penulisan yg agak serius hari ni. sebagai respon kpd penulisan sdr effy.

ada riwayat menyatakan bahawa ibadat seseorang boleh dibahagi kepada 3 jenis:
  1. ibadat 'org awam'. ibadat org jenis ni ialah ibadat orang yg nak melepaskan syarat2 fardu/wajib. buat yg wajib, yg haram ditinggalkan.
  2. ibadat 'saudagar'. ibadat ni ibarat saudagar yg berniaga, yang mengharapkan keuntungan setimpal dengan pelaburan yg dikeluarkan. contohnya, si A berharap nak masuk syurga, maka dia pun beribadah demi mengharap balasan syurga.
  3. ibadat 'hamba'. ibadat jenis ni ialah ibadah yg tertinggi sekali nilainya kerana ibadah ni ialah ibadah yg ikhlas tanpa mengharapkn balasan. ibadat jenis ni selalunya dimiliki oleh para nabi dan wali
ada juga riwayat dari para wali zaman dahulukala, mereka ni beribadah demi mencapai keredhaan Allah taala. mereka mencari keredhaan sehinggalah ada yg berkata, 'jika aku mati dan keredhaan Allah ialah memasukkan aku dalam neraka, maka aku redha masuk neraka kerana redha Allah tu yg aku dambakan.'

ibadat mereka ni mmg sukar ditandingi sebab keikhlasan mereka beribadah dan mereka pun dah mencapai tahap merasai kemanisan iman. semakin mereka beribadah, semakin seronok dan semakin giat mereka beribadah. kalo org hisap dadah, makin seronok makin dihisap dan akhirnya gian. tapi gian beribadah xpe. jgn gian hisap dadah. memudaratkan!

ok, kita tinggalkan nabi dan wali sebentar. tu kisah zaman dahulukala, kita tgk zaman sekarang.

kalau kita tinjau keadaan negara2 muslim dan keadaan negara2 bukan muslim yg maju. kita boleh nampak negara2 muslim yg mundur, kotor, rasuah, xberetika dan berbagai kebejatan lagi. negara2 bukan muslim yg maju pun ada masalah kebejatan jugak, sbg contoh seks bebas, anak derhaka, kaki botol dsb. kita ketepikan isu tu kejap dan kita fokus ke aspek kebersihan, menepati waktu, menepati janji dan isu2 etika yg lain.

aku ambil satu aspek, iaitu kebersihan. dalam perkara sebegini, dlm pengamatan aku, diorg dah diterapkan dari kecil bahawa menjaga kebersihan tu adalah sangat penting dan bernilai. tak perlu diulang2 peringatan 'buang sampah disini, akan didenda rm500' atau lain2 amaran hukuman. mungkin pada peringkat awal saja, iaitu pada peringkat mendidik anak2 kecil, tapi bila dah dewasa, masing2 dah bertanggungjwb. sampah buang dlm tong, tahi anjing tuan anjing akan kutip dan buang dlm tong.

pokoknya, diorg diajar dari kecil, 'yang betul tu betul, yang salah tu salah.' diorg tak diajar 'kutip tahi anjing sebab denda tahi anjing bersepah rm500' sebaliknya diorg diajar 'tahi anjing yang bersepah tak menunjukkan identiti masyarakat bertamadun'.

kita amati balik pendekatan diorg dan aku semcm ternampak konsep 'keikhlasan' dalam cara diorg ni. cara 'sila kutip tahi anjing sebab tahi anjing adalah kotor' bukan 'kutip tahi anjing, kalo x, kene saman'.

ni bukan aku nk ckp yg non-muslim tu sama taraf dgn para nabi dan wali pulak. tp konsep para nabi dan wali tu diorg yg gunapakai. seharusnya kita yg muslim ni lebih berhak menggunapakai konsep tu. konsep yg sama kita boleh apply dalam mendidik generasi anak2 akan datang. misal kata, kita boleh ajar 'jangan berzina sebab berzina bukan amalan org islam yang bertamadun' selain daripada kita ajar 'berzina tu berdosa besar'.

amcm? boleh pakai x idea aku ni? kalo ada salah silap, sila la tegur. aku ni pun masih dlm kategori amal ibadat org awam. kdg2 buat dosa jugak. sama2 la kita perbaiki amalan kita :)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati