entry ini tidak memihak kepada mana2 pihak persatuan, CH, CM ataupun CPH [cekak pusaka hanafi]

beberapa minggu lepas aku ada download tesis silat cekak dari satu web multiply ni. klik SINI kalo nk download.

tesis ni merupakan satu hasil kajian pn. halimah hj ahmad semasa pengajiannya di UM sekitar 70-an dulu. dalam tulisannya ni, beliau mengkaji riwayat hidup dan perjalanan suka duka allahyarham ustaz hanafi hj ahmad dalam menerajui persatuan silat cekak.

drpd tesis ni, pembaca buleh mengetahui latar belakang pendidikan agama allahyarham ustaz, pengalaman ustaz belajar pelbagai jenis silat, menjual ubat dan bagaimana ustaz akhirnya menuntut ilmu silat cekak dari guru yahya said.

sedikit mengenai perjalanan ustaz mengembangkan silat ni, bermacam2 rintangan yg ustaz hadapi. ada org nk racun beliau, nak fitnah, nak cemar nama baik beliau dan nak belasah pn ada. punya la susah hidup beliau masa kat kedah, sampaikan keluarga beliau sisihkan beliau dan akhirnya ustaz berhijrah ke kuala lumpur. masa tu, lagi la ramai org ketawakan beliau sebab cita2 beliau nak ajar silat kat org bandar. pada mata masyarakat, org bandar lagi la xrajin nk belajar silat2 ni. silap besar la diorg, lepas ustaz berjaya kembangkan silat cekak kat universiti2, baru la byk silat2 lain nk promo kat IPT2.

dalam tesis ni jugak ada beberapa penerangan mengenai isu silat cekak dan silat kalimah, pendapat ustaz mengenai silat gayung dan silat lincah dan testimoni2 penuntut2 silat cekak yg pada masa ini menerajui persatuan silat cekak hanafi, silat cekak malaysia serta silat cekak pusaka hanafi.

aku sekarang ni musykil, ada lagi x pelajar2 universiti kat malaysia yg buat tesis seumpama ini lagi? pelajar2 akademi pengajian melayu kat UM xnk buat ke? aku rasa, tersangat la pentingnya tesis semacam ni dibuat terhadap silat2 melayu yg lain kat malaysia ni demi mendokumentasi silat2 tersebut supaya salasilah ilmu dan perguruan x hilang. baru la org buleh kaji ilmu silat ni secara lebih akademik dan xda la masalah nk dakwa-dakwi di kemudian hari...banyak je kalo nak disenaraikan silat kat malaysia.

contoh silat kat malaysia termasuk la
  • silat cekak
  • silat gayung [yg bermacam2 pecahan, masing2 mengikut anak2 murid almarhum datuk meor abd rahman]
  • silat lincah
  • silat kuntau tekpi
  • silat melayu keris lok 9
  • silat abjad
  • silat sendeng
  • silat terlak
  • silat lintau
  • silat harimau
  • silat kalimah
  • silat lian
  • dan bermacam2 jenis silat lagi
sape2 yg ada jumpa tesis mengenai silat lain, buleh a bitau aku ye...tq

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati