entry ini tidak memihak kepada mana2 pihak persatuan, CH, CM ataupun CPH [cekak pusaka hanafi]
beberapa minggu lepas aku ada download tesis silat cekak dari satu web multiply ni. klik SINI kalo nk download.
tesis ni merupakan satu hasil kajian pn. halimah hj ahmad semasa pengajiannya di UM sekitar 70-an dulu. dalam tulisannya ni, beliau mengkaji riwayat hidup dan perjalanan suka duka allahyarham ustaz hanafi hj ahmad dalam menerajui persatuan silat cekak.
drpd tesis ni, pembaca buleh mengetahui latar belakang pendidikan agama allahyarham ustaz, pengalaman ustaz belajar pelbagai jenis silat, menjual ubat dan bagaimana ustaz akhirnya menuntut ilmu silat cekak dari guru yahya said.
sedikit mengenai perjalanan ustaz mengembangkan silat ni, bermacam2 rintangan yg ustaz hadapi. ada org nk racun beliau, nak fitnah, nak cemar nama baik beliau dan nak belasah pn ada. punya la susah hidup beliau masa kat kedah, sampaikan keluarga beliau sisihkan beliau dan akhirnya ustaz berhijrah ke kuala lumpur. masa tu, lagi la ramai org ketawakan beliau sebab cita2 beliau nak ajar silat kat org bandar. pada mata masyarakat, org bandar lagi la xrajin nk belajar silat2 ni. silap besar la diorg, lepas ustaz berjaya kembangkan silat cekak kat universiti2, baru la byk silat2 lain nk promo kat IPT2.
dalam tesis ni jugak ada beberapa penerangan mengenai isu silat cekak dan silat kalimah, pendapat ustaz mengenai silat gayung dan silat lincah dan testimoni2 penuntut2 silat cekak yg pada masa ini menerajui persatuan silat cekak hanafi, silat cekak malaysia serta silat cekak pusaka hanafi.
aku sekarang ni musykil, ada lagi x pelajar2 universiti kat malaysia yg buat tesis seumpama ini lagi? pelajar2 akademi pengajian melayu kat UM xnk buat ke? aku rasa, tersangat la pentingnya tesis semacam ni dibuat terhadap silat2 melayu yg lain kat malaysia ni demi mendokumentasi silat2 tersebut supaya salasilah ilmu dan perguruan x hilang. baru la org buleh kaji ilmu silat ni secara lebih akademik dan xda la masalah nk dakwa-dakwi di kemudian hari...banyak je kalo nak disenaraikan silat kat malaysia.
contoh silat kat malaysia termasuk la
- silat cekak
- silat gayung [yg bermacam2 pecahan, masing2 mengikut anak2 murid almarhum datuk meor abd rahman]
- silat lincah
- silat kuntau tekpi
- silat melayu keris lok 9
- silat abjad
- silat sendeng
- silat terlak
- silat lintau
- silat harimau
- silat kalimah
- silat lian
- dan bermacam2 jenis silat lagi
sape2 yg ada jumpa tesis mengenai silat lain, buleh a bitau aku ye...tq
8 comments
Comment by uShop on 20 November 2008 pada 7:50 PG
betol dowh, kene ade org yg buat n dokumentasi. skang bukan cm dulu, cukup hanye diturunkan mulut ke mulut.
kalo dh ramai cm skang, crite sume mengarot. last2, pecah belah~
Comment by djambu puadovich on 20 November 2008 pada 9:08 PTG
tepat sekali...tu la mesej yg aku nk sampaikan ni...kalo nak pecah belah pun, sekurang2 nye org tau pecah kat mane dan sebab ape...
Comment by ::alifdalmim:: on 21 November 2008 pada 1:17 PTG
wahh..entry kali ni ada info..sepatah pun tak tggl time baca td..hehehe..
GOOD!!
Comment by djambu puadovich on 21 November 2008 pada 2:43 PTG
aik? bru kali ni ke yg ada info? punye le byk aku dah tulih...wakaka :P
tq tq
Comment by ANNA NUR on 23 November 2008 pada 8:58 PG
good info! :)
Comment by djambu puadovich on 23 November 2008 pada 12:13 PTG
terima kasih! :)
Comment by Duit Ikhlas on 14 Ogos 2011 pada 8:15 PTG
cerita nya senang aje.. manusia ni memang dari dulu berpecah belah.. Lihat sahaja umat islam selepas kewafatan nabi muhammad s.a.w... Umat Islam mula berpecah belah di zaman sayyidina usman lagi.. Tapi disebalik perpecahan ini mesyi ada dalangnya (penghasut yang beraja kan nafsu). Begitu juga apa yg telah berlaku di dalam silat cekak. Daripada CM, Lahir pulak CH, Pastu CPH. Apa pun berlaku kita setia pada yang satu.. Wallahu'alam.
Comment by djambu puadovich on 15 Ogos 2011 pada 2:06 PG
ya. moga2 tiba suatu masa, yang pecah dapat cantum semula. insya allah
Catat Ulasan