"suatu hari, semua orang dalam dunia akan bertutur bahasa Mongol..."
korang kenal Temujin?
korang kenal Genghis Khan?
kalo x, maknenye korang dah terlepas pandang salah seorang tokoh terkenal dalam sejarah ketamadunan manusia atas muka bumi nih.
Genghis Khan ialah maharaja mongol yang bertanggungjawab menyatupadukan seluruh bangsa mongol dan membolehkan mereka menewaskan tamadun China, tamadun Islam dan tamadun Eropah. gempak x gempak mamat ni?
dari kecik, kehidupan yg gasar di tengah2 steppe mongolia, kehidupan Temujin diwarnai dgn pelbagai tragedi yang mematangkannya. dia ni anak ketua puak dia. satu hari tu, abah dia kena racun pastu mati. Temujin ni pulak hampir2 kena bunuh dgn satu pakcik ni sbb pakcik ni nak jadi ketua.
sampai satu ketika, Temujin kena tangkap dan dijual sbg hamba kat china. akhirnya dia mintak satu sami buddha ni sampaikan mesej kat isteri dia [yang gigih tunggu dia wlpn dah berapa lama si Temujin ni x balik] dan isteri dia ni datang dan bebaskan dia.
filem ni menunjukkan keadaan zaman yang betul2 barbaric, dgn kostum2 yg realistik.
ingat pesan Genghis Khan untuk mencari pasangan:
- cari isteri yang matanya sepet, supaya semangat jahat susah nak masuk dan merasuknya
- muka yang cantik ialah muka yang rata [hidung xmau yg mancung2!]
- kakinya mesti kuat, untuk kebahagiaan rumah tangga...[aku pun xpaham bab ni...org mongol je yg paham kot...]
kalo nak download, cari yg ada subtitle sebab cerita ni dlm bahasa mongol. best cakap lu! sikit lagi nak sama mcm lord of the rings...
*makh tu daging dlm bahasa mongol...
*makh tu daging dlm bahasa mongol...
0 comments
Catat Ulasan