Selepas membaca berita mengenai Ekspo Kerjaya Bersama ATM dalam Berita Harian (Sabtu, 31 Januari 2009), saya merasa terpanggil untuk mengutarakan beberapa pandangan dan cadangan berkenaan bidang ketenteraan dan pertahanan Malaysia. Cadangan saya ini adalah lebih tertumpu kepada pembangunan modal insan tentera Malaysia.

Dalam menangani masalah gejala sosial, kekurangan pengambilan tenaga baru dan kebajikan askar-askar bersara, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya membina lebih banyak maktab tentera seperti Maktab Tentera Diraja. Penubuhan Maktab Tentera juga boleh menjadi peluang pendidikan kepada lebih ramai remaja bandar dan luar bandar.

Aspek gejala sosial

Sebagaimana yang kita tahu, apabila seseorang menyertai tentera, mereka akan dilatih supaya memiliki disiplin dan sikap yang terpuji. Latihan dan didikan di maktab tentera telah terbukti dengan menghasilkan pemuda-pemuda yang berketrampilan dan bersemangat waja. Kenapa tidak kita perbanyakkan golongan yang sebegini. Saya bentangkan perkiraan mudah. Satu Maktab Tentera = 200 lepasan SPM setahun. 10 Maktab Tentera = 2000 lepasan SPM. Dalam masa 5 tahun (pengajian dari tingkatan satu hingga 5) paling tidak, negara telah memiliki 10000 anggota tentera dalam simpanan. Dalam masa yang sama, 10000 individu ini ialah insan-insan yang berdisiplin dan dijamin tidak terlibat dengan gejala sosial.

Kekurangan Pengambilan Tenaga Baru

Dalam laporan berita tersebut juga ada dinyatakan bahawa negara memerlukan 7000 anggota baru setiap tahun. Berdasarkan perkiraan mudah tadi, secara automatik, 2000 daripada 7000 keperluan tenaga baru telah dapat diperoleh. Baki lagi 5000 boleh terus ditawarkan kepada orang awam.

Kebajikan Askar-askar Bersara

Mengenai askar-askar yang bersara dan terabai kebajikannya, dengan adanya Maktab-maktab Tentera, mereka boleh memohon menjadi pegawai waran, jurulatih kawat, jurulatih persenjataan, jurulatih seni beladiri, jurulatih sukan dan paling mudah, tukang gunting rambut di Maktab-maktab Tentera. Secara automatik juga, ini ialah peluang lanjutan kerjaya kepada askar-askar yang lebih senior.

Saya harap dengan cadangan-cadangan saya ini, angkatan tentera Malaysia akan lebih maju dan perkasa dalam menjalankan tanggungjawab menjaga kedaulatan negara Malaysia yang tercinta.

Azizul Ismie

[salinan surat ni dah dihantar ke Berita Harian. kalo ada tersiar, bitau aku ye. kalo xda, cukup la aku siar kat sini je...]

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati