yg 'terpeleot'nya gigi kacip atas aku yg 2 batang. yg bwh plak dia nk ejas. dia kata maybe kene cabut, maybe xpayah. 50-50. hoho...HOD pn bleh penin kepala tgk gigi aku. unik sungguh gigi aku ni :P

mari kita lihat gigi aku yg unik.

smile for the camera

panoramic X-ray machine. berdiri kat tengah2 tu, gigit plastik kuning, telan air liur dan tahan posisi lidah, kemudian kamera dia akan pusing keliling kepala ko

hasil sinar-X panorama aku. gigi yg kuat dan sehat!!!

hari isnin ni nk kene pegi jumpa doc gulfam lg, nk wat impression/acuan plak

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

ikhlas vs etika

penulisan yg agak serius hari ni. sebagai respon kpd penulisan sdr effy.

ada riwayat menyatakan bahawa ibadat seseorang boleh dibahagi kepada 3 jenis:
  1. ibadat 'org awam'. ibadat org jenis ni ialah ibadat orang yg nak melepaskan syarat2 fardu/wajib. buat yg wajib, yg haram ditinggalkan.
  2. ibadat 'saudagar'. ibadat ni ibarat saudagar yg berniaga, yang mengharapkan keuntungan setimpal dengan pelaburan yg dikeluarkan. contohnya, si A berharap nak masuk syurga, maka dia pun beribadah demi mengharap balasan syurga.
  3. ibadat 'hamba'. ibadat jenis ni ialah ibadah yg tertinggi sekali nilainya kerana ibadah ni ialah ibadah yg ikhlas tanpa mengharapkn balasan. ibadat jenis ni selalunya dimiliki oleh para nabi dan wali
ada juga riwayat dari para wali zaman dahulukala, mereka ni beribadah demi mencapai keredhaan Allah taala. mereka mencari keredhaan sehinggalah ada yg berkata, 'jika aku mati dan keredhaan Allah ialah memasukkan aku dalam neraka, maka aku redha masuk neraka kerana redha Allah tu yg aku dambakan.'

ibadat mereka ni mmg sukar ditandingi sebab keikhlasan mereka beribadah dan mereka pun dah mencapai tahap merasai kemanisan iman. semakin mereka beribadah, semakin seronok dan semakin giat mereka beribadah. kalo org hisap dadah, makin seronok makin dihisap dan akhirnya gian. tapi gian beribadah xpe. jgn gian hisap dadah. memudaratkan!

ok, kita tinggalkan nabi dan wali sebentar. tu kisah zaman dahulukala, kita tgk zaman sekarang.

kalau kita tinjau keadaan negara2 muslim dan keadaan negara2 bukan muslim yg maju. kita boleh nampak negara2 muslim yg mundur, kotor, rasuah, xberetika dan berbagai kebejatan lagi. negara2 bukan muslim yg maju pun ada masalah kebejatan jugak, sbg contoh seks bebas, anak derhaka, kaki botol dsb. kita ketepikan isu tu kejap dan kita fokus ke aspek kebersihan, menepati waktu, menepati janji dan isu2 etika yg lain.

aku ambil satu aspek, iaitu kebersihan. dalam perkara sebegini, dlm pengamatan aku, diorg dah diterapkan dari kecil bahawa menjaga kebersihan tu adalah sangat penting dan bernilai. tak perlu diulang2 peringatan 'buang sampah disini, akan didenda rm500' atau lain2 amaran hukuman. mungkin pada peringkat awal saja, iaitu pada peringkat mendidik anak2 kecil, tapi bila dah dewasa, masing2 dah bertanggungjwb. sampah buang dlm tong, tahi anjing tuan anjing akan kutip dan buang dlm tong.

pokoknya, diorg diajar dari kecil, 'yang betul tu betul, yang salah tu salah.' diorg tak diajar 'kutip tahi anjing sebab denda tahi anjing bersepah rm500' sebaliknya diorg diajar 'tahi anjing yang bersepah tak menunjukkan identiti masyarakat bertamadun'.

kita amati balik pendekatan diorg dan aku semcm ternampak konsep 'keikhlasan' dalam cara diorg ni. cara 'sila kutip tahi anjing sebab tahi anjing adalah kotor' bukan 'kutip tahi anjing, kalo x, kene saman'.

ni bukan aku nk ckp yg non-muslim tu sama taraf dgn para nabi dan wali pulak. tp konsep para nabi dan wali tu diorg yg gunapakai. seharusnya kita yg muslim ni lebih berhak menggunapakai konsep tu. konsep yg sama kita boleh apply dalam mendidik generasi anak2 akan datang. misal kata, kita boleh ajar 'jangan berzina sebab berzina bukan amalan org islam yang bertamadun' selain daripada kita ajar 'berzina tu berdosa besar'.

amcm? boleh pakai x idea aku ni? kalo ada salah silap, sila la tegur. aku ni pun masih dlm kategori amal ibadat org awam. kdg2 buat dosa jugak. sama2 la kita perbaiki amalan kita :)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

beng! beng!

lubang keluar

kelas forensik, isnin 3 oktober 2008.

hari ni belajar tentang kecederaan akibat senjata api dan ciri2 senjata api. senjata api ada laras panjang (senapang dan raifal), laras pendek (pistol dan revolver, automatik/separa automatik) dan senjata api atipikal (buatan sendiri). peluru pulak ada peluru mata tajam, mata tumpul, penabur (shot), peluru sukan, peluru memburu, peluru perang dan peluru kapur. setiap peluru menghasilkan kesan kecederaan yg unik.

kecederaan akibat senjata api pulak, boleh dikelaskan kepada tembakan tembus, tembakan tak tembus dan kontusi [peluru terpantul, konon2 kebal la. haha]. jika ada tembakan tembus, jurubedahsiasat kena pastikan lubang mana peluru masuk (entry wound) dan lubang mana peluru keluar (exit wound). selalunya pada lubang masuk ada tisu hilang (minus tissue), kesan lelas, lebam, lecur dan saki baki jelaga (soot) dan serbuk peledak (gunpowder residues).

mengenai kesan tembakan peluru penabur, jurubedahsiasat boleh anggar jarak tembakan melalui corak kecederaan pada badan mangsa. jarak tembakan juga boleh dianggar jika ada kesan 'stanzmark'. kesan 'stanzmark' menandakan tembakan sentuh iaitu tembakan dengan senjata api menyentuh tubuh. tembakan sentuh juga selalunya tiada kesan lecur dan saki baki serbuk peledak. darah boleh dikesan di dalam muncung senjata api jika senjata api dijumpai.

balang kiri, kesan peluru penabur jarak 3-5 meter. balang kanan, kesan tembakan pistol, lubang masuk

hari ni, xpegi bilik mayat sebab xda orang mati ditembak semalam. balik2 bunuh diri, balik2 bunuh diri...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

hurrah! hurrah! hurrah!


sudah bosan dgn filem tentera ala amerika? asyik2 amerika saja yg menang dlm filem hollywood? [dah filem diorg, diorg la yg menang...]

maka, carilah filem 9th Company [9 rota dlm ruski] kat dlm internet, download dan tonton. download dgn sarikata ye. kalo x, xphm plak nanti.

9th company bukan filem hollywood. ia satu filem terbitan russia dan mendapat kerjasama kementerian kebudayaan ukraine. ia menceritakan kehidupan sekumpulan pemuda yg mendaftar sebagai tentera soviet untuk menghadapi perang afghanistan tahun 1987-1989.

watak2 utama termasukla vorobey, chugun, stas, pinochet, ryaba dan kapten dygalo.

cerita bermula daripada masa diorg mendaftar di siberia dan dihantar ke uzbekistan untuk menjalani latihan ketenteraan. cerita dlm kem, biasa la, latihan menembak, tempur tanpa senjata, lari berhalangan, taktikal dan taklimat2.

lepas tu, diorg kene hantar ke afghanistan 'untuk membebaskan saudara2 afghan mereka dr cengkaman penjajah imperialis'. kepala hotak korg, korg la penjajah, bongok!

part yg aku paling suka dlm filem ni ialah masa taklimat sebelum diorg dihantar menyeberang sempadan. ada satu jeneral ni cakap lebih kurang gini, "islam eta ne tolka drugaya religia. eta sovsem drugoi mir. u islama svoi otnoshenie k zhizniu i smertiu..." maknanye, islam bukan semata2 agama. ia dunia yg lain. dlm islam terdapat pendapat yg khusus kepada kehidupan dan kematian...pjg lagi ucapan dia. ucapan ni memberi kesan kpd aku sbb wlpn cerita ni cerita org soviet yg tewas perang, tp dlm filem diorg, diorg x menipu.

oh ye, seperti dlm penerbitan ruski yg tipikal, elemen lucah tak dpt lari, so berhati2 masa menonton filem ni. bab2 yg sensitif, boleh fast forward, x jejas jln cerita pun.

yg boleh nampak dlm filem ni,
1. kepelbagaian bangsa dalam tanah jajahan soviet, etnik ukren, uzbek, chechen dsb.
2. tanah jajahan soviet sgt la luas sampai diorg buleh rujuk kepada zon2 masa yg berlainan. ada waktu moskow, waktu vladivostok, waktu siberia dll.
3. tentera soviet ni miskin sbb diorg terpaksa guna semula senjata askar2 yg dah mati. lps tu, kalo korg teliti pakaian askar dia, boleh nampak askar tu pakai kasut sukan je utk pegi perang. weii, xda but ke? haha
4. skor lagu latar dia berulang byk kali...bosan la pulak

memetik kata ketua kompeni 9, khokhol, "selamat datang ke kompeni 9 yg gagah berani"!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...