penulisan yg agak serius hari ni. sebagai respon kpd penulisan sdr effy.
ada riwayat menyatakan bahawa ibadat seseorang boleh dibahagi kepada 3 jenis:
ada riwayat menyatakan bahawa ibadat seseorang boleh dibahagi kepada 3 jenis:
- ibadat 'org awam'. ibadat org jenis ni ialah ibadat orang yg nak melepaskan syarat2 fardu/wajib. buat yg wajib, yg haram ditinggalkan.
- ibadat 'saudagar'. ibadat ni ibarat saudagar yg berniaga, yang mengharapkan keuntungan setimpal dengan pelaburan yg dikeluarkan. contohnya, si A berharap nak masuk syurga, maka dia pun beribadah demi mengharap balasan syurga.
- ibadat 'hamba'. ibadat jenis ni ialah ibadah yg tertinggi sekali nilainya kerana ibadah ni ialah ibadah yg ikhlas tanpa mengharapkn balasan. ibadat jenis ni selalunya dimiliki oleh para nabi dan wali
ada juga riwayat dari para wali zaman dahulukala, mereka ni beribadah demi mencapai keredhaan Allah taala. mereka mencari keredhaan sehinggalah ada yg berkata, 'jika aku mati dan keredhaan Allah ialah memasukkan aku dalam neraka, maka aku redha masuk neraka kerana redha Allah tu yg aku dambakan.'
ibadat mereka ni mmg sukar ditandingi sebab keikhlasan mereka beribadah dan mereka pun dah mencapai tahap merasai kemanisan iman. semakin mereka beribadah, semakin seronok dan semakin giat mereka beribadah. kalo org hisap dadah, makin seronok makin dihisap dan akhirnya gian. tapi gian beribadah xpe. jgn gian hisap dadah. memudaratkan!
ok, kita tinggalkan nabi dan wali sebentar. tu kisah zaman dahulukala, kita tgk zaman sekarang.
kalau kita tinjau keadaan negara2 muslim dan keadaan negara2 bukan muslim yg maju. kita boleh nampak negara2 muslim yg mundur, kotor, rasuah, xberetika dan berbagai kebejatan lagi. negara2 bukan muslim yg maju pun ada masalah kebejatan jugak, sbg contoh seks bebas, anak derhaka, kaki botol dsb. kita ketepikan isu tu kejap dan kita fokus ke aspek kebersihan, menepati waktu, menepati janji dan isu2 etika yg lain.
aku ambil satu aspek, iaitu kebersihan. dalam perkara sebegini, dlm pengamatan aku, diorg dah diterapkan dari kecil bahawa menjaga kebersihan tu adalah sangat penting dan bernilai. tak perlu diulang2 peringatan 'buang sampah disini, akan didenda rm500' atau lain2 amaran hukuman. mungkin pada peringkat awal saja, iaitu pada peringkat mendidik anak2 kecil, tapi bila dah dewasa, masing2 dah bertanggungjwb. sampah buang dlm tong, tahi anjing tuan anjing akan kutip dan buang dlm tong.
pokoknya, diorg diajar dari kecil, 'yang betul tu betul, yang salah tu salah.' diorg tak diajar 'kutip tahi anjing sebab denda tahi anjing bersepah rm500' sebaliknya diorg diajar 'tahi anjing yang bersepah tak menunjukkan identiti masyarakat bertamadun'.
kita amati balik pendekatan diorg dan aku semcm ternampak konsep 'keikhlasan' dalam cara diorg ni. cara 'sila kutip tahi anjing sebab tahi anjing adalah kotor' bukan 'kutip tahi anjing, kalo x, kene saman'.
ni bukan aku nk ckp yg non-muslim tu sama taraf dgn para nabi dan wali pulak. tp konsep para nabi dan wali tu diorg yg gunapakai. seharusnya kita yg muslim ni lebih berhak menggunapakai konsep tu. konsep yg sama kita boleh apply dalam mendidik generasi anak2 akan datang. misal kata, kita boleh ajar 'jangan berzina sebab berzina bukan amalan org islam yang bertamadun' selain daripada kita ajar 'berzina tu berdosa besar'.
amcm? boleh pakai x idea aku ni? kalo ada salah silap, sila la tegur. aku ni pun masih dlm kategori amal ibadat org awam. kdg2 buat dosa jugak. sama2 la kita perbaiki amalan kita :)

8 comments
Comment by Effy Saiful on 6 November 2008 pada 2:46 PTG
Firstly, thanks for visiting my blog and giving some thoughts about the matter..
obviously, u've got a good point of view regarding this matter too.. i'm 100% agree with what u said bout doing something bcoz they really wanna do it; not just bcoz to avoid being fined...
most importantly, how did they develop the civic awareness in themselves until they are able to achieve what the achieved nowadays.. but for what i'm sure, they are not guided by any heavenly revelation like muslim are..
(T_T)
Comment by Murlak_s on 7 November 2008 pada 8:26 PG
salam...
Berkata pasal mentality nie.. bukan satu perkara mudah.. apa yang pasti, benda nie kalau nak ubah bukan bleh dalam masa setahun atau dua.. kalau kita ubah yang sorang, sorang lagi kata lain.. kita mudah terikut2.. bukan terikut benda baik.. tapi sebaliknya..
nak komen byk pun x guna.. apa2 pun, kita mulakan dengan diri kita, keluarga kita dan kawan2 kita.. andai pada satu tahap kita betul2 dah bleh bina satu biah, maka amalkan la biah tue.. wallahua'lam
Comment by Nadia on 7 November 2008 pada 5:26 PTG
saya ada belajar konsep ini di kelas psychology. inilah masalah orang zaman sekarang. lebih-lebih lagi melayu. sebagai contoh kami ada buat survey berkaitan pemakaian topi keledar dan tali pinggang keledar. rata-rata menjawab mereka pakai sebab takut kena saman, takut pada polis bukan atas sebab keselamatan. inilah yang sangat mendukacitakan. tak tahu salah siapa, mungkin sebab tiada kesedaran sivik.
Comment by djambu puadovich on 7 November 2008 pada 6:02 PTG
@ effy,
u r welcome, anytime. it's just my 2 cents worth of opinion.
@ murlak,
betul, biah yg kondusif amat la perlu utk kita jayakan benda ni. komen byk2 la perlu, paling tidak, sikit mesti sampai mesej. kan dlm blog abg mukhriz ada ckp "Half of what I say is meaningless; but I say it so that the other half may reach you" -Gibran Kahlil Gibran-
:)
@ nurul nadia, [haha, sempat lagi tu]
boleh la kita perkenalkan subjek 'pendidikan sivik' kat skola...tp kang mesti x bjaya sbb malaysia ni semua 'berorientasikan peperiksaan'. huhuhu
Comment by Cikgu Shida on 7 November 2008 pada 6:47 PTG
salam..saje nak singgah..rase terpggil sbb maybe diri ni pun msh dalam kategori ibadah org awam..kdg2 nak fikir bnd2 ni xberapa mampu..sbb diri sndr pun same je..huhu...malu tp rase lbh bnyk lakukan hal2 mcm tu sbb tkut kene saman..bukan sbb kesedaran..
Comment by Murlak_s on 8 November 2008 pada 3:17 PG
dah ada la pelajaran sivik tue.. tapi, mcm mana nak berkesan kalau cikgunya ngaja ikut buku, tapi sendiri xde kesedaran sivik? jawab.. jawab..
org malaysia.. lemak sivik... benci!!!
Comment by Nadia on 8 November 2008 pada 5:32 PG
betul tu murlak_s! sekarang semua pelajar wajib belajar sivik di sekolah. dah ada pendidikan sivik. saya dah teliti isi kandungannya, sama macam pendidikan moral. tapi masalahnya kalau cikgu sendiri tak ada sivik, orang disekeliling tak ada sivik macam mana pelajar nak ikut? secara purata pelajar belajar/menilai dengan apa yang dilihat bukan dengan apa yang dibaca sebenarnya. sebab tu sekarang ni banyak praktikal dari teori.
>>mak aii. panjang pulak membebel.
Comment by djambu puadovich on 8 November 2008 pada 11:33 PG
@ rashidah juraini,
so, sekarang ni dah sedar ke x? normal la jika kadang2 terlalai, tp usaha kita tu yg dinilai :) benda ni ambik masa. mana ada org buleh berubah semalaman, ye x?
@ malik n nadia,
errkk! dah ada ek subjek sivik kat skola? *dusshhh kat diri sendiri*
haha.
mungkin sepatutnye pelajaran sivik tu tidak dijadikan subjek peperiksaan. sepatutnya kene dinilai dgn kerja2 sosial ke, buat laporan/buku skrap terhadap org awam ke ape ke. baru praktikal sket!
Catat Ulasan